masa itu lebih baik dri emas

Tuesday, February 24, 2009

10 Ciri-ciri Peribadi Muslim( Hassan al-Banna )

  1. Individu yang kuat tubuh badannya.
  2. Akhlaq yang mantap
  3. Berilmu( menunaikan tanggungjawab ilmu )
  4. Mampu berdikari( menunaikan tanggungjawab bekerja dan mencari pendapatan )
  5. Aqidah yang sejahtera
  6. Ibadah yang betul ( menunaikan tanggungjawab beribadah )
  7. Bermujahadah melawan dirinya
  8. Menjaga masa
  9. Tersusun urusan-urusannya
  10. Bermenafaat kepada orang lain

kata-kata syahid hassan al -Banna.....

1. Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu.

2. Sesiapa dikalangan kamu yang terlalu cepat mahu mengutip hasil sebelum tempoh matang atau memetik bunga sebelum sampai masanya maka saya tidak akan bersetuju dengannya sama sekali. Lebih baik dia berundur daripada da'wah ini( Ikhwan Muslimin ) kepada gerakan lain. Sesiapa yang mampu bersabar dengan benih tadi berkembang, tumbuh sebagai pokok, mengeluarkan buah yang lebih baik dan tiba masa untuk memetiknya maka kesabarannya akan diberikan ganjarannya oleh Allah SWT. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran oleh Allah. Kita akan memperolehi salah satu daripada ganjaran berikut iaitu kemenangan dan ketuanan atau mati syahid dan kebahagian yang abadi.


Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. kengkanglah segala kehendak dan adat kebiasaannya

Saturday, February 21, 2009

hukum dan dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya.hukum islam jelas melarang ummatnya meniru atau menyerupai budaya atau cara hidup orang bukan islam.ini berdasarkan hadis rasulullah yg s.a.w:
siapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami ia akan di tolak.(hadis riwayat al bukhari dan muslim).

rujukan:buletin at-takwa.bil 9

sejarah valentine day

sejarah.....
i.Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan
sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 feb dalam tahun 270 masihi.

iii.pendapat ke tiga mengatakan valentine's day di ambil dari nama seorang paderi yang paling terpengaruh di zaman pemetintahan rasu isabella dari sepanyol yaitu St.valentine yang status ke dudukanya adalah ke 2 tertinggi selepas pope.Apabila St.valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasanganya dan mengamal protestan sewaktu kerajaan berjaya menumpaskan kerajaan islam, timbul kegemparan rakyat cordova kerana St valentine adalah paderi katolik yang tidak boleh berkahwin dengan mengalmal protestan,lebih lebil lagi paderi tidak boleh berkahwin.lalu tindakkanya berkahwin dengan pasanganya menyebabkan St.valentine di murka oleh ratu issabella lalu menmenjarakanya.dan menetapkan 14 feb sebagai hari kekasih untuk St.valentine.















Wednesday, February 18, 2009

hargailah masa anda



Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

pengurusan masa adalah penting supaya masa yang sedang berjalan tanpa berhenti walau satu saat pun akan terus meninggalkan kita,apatah lagi kita dalam kelekaan nikmat dunia yang hanya sementara ini.oleh itu marilah kita samamengambil faedah dari setiap detik untuk menjadikan kita seseorang yg terdidik supaya berjaya di dunia dan akhirat..insyaallah.

kita sebagai seorang pelajar mesti mengambil masa yang ada untuk perbaiki lagi ke izzahan dalam diri dan jgn sekali-kali terlalu membazir masa.byk kaedah atau cara untuk kita menjaga dan menghargai masa yg allah telah anugerahkan kepada kita.ingatlah setiap detik amatlah berharga dan byk faedah yg kita boleh ambil darinya.Banyak orang menganggap masa depan itu hanya setakat hidup dunia. Sedikit sekali yang mengatakan masa depan itu ialah kehidupan di akhirat. Maka ramailah manusia memikirkan dunia dan sedikit sekali yang memikirkan akhirat.itu yang patut kita jaga agar hubungan kita dengan maha pencipta akan lebih kukuh.

PEPATAH menyebut masa itu emas manakala Saidina Ali Abu Talib mengibaratkan masa sebagai pedang. Begitu tinggi nilai yang diberi terhadap masa kerana ia tidak boleh ditukar ganti, dibeli mahupun dikembalikan sekiranya ia berlalu.Biarpun pelbagai alat pengukur waktu telah tercipta, namun apakah ini menunjukkan manusia semakin menghargai masa? Apakah ini membuktikan manusia semakin bijak menggunakan masa? Sayangnya, manusia sering dalam kelekaan. Jam di dinding dan jam tangan kadangkala tidak dapat mengingatkan. Yang dihargai cuma jam tetapi bukan nilai yang diukur oleh jam itu.

Ringkasnya, kita hendak buat perkara yang betul dengan betul. Betul atau salah mestilah dirujuk kepada syariat iaitu hukum wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Mana yang wajib, sunat dan harus itulah yang betul dan perlu dilakukan. Haram dan makruh, itulah yang salah dan perlu ditinggalkan. Cara individu menghabiskan masa bergantung kepada cara memandang kehidupan.Ajaran Islam juga menuntut umatnya memilih keutamaan antara amal kebaikan yang banyak itu. Dr. Yusuf Al Qaradawi dalam bukunya, Fiqh Aulawiyat, memberikan panduan bagaimana untuk memilih keutamaan antara dua perkara baik.

Misalnya, jika kita seorang pekerja bertembung antara dua perkara baik iaitu sembahyang sunat Duha dengan menjaga kaunter perkhidmatan pelanggan. Maka yang perlu didahulukan ialah pekerjaan yang kedua iaitu manfaatnya kepada masyarakat. Sedangkan solat sunat Duha bermanfaat hanya untuk diri sendiri.

Tip menghargai masa

BANYAK tip boleh digunakan dalam menghargai masa. Kuncinya adalah jadikan diri pengintip kepada masa. Antaranya:

1. Kesan masa produktif (prime time) dan ‘masa-masa penat’ anda

Setelah mengesannya, gunakan masa itu untuk tugas yang paling penting dan paling memerlukan tumpuan. Katalah tugas penting kita adalah menyiapkan persediaan mengajar dan prime time kita ialah waktu pagi. Maka gunakan waktu pagi untuk menyiapkan persediaan mengajar. Bukannya dihabiskan untuk membaca surat khabar. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dibuat pada ‘masa-masa penat’ kita.

2. Kesan musuh masa anda

Musuh kepada masa anda berpunca daripada anda sendiri atau orang lain. Kaji, apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual kosong, melakukan panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon secara marathon, melayani ‘tetamu’ yang tidak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Caranya adalah dengan menguatkan disiplin diri dan membina kemampuan untuk menolak dan mengatakan tidak. Jika kita belajar menghormati masa kita, insya-Allah orang lain akan menghormati kita.

3. Tetapkan satu jangka masa yang sesuai untuk sesuatu kerja

Bagi mengehadkan masa perbualan telefon, senaraikan perkara yang hendak diperkatakan dahulu. Setelah perkenalan dan ramah-mesra secara ala-kadar, kita terus kepada perkara yang hendak disampaikan.

4. Buat checklist penggunaan masa

Ketika ingin membeli-belah, senaraikan barang-barang dan anggaran harganya kerana ia amat perlu untuk mengawal diri anda daripada godaan membeli barangan yang tidak perlu. Ini penting untuk mengelakkan pembaziran wang. Begitulah juga seharusnya dalam ‘perbelanjaan’ masa. Kita harus ada checklist tentang apa yang perlu kita buat mengikut keutamaan untuk mengelak daripada pembaziran masa.

Ingatlah, masa lebih berharga daripada wang ringgit. Sayangnya, pembaziran masa sukar dirasai berbanding pembaziran wang kerana sifat masa yang maknawi (tidak dapat dilihat). Sebab itu, jarang ada orang yang membuat checklist perbelanjaan masa!

Tuesday, February 17, 2009

stress dan penyelesaianya...

1.apakah stress??
STRESS secara definasinya adalah satu keadaan di mana suatu pengalaman yang tidak enak yang dirasai secara dalaman. Pengalaman ini dialami secara mental, fizikal, emosi dan spiritual. Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Apa yang dapat dilihat stress ialah satu situasi yang tidak selesa yang mana setiap manusia merasainya secara dalaman. Stress ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal seperti badan menggeletar. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah, gelisah, gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan ketidakstabilan emosi dan mengganggu dari segi semangat atau spiritual yang ada.

2.kesan-kesan stress

Di dalam kita memahami tentang stress ini, kita juga perlu tahu bahawa bukan semua stress ini membawa keburukan. Kenapa dikatakan demikian ? Kerana manusia juga memerlukan stress. Jika tidak merasai stress, misalnya peperiksaan yang akan diambil adalah perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan. Bagi pelajar, tugasan yang diberikan oleh guru adalah perkara biasa yang tidak perlu disiapkan. Ia tidak merasa malu dan tidak merasakan bahawa tugasan itu adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Tetapi, adakalanya STRESS ini akan menganggui semua gerak laku, fikiran dan sosial kita. Ia meliputi kepenatan perasaan dan tubuh, hilang nafsu makan, kepala terasa sakit, selalu menangis keseorangan, susah tidur atau terlalu banyak tidur.

3.kaedah untuk mengatasinya
  1. Lihatlah persekitaran - Mungkin ada sesuatu yang boleh anda ubah dalam keadaan tertentu.
  2. Jauhi dari situasi yang menekan - Berehat untuk beberapa ketika.
  3. Jangan cipta masalah hal - hal yang kecil - Lakukan hal - hal yang lebih penting.
  4. Ubah cara berfikir - Belajar mengenali STRESS. Lakukan peraturan yang lebih baik.
  5. Belajar cara merealisasi diri - Lakukan meditasi, latihan pernafasan, lakukan latihan menjernih fikiran dan elak daripada gangguan berfikir.
  6. Tentukan hala tuju - Kurangkan beban harian.
  7. Jangan bebani secara berlebihan - Jangan sampai mengeluh. Tangani sesuatu dengan tenang.
  8. Hindar segala reaksi - Tidak suka lebih baik daripada membenci. Cukup dengan merasa gugup daripada bingung. Cukup dengan marah daripada hendak mengamuk. Mengapa mesti murung kalau mampu merasa sedih.
  9. Tidurlah dengan cukup - Kurang berehat akan memburukkan lagi STRESS.
  10. Jangan minum atau mengambil ubat lain - Hal ini bukan tabiat yang dapat membantu. Misalnya memakan pil tidur. Takut nanti ia akan menjadi satu ketagihan.
  11. Ambil wuduk dan solat - Inilah cara perubatan dan amalan yang terbaik untuk melegakan STRESS.
rujukan:www.badruzamani.org/

pada sebelah petangnya...


amal jama'ie adalah gerak kerja dalam satu kumpulan kecil di dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah dan menghadapi cabaran tribulasi amat memerlukan kepimpinan yang matang dan tajam dalam menentukan strategi bergerak

diantara perkara penting yang perlu adalam dalam gerak kerja amal jama'ei ini adalah:

  1. Membina kekuatan Amal Jama’ie.

    Persediaan ini adalah untuk meningkatkan mutu kemampuan amal jama’ie di dalam bidang kepimpinan serta meningkatkan ummah dari sudut tarbiah dan thaqafah. Dari sudut ini amal jama’ie perlu menyusun nizam pentarbiyahan dalaman yang dapat melahirkan tokoh-tokoh dalam bidang teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan kekuatan amal jama’ie daladm usahanya menegakkan syariat Allah SWT.

    Selain dari itu usaha untuk meningkatkan ummah bereti amal jama’ie henadklah menyusun nizam pentarbiyahan, kerana ianya dapat meningkatkan mutu kefahaman, keilmuan, dan penghayatan ummah terhadap Islam. Usaha ini penting untuk mengisi kefahaman dan keilmuan dikalangan pendukung dan penyokong yang hanya bersemangat berkobar-kobar sahaja.

  2. Menyatukan Jemaah.

Waqi’ masyarakat masa kini berada di dalam keadaan berpecah belah dan berlakunya berbilang-bilang jemaah. Usaha untuk menyatukan jemaah perlu dilakukan kerana gerakan Islam masa kini adalah penyambung risalah Nabi Muhammad SAW yang diantaranya ialah menyatukan umat manusia di bawah panji-panji LA ILAHA ILLA ALLAH. (Taa’dud Jamaah: Harun Taib)

  1. Ta’rif diatas juga mensyaratkan bahwa amal jama’i hanya boleh dilakukan oleh organisasi/jama’ah yang mempunyai:
    1.tujuan (ghoyyah) /visi misi yang jelas
    2.manhaj/metodologi gerakan yang kokoh
    3.unsur kepemimpinan (qiyadah) yang berwibawa
    4.keta’atan anggota terhadap pimpinan
    5.pola pengorganisasian (tandhim) yang rapi
dan pada awl sy datang usrah walaupun kelewatan atas sebab2 tertentu ialah perbincangan ayat surah al kahfi,pemuda2 yg melarikan diri untuk menyelamatkan agama meraka dari pemerintahan yang zalim..insyaallah kita sama2 mengambil sedikit kebaikan atau kepentingan dalam usrah,untuk menambah lagi kefahaman kita dalam membentuk diri,keluarga rakan2 dan masyarakat khasnya untuk sama menegakkan agama islam

jumaat 13/2/2009...


assalamualikum...betul kata orang,kalu kita join usrah ni,banyak faedah yg akan kita perolehi.tidak hanya kelas2 pengajian kuliah yg wajib kita hadiri supaya tidak akan ketinggalan pelajaran ataupun pemahaman yg diberikan oleh pensyarah atau dokter di jurusan masing2

sy mengikuti usrah seingat dari form1.mula2 mang la,macam malas nk ikut.sebab macam sekadar perjumpaan.tetepi sebenarya dari situla kita blh didik diri kita,memperbaiki apa yg kita tidak faham.oleh sebab naqib@ketua usrah akan memfokuskan setiap pengajian yg akan di ajarkan@memberikan kefahaman kpd setiap ahlinya.malah islam sendiri menyurah kita dalam satu kumpulan iaitu jamaah yg akan diketuai oleh seorang yg layak untuk mengembangan lagi syriat islam di muka bumi ini.khususye di malaysia tanah air kita.

kita juga blh mengenali antara satu sama lain.itu adalah salah satu konsep dlm kita membentuk usrah.disamping memberi pemahaman yg mendalam kpd setiap alhi.di situ timbuhya ukuwah kita sebagai amilin.amilin adalah kita mengorbankan harta dan jiwa raga kita hanya untuk jalan islam,yg aan sama2 mengerakkan ke arah pemahaman uslam yang sebenar.

apa yg sy pelajari@dpt pada usrah yg lepas adalah kepentingan melibatkan dengan amal ijtima'ie dan amal jama'ei.Amal ijtima'ie ialah suatu kerja yg dilaksanakan oleh individu perseorangan atau mana2 pertubuhan bertitik tolak dari perancangan yang dilakukan untuk mencapai matlamat2 memeberi kebajikan kepada masyarakat umum.contohye agensi2 kerajaan@ngo..konsep amal ijtima'ie adala:

  • hendaklah memahami dengan jelas islam yg syumul@sempurna dalam segalam aspek kehidupan kita.
  • dlm firman alah swt maksudnya:wahai orang yang beriman,masuklah kamu ke dalam agama allah secara keseluruhan dan jaganlah mengikuti jejek langkah syaitan,sesunguhhye dia adalah musuh yang nyata
  • mencapai matlamat ijtima'ei yang telah disepakati.bagi melicinkan sesuatu gerak kerja agar ia akan memberi kesan kepada sesuatu pertubuhan yg ingin mencapai amal ijtima'ei tersebut. dalam firman allah swt yg bermaksud:oleh itu maafkanla mereka(mengenai kesalahan yang meraka lakukam terhadapmu),dan pohonlah ampun bagi mereka,dan juga bermesyuaratlah dengan mereka segala urusan(peperangan dan hal2 duniaitukemudian apabila engkau telah berazam(selesai mesyuarat,untuk berbuat sesuatu)makan bertawakkallah kepada allah,sesungguhnya allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadanya.
  • mengamalkan amal makruf dan nahi mungkar.ni amat penting dalam setiap amal ijtima'ie.kerana di sana dapat mendidik setiap diri seseorang lebih dekat dengan allah swt. firman allah yang bermaksud:kamu(wahai muhammad)adalah sebaik2 ummat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia,kerana kamu menturah berbuat segala perkara baik dan melarang dari segala yang salah(buruk dan keji)serta kamu pula beriman kepada allah(dengan sebenar2 iman.
  • menghormati ketua.selagi mana ia membuat kebaikan kpd setiap ahlinya.tampa ketua kita akan berpecah-pecah menyebabkan matlamat itu tidak tercapai. firman allah yg bermaksud:wahai orang2 yang beriman,taatlah kamu kepada allah dan taatlah kamu kepada rasulullah dan kepada orang2 yang berkuasa dikalangan kamu,kemudian jika kamu berbantah2 atau berselisih dalam sesuatu perkara,hendaklah kamu kembalikan ke jalan allah(al-quran) dan rasulnya(as-sunnah)...
Tidak dinafikan matlamat utama amal jama'ie adalah untuk mengembalikan khalifah islamiah...itulah kepentingan kita mengamalkanya.agar kita lebih bersatu dan kuat untuk menhadapi dugaan atau cabarah yang lebih besar pada masa akan datang

Monday, February 16, 2009

mengawal nafsu mendidik akhlak mulia

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.

Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga


manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.

Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: "Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia."

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.

Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu 'amarah' (nafsu jahat), 'lawwamah' (menyesal apabila buat kejahatan) dan 'mutmainnah' (tenang).

Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.

Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:

  • Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.

  • Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.

  • Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?

  • Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.

  • Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.

  • Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

    Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:

  • Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.

  • Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.

  • Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.

  • Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).

  • Banyak bersedekah.

  • Berkawan dengan orang miskin.


  • terlalu banyak makan akan menjadikan kita menjadi malas.lebih-lebih lagi dlm kita beribadat.kita disunatkan makan mengikut ala kadar sahaja jgn telalu kenyang.dri segi kesihatan,akan menambah kemudaratan pada sistem badan kita.

    Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

  • Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.


  • Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.

  • Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.

  • Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

  • Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

  • Menimbulkan banyak penyakit.

    Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”
  • memahami erti jihat




    DALAM kamus Islam, jihad bermaksud perang pada jalan Allah. Tetapi, sejauh mana ia difahami, khususnya oleh masyarakat antarabangsa?Salah faham itu menyebabkan orang Islam sering dikaitkan dengan 'keganasan' (terrorism) sedangkan jihad dan keganasan jauh berbeza.Jihad bermaksud berjuang sedaya upaya pada jalan Allah seperti dijelaskan dalam al-Quran: "Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj:78)

    Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda maksudnya: "Sesiapa mati padahal dia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang, maka matilah dia seperti mati jahiliyah."
    Tetapi di Barat, jihad kerap disalah erti sebagai perang suci yang dianggap sama dengan perang suci orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi sedangkan dalam terminologi Islam pengertiannya lebih luas.
    Jihad berasal dari perkataan juhd yang bermaksud kuasa dan upaya (at-taaqah) serta kesukaran (al-masyaqqah), membabitkan dua pengertian iaitu secara umum dan khusus.

    Pengertian umum jihad ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum dan perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.

    Jihad umum ini merangkumi jihad harta, pembelajaran, politik, penyampaian dakwah dan peperangan. Jihad dengan pengertian yang khusus merujuk kepada perang pada jalan Allah.
    Sayyid Abul 'Ala al-Maududi berkata: "Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda, jiwa raga, pena dan lidah, maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad di jalan Allah dengan pengertian jihad umum.

    "Tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan dilakukan oleh kaum Muslimin untuk menentang musuh Islam kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan duniawi."Menurut Syeikh Sayyid Sabiq, jihad ialah menggunakan sepenuhnya kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangannya.

    Di kalangan sarjana, ada yang memberikan pengertian lebih umum kepada jihad dengan turut memasukkan mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.
    Ibnu Qayyim al-Jauzi meletakkan jihad dalam empat peringkat iaitu jihad terhadap hawa nafsu, syaitan, orang kafir dan munafik, orang zalim serta pelaku bidaah dan kemungkaran.

    Jihad adalah sesuatu tidak asing dari lembaran sirah perjuangan nabi.Menurut kiraan ahli sejarah, sepanjang 10 tahun nabi di Madinah, kira-kira 70 angkatan perang diutuskan untuk menghadapi peperangan dengan musuh Islam dan 28 angkatan itu dipimpin baginda sendiri.
    Dalam jihad ini baginda menggunakan beberapa jenis pedang seperti Ma'thur, pedang terawal dimiliki baginda sebagai harta pusaka dari bapanya, al-'Adhab dan Zulfiqar iaitu pedang yang tidak pernah berpisah dengan baginda yang dihiasi dengan perak.

    Justeru, orientalis melemparkan kritikan dan mengadakan dakwaan kononnya Islam berkembang dengan mata pedang.Sebenarnya matlamat peperangan dalam Islam ialah untuk meruntuhkan sistem kekufuran, menegakkan ubudiyah hanya untuk Allah serta menzahirkan keagungan, ketinggian dan kemuliaan Islam di atas muka bumi ini.

    "Dan, perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah." (al-Baqarah:193)

    Maksud fitnah dalam ayat itu ialah kufur dan syirik, sebagaimana pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi'.

    Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia menganut Islam melalui peperangan.

    Mustafa al-Syiba'iy ada menegaskan, peradaban Islam adalah untuk mengajak manusia supaya saling kenal mengenal dan tolong menolong dalam keadaan damai.

    Prinsip peradaban Islam, katanya, mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda dan menghina kehormatan sesuatu bangsa.

    "Dalam Islam perang yang sah hanyalah bertujuan membela akidah dan moral umat dan kebebasan, kemerdekaan dan keselamatan umat," katanya, dipetik daripada buku 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh.

    Jihad perang disyariatkan untuk tujuan membalas serangan musuh, tetapi tidak secara melampaui batas seperti ditegaskan pada ayat 190 surah al-Baqarah, bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
    Ia juga diharuskan untuk membantu orang Islam yang lemah dan dizalimi orang kafir seperti dijelaskan pada ayat 75 surah an-Nisa' serta menghukum perosak agama dan masyarakat Islam termasuk golongan murtad, pemberontak, perompak dan lanun.

    Jihad bukanlah suatu peperangan secara agresif, yang menghalalkan semua perkara bagi mencapai kepuasan dan kepentingan diri termasuk merosakkan rumah ibadat, kanak-kanak dan wanita, haiwan dan tumbuhan.

    Ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah ditetapkan dan jika tidak ia tidaklah dikatakan jihad.

    Wasiat Saidina Abu Bakar kepada tentera Usamah jelas menggambarkan mengenai jihad dan garis panduannya, iaitu: "Jangan menyeksa, jangan membunuh anak kecil, orang tua dan kaum wanita. Jangan menyembelih kambing, lembu atau unta kecuali untuk dimakan. Kamu akan melalui orang yang sedang bertapa di kuil, maka biarkan mereka dengan apa yang mereka lakukan."Dalam perang Uhud, yang mana Rasulullah cedera dan kalangan sahabat meminta baginda mengutuk kaum musyrikin lalu baginda menjawab: "Aku diutuskan bukan untuk membawa laknat, tetapi diutuskan untuk menyeru dan pembawa rahmat."

    Kemudian baginda berdoa: "Ya Allah, tunjuki kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui."Ungkapan Rasulullah itu jelas menunjukkan baginda berperang bukan kerana hausnya pada pertumpahan darah seperti pemimpin empayar besar lain, tetapi kerana ingin menunjukkan jalan kebenaran.

    syahid di jalan allah



    SYAHID! Adakah jiwa anda bersemangat apabila mendengar perkataan itu atau gentar ketakutan?


    Apapun perasaan anda, yang pasti ramai Muslim yang syahid, sama ada ketika berjuang membela agama dan tanah air di perbatasan atau menjadi mangsa korban di rumah dan tempat awam seperti rakyat Palestin hari ini.


    Mereka sudah biasa dengan perjuangan, malah kanak-kanak mereka membesar di depan muncung senapang. Ungkapan seperti 'hanya kejayaan atau mati syahid yang kami idamkan' sudah menjadi darah daging mereka.

    Sejarah membuktikan bukan sedikit orang Islam yang gugur sebagai syahid terutama melalui perjuangan menentang golongan kafir.

    Dalam perjuangan peringkat awal kebangkitan Islam seperti perang Badar, 14 orang gugur, perang Uhud (71), perang Khandak/Ahzab (6), perang Khaibar (21), perang Muktah (12) serta perang Hunain dan Taif (16).

    Dalam perang Uhud, seorang lelaki Quraisy yang juga bapa saudara Rasulullah s.a.w, Hamzah bin Abd Mutalib, gugur syahid.

    Orang pertama gugur syahid dalam Islam ialah Sumayyah binti Khayyat, ibu kepada Ammar bin Yasir yang mati kerana mempertahankan agama Allah di tangan pemuda Quraisy Makkah, Abu Jahal.

    Golongan beriman yang gugur sebagai mati syahid sebenarnya hidup di sisi Allah seperti dinyatakan pada ayat 169, surah Ali Imran, maksudnya: "Dan, jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."

    Ganjaran pahala dikurniakan Allah kepada orang yang berjuang di jalan Allah sangat besar dan tidak ternilai, bahkan keistimewaan yang diberikan kepada mereka tidak ada tolok bandingnya.

    Mereka dijanjikan dengan kegembiraan, kemenangan yang besar dan syurga seperti yang dapat dilihat pada ayat 111, surah at-Taubah.

    Darah syahid yang keluar mengalir dari tubuh mereka adalah suci.

    Darah itulah yang akan menjadi tebusan untuk mereka mencapai kebahagiaan hidup di akhirat di samping keharuman nama mereka sebagai pahlawan yang sentiasa dikenang.

    Istilah syahid berasal daripada perkataan Arab. Secara literal ia bermaksud saksi. Dalam bahasa Inggeris perkataan 'martyr' bagi merujuk orang yang mati syahid.

    Al-Quran ada menggambarkan syahid sebagai mati golongan beriman dalam perjuangan agama dan kebenaran, sekali gus membezakannya dengan kematian orang kafir seperti pada ayat 140, dari surah Ali Imran, maksudnya: "Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar).

    "Dan, itulah keadaan hari-hari, Kami gilirkan dia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang beriman (dan sebaliknya) dan supaya Allah jadikan sebahagian di antara kamu orang yang mati syahid. Dan Allah tidak suka kepada orang yang zalim."

    Pada tempat yang lain syahid diterjemahkan sebagai saksi, misalnya saksi terhadap kebenaran (al-Baqarah:143) dan saksi dalam urusan kewangan (al-Baqarah:282).

    Istilah syahid sebagai mati pada jalan kebenaran ada juga digambarkan pada hadis seperti dalam Sahih al-Bukhari, menyatakan Muslim yang terbunuh mempertahankan hartanya.

    Ulama ada menyebut syahid terbahagi kepada dua iaitu jenis iaitu gugur syahid berperang dan tidak berperang.

    Mereka yang mati berperang pula dikategorikan syahid dunia dan akhirat (mati dalam peperangan kerana ikhlas menegakkan Islam) dan syahid dunia (mati dalam peperangan dengan tujuan utama membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.)

    Golongan syahid tidak wajib disolatkan dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil atau besar.

    Perkara itu seperti arahan Rasulullah ke atas syuhada perang Uhud.

    Sabda baginda maksudnya: "Jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak pada hari kiamat dan tidak usah solat ke atas jenazah mereka."

    Mati dalam kebakaran, beranak, penyakit, mempertahankan harta, membela diri dan mati ketika bersiap untuk berperang juga dikategorikan syahid.

    Orang yang bercita-cita mati syahid, tetapi mati di tempat tidur juga dianggap syahid seperti hadis diriwayatkan Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah, yang bermaksud: Daripada Sahl bin Hanif r.a bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mengharapkan daripada Allah mati syahid dengan hati yang benar (jujur dan ikhlas), nescaya akan diletakkan Allah kedudukannya di tempat kalangan syuhada sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya."

    Ulama terkemuka Sheikh Yusuf al-Qaradawi pada 2003 pernah berkata, pejuang Islam yang terkorban dalam operasi mengusir tentera Amerika Syarikat dari Teluk

    dianggap sebagai mati syahid kerana niat suci itu.

    Bagaimanapun, ulama Mesir itu menegaskan keperluan membezakan rakyat Amerika dengan kerajaan dan tentera negara itu.

    Tentera dan kerajaan Amerika itu, katanya, adalah penjajah dan musuh yang menceroboh negara Islam.

    Sehubungan itu, beliau berkata, pejuang Islam yang mati kerana menentang Amerika dianggap syahid dengan syarat niat mereka baik kerana menganggap tentera yang menjajah ini sebagai musuh yang menceroboh wilayah mereka.

    Bagaimanapun, ada sesetengah Muslim menggunakan istilah syahid untuk menggambarkan mereka yang mati dalam serangan berani mati seperti serangan ke atas tentera laut Amerika di Lubnan pada 1983.

    selamat datang


    assalamualikum....
    silalah baca posting yang x seberapa ni
     

    Design by Amanda @ Blogger Buster