masa itu lebih baik dri emas

Monday, March 30, 2009

pengorbanan seorang adik...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.
Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai..

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg! Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan.,biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..
"Kakak, untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung.
Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak.Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi, aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah..Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

#apa yang kwn emailkan kepada sy

Sunday, March 22, 2009

Solat Dhuha Dan Kelebihanya


Solat dhuha adalah sebahagian daripada himpunan solat2 sunat yang kita perlu amalkan dalam kehidupan seharian kita.solat ini mungkin lebih dikenali sebagai pembuka rezki,dalam kita mencari segala nikmat2 yang allah berikan kepada kita.kebiasanya solat dhuha dilakukan matahari naik kira2 segalah(istiwak)Ramai ulama mengatakan orang yang rajin solat dhuha mendapat rezeki yang murah. Bukan itu sahaja, malah urusan seharian menjadi ringan dan mudah. Kalau kita ingin supaya urusan dan rezeki kita menjadi lancar.

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بثلاثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.(riwayat bkhari dan muslim).
Bahkan kita sebagai wajib perlu sentiasa meminta pertolongan dri allah.Sememangnya sudah naluri manusia,sejak allah menciptakan manusia dan segalanya adalah untuk menyembahnya.
Firman allah:Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (al-Dhariyat: 56)
Allah s.w.t. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.
Banyak kelebihan dalam kita melakukan solat dhuha ini.Ulamak byk telah menyebutkan kelebihan orang yang mengamalkan solat dhuha.“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur.
kelebihanya:-

“Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.

Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka. (Riwayat Muslim).

Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Bilangan rakaat

Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Solat ini juga diriwayatkan berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. (Riwayat Imam al-Tabarani)

Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak. (Riwayat Imam al-Tirmizi).Bilangan yang masyhur adalah antara dua hingga lapan rakaat. (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Sunday, March 15, 2009

Sampingan.....tuk bacaan masa2 lapang




Assalamualikum...pada kali ini,sy nk cite sikit.haa cite dulu2 la...semasa zaman muda sikit..hehe maknanya masa sekolah rendah sampai la ke menengahnya.Sy pun tak pasti.bila sy minat sggt baca buku2 komik yang camni(buku sekolah x nk baca rajin camni)..ishh2 anda fikir la sendiri..huhu.macam mana nk jadi murid yang cemerlang kalu ayik baca benda2 yang kurang berfaedah ni..#sy la tu#.tp kalu sekadar sampingan x jadi masalah,sedakar hiburan tuk pembacaan,kalu study je mesti blh pening kepala..(sy je kot) hehe.
Mula2 membaca start sekolah rendah,mula2 biasa je.lama2 ehh best plk(jgn terpengaruh dgn adegan ini)paling lama sekali ialah..haa ni yg nk khabo ni..Wira Tunggal.Entah mula zaman ke berapa,sy pun x tau buku ni dihasilkan dri generasi I,II,PENDEKAR LAUT,byk lagi la dan yg terbaru WIRA TEMPUR PENDEKAR LAUT..fuhh kalu kumpul boleh jadi perpustakaan persendirian.Jalan cerita dia mang menarik,setiap versi berkait rapat cerita yg versi sebelumnya..ayah,anak.atok,moyang dan seterusnya.otak orang jepun,apa la yg dia mkn..huhu.
sy ada sediakan beberapa tajuk buku versi terbaru WIRA TEMPUR PENDEKAR LAUT....
boleh sama2 download(kalu nk)..tp ini hanya sebahagian sahaja


http://rapidshare.com/files/137464707/WTI_496.zip
http://rapidshare.com/files/137474906/WTI_497.zip
http://rapidshare.com/files/137476801/WTI_498.rar
http://rapidshare.com/files/137480806/WTPL_499.rar
http://rapidshare.com/files/137480807/WTPL_500.rar
http://rapidshare.com/files/137480809/WTPL_501.rar
http://rapidshare.com/files/139193831/WTPL_502.rar
http://rapidshare.com/files/139193832/WTPL_503.rar
http://rapidshare.com/files/139193833/WTPL_504.rar
http://rapidshare.com/files/139193834/WTPL_505.rar
http://rapidshare.com/files/139513110/WTPL_506.rar
http://rapidshare.com/files/139735349/WTPL_507.rar
http://rapidshare.com/files/139870949/WTPL_508.rar
http://rapidshare.com/files/139893876/WTPL_509.rar
http://rapidshare.com/files/139894001/WTPL_510.rar
http://rapidshare.com/files/139894373/WTPL_511.rar
http://rapidshare.com/files/139894374/WTPL_512.rar
http://rapidshare.com/files/139894375/WTPL_513.rar
http://rapidshare.com/files/139894376/WTPL_514.rar
http://rapidshare.com/files/139894378/WTPL_515.zip
http://rapidshare.com/files/139894958/WTPL_516.zip
http://rapidshare.com/files/139894959/WTPL_517.zip
http://rapidshare.com/files/139894960/WTPL_518.zip
http://rapidshare.com/files/139894961/WTPL_519.rar
http://rapidshare.com/files/139894962/WTPL_520.rar
http://rapidshare.com/files/139894963/WTPL_521.zip
http://rapidshare.com/files/141113493/WTPL_522.zip



#ni sekadar sampingan...x nk.blh abaikan..

Wednesday, March 11, 2009

air mata seorang insan


Assalamualikum..pada pertemuan kali ini sy akan membincangan tentang kenapa seseorang itu menangis.pernahkah anda menangis?mm..besar kemungkinan kita semua pernah menangis.mungkin kerana kita gembira mahupun dalam kesedihan,pesti tangisan itu akan terjadi.ada dalam satu cerita sy x ingat tajuk bukunya,ada penceritakan perihal seorang yang menangis.
Di ceritakan seorang pemuda yang akan di campakkan oleh allah kerana perbuatan jahatnya semasa di dunia,apabila ditanyakan pada setiap anggotanya tubuhnya,semua mengaku membuat kesalahan.apabila hendak dicampakkan ke dalam api neraka,muncullah si kelopak mata menahan pemuda ini daripada masuk ke dalam neraka.apabila ditanyakan,maka kelopak mata menjawab,pemuda ini pernah menangis kerana kesalahanya,lihatlah bagaimana besarnya ganjaran apabila kita ikhlas menangis terhadap dosa-dosa yang kita lakukan.
malaikat jibril dan mikail pernah menangis,apa bila semua malaikat tunduk sujut kepada nabi adam dan hanya iblis yang melanggar perintah tersebut,sepertimana yang sy baca,allah mengubah rupa bentuk iblis yang asalnya cantik dan byk kelebihan yang allah berikan kepada iblis kepada seburuk-buruk kejadian,dan allah mengusirnya keluar dari nikmat syurga.ketika allah membalas tipu daya iblis,maka menangislah jibril a.s dan mikail.lalu allah berfirman yng bermaksud"apakah yang membuat kamu menangis?"lalu mereka menjawab"ya allah!kami tidaklah aman dari tipu dayamu"
Lalu allah berfirman lagi"begitulah aku.jadi kau berdua tidak aman dari tipu dayaku."Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  2. .Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.jadi dengan tangisan tersebut dapat kita menyesali segala kesalahan kita lakukan dan mentaqarrubkan diri kapada sang pencipta

Tuesday, March 10, 2009

ya rasulullah-raihan


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Monday, March 9, 2009

menghayati hari kelahiran nabi muhammad s.a.w


Tanggal 12 rabiui awal adalah hari yang bersejarah bagi seluruh umah islam dimuka bumi ini.Iaitu kelahiran junjungan besar kita nabi muhammad saw.kita perlu mengigati dan menghayati sirah dan pejuangan baginda supaya menjadi contoh dan tauladan yg berguna kepada kita untuk meneruskan sunnah perjuangan kita untuk menegakkan agama islam yang tercinta ini.

Kita lihat bagaimana kelahiran baginda itu diiringi dengan kejadian-kejadian yang pelik tanda lahirnya seorang rasullah iaitu nabi muhammad saw untuk menyebarkan syiar islam di muka buni ini.yang akan memimpin manusia dari jahiliah dan kekufuran ke arah mentauhidkan allah.Baginda dirujuk sebagai Rasulullah s.a.w. Namanya turut ditulis sebagai Mohammed dan Muhammed, bermakna “orang yang dipuji” dan ada dinyatakan empat kali dalam al-Quran .Selain itu, dengan nama Ahmad (bermakna terpuji), seperti dijelaskan pada ayat 6, surah as-Saaf, maksudnya:“…Dan memberikan berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad…”

Al-Quran juga memberikan penghargaan terhadap baginda dengan gelaran, Nabi, Rasul, hamba Tuhan, penyampai berita baik, pemberi amaran, pengingat dan saksi.Beberapa perkataan lain turut digunakan bagi diri Nabi Muhammad s.a.w seperti al-Aqibah (kesudahan; kerana tiada nabi selepasnya), al-Hasyir (menghimpun; kerana manusia dihimpunkan atas agama yang dibawanya) dan Khatamun Nabiyyin (penamat semua nabi).

tanda orang yang benar-benar mencintai rasulullah saw memiliki ciri-yang tersebut

  1. Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.
    "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

    Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

  2. Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.
    Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

  3. Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

    Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.
    "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

  4. Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

  5. Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.
    Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

  6. Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

  7. Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

Saturday, March 7, 2009

Thursday, March 5, 2009

Kisah Lukman Hakim Dan Baghalnya

  1. Alkisah dalam satu riwayat menceritakan bagaimana pada suatu hari Luqman
    Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal, manakala
    anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu,
    sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata, 'Lihat orang tua itu
    yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya
    sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."
  2. Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka
    Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu
    dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar
    itu berkata pula, "Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan
    kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."
  3. Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas
    belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah
    orang ramai pula berkata lagi, "Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal,
    alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."
  4. Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan
    anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian
    terdengar lagi suara orang berkata, "Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki.
    Alangkah bodohnya!"
  5. Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim
    telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
    "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka
    orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada
    Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
    pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
semoga kita dapat manfaat dan pengajaran di atas kisah ini..aminn
wassalam..

Tuesday, March 3, 2009

Tol,Tol,Tol


assalamualikum...baru2 ni kementerian kerja raya telah mengarahkan agar kenaikan tol di seluruh negara.pada pendapat saya,kita perlu sebulat suara supaya kenaikan ini tidak berlaku.tetapi alhamdulillah nampakya seluruh ahli perlimen membantah tanda tidak setuju dengan kenaikan ini.ini kerana bukan rakyat biasa sahaja yang akan menerima kesan,malah mereka yang berjawatan pun akan terkesan.walaupun kita lihat kenaikan ini tidaklah banyak,tetapi sebenarnya akan membawa kepada kesusahan orang ramai,terutama yang selalu melalui jalan2 tersebut.

dengan ekonomi dunia yang makin membimbangkan dan kadar inflasi semakim menghimpit masyarakat dan dunia amnya.jadi x perlulah menyusahkan orang awam hanya untuk kepentingan diri sendiri ataupun sesebuah pihak.kesenangan dan kepayahan sepatutnya kita boleh nikmati bersama.malaysia bukan sebuah negara yang miskin,banyak hasil dari setiap tahun ke tahun.segala hasil bumi adalah milik allah bukan untuk kepintingan individu..fikir fikirkan..
wassalam....

PPSMI membawa kebaikan atau keburukan..


Pembelajaran dan pengajian sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI) telah diperkenal di seluruh sekolah dengan tujuan untuk memantapkan lagi penguasaan atau penggunaan bahasa inggeris di bangku sekolah lagi.adakah PPSMI ini akan membawa kebaikan seperti yang diwar warkan oleh pihar kementerian ataupu sebaliknya??

pada pandangan sy,ia sebenarnya akan mendatangkan lagi banyak keburukan terutama pda pelajar,pengajar mahupun bahasa malayu itu sendiri.memang tidak dapat dinafikan,pengajian dari sekolah rendah perlu untuk mendidik pelajar supaya lebih mudah memahami dan menguasainya.akan tetapi nilai bahasa melayu itu sendiri yang akan perlu kita korbankan.jika di teliti berapa ramaikah pelajar yang benar2 menguasai pengajian sains dan matematik dalam bahasa inggeris?dan berapa ramai yang masih gagal untuk menguasainya.terutama mereka dari kawasan luar bandar,mungkin mengalami sedikit kepayahan untuk menguasainya.

Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

“BM akan dipinggirkan, tak patut jika (pengajaran dalam BI) diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak, hari ini.Abdul Rahman berkata, isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan.

dalam sulut lain,tenaga pengajar itu sendiri yang akan diberi tekanan untuk mengajarkan kepada murid2.Situasi ‘paksa rela’ dikesan sebagai antara punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.Katanya, keadaan itu merupakan ‘hasil’ daripada dasar PPSMI yang dicadang dan diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.

”Keadaan ‘paksa rela’ ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.”Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut,”.oleh itu sama2 kita memikirkan,ia memebawa kebaikan atau sebaliknya..

wassalam.....

 

Design by Amanda @ Blogger Buster