masa itu lebih baik dri emas

Wednesday, June 24, 2009

Alhamdulillah....

Akhirnya sampai juga aku ke tanah air,setelah hampir 2 thn di bumi mesir.alhamdulillah mungkin rezki aku dpt pulang ke malaysia,dapat bertemu keluarga,saudara2 dan semua teman-teman ku..rindu plk kat sume kawn2 aku kat sana..hehe.seronok dapat bertemu mereka semua,dengan perubahan yang mendadak struktur bangunan,buat aku macam kelliru sikit..tp alhamdulillah blh biasakan diri..

Masa awal-awal perjalanan,memang satu dugaan buat kami.tetapi nk fikir sampai malaysia,wat kami menenti dengan penuh sabar...nk tau kenapa..??memang satu perjalanan yang penuh menguji kesabaran,dan membolehkan kita merasa sanggat tertekan,amat tertekan...(pada sy la)dgn kekurangan itu,kekurangan ini..ada benda yg org lain dapat,pastu ada segelintire yg x dapat..apa2 pun ni pengalaman kitaorg,mungkin berharga buat kami pada masa2 akan datang.

Sekarang ini tgh memikirkan,apa yg perlu buat,tuk menghabiskn cuti aku yg hampir 5 bn ni..tp apa yg penting,dpt jumpa dgn semua keluarga..doan2kn la kami kat sini..aminn

Thursday, June 18, 2009

Antara benda-benda keajaiban dunia....


Great Pyramid of Giza, Mesir
Simbol keabadian dan kehidupan yang kekal
Kordinat :
29°58′42.28″N 31° 8′3.18″E
Referensi :
Wikipedia : Pyramid of Giza
New 7 Wonder Kids Fact Sheets Great Pyramid of Giza


Petra, jordan
Simbol keahlian teknik dan perlindungan
Kordinat :
30°19′23.64″N 35°26′54.83″E
Referensi :
Wikipedia : Petra
New 7 Wonder Kids Fact Sheets Petra
Petra, Kota di Dinding Batu


Machu Picchu, Peru
Simbol dedikasi dan komunitasi
Kordinat :
13° 9′47.76″S 72°32′44.75″W
Referensi :
Wikipedia : Machu Picchu
New 7 Wonder Kids Fact Sheets Machu Picchu
Machu Picchu, Kota Berlapis Emas


Chichen Itza, Mexico
Simbol pemujaan dan pengetahuan
Kordinat :
20°40′54.32″N 88°34′8.91″W
Referensi :
Wikipedia : Chichen Itza
New 7 Wonder Kids Fact Sheets Chichen Itza
Chichen Itza, Sumur Pengorbanan


Taj Mahal, India
Simbol cinta dan hasrat
Kordinat :
27°10′30.00″N 78°2′31.48″E
Referensi :
Wikipedia : Taj Mahal
New 7 Wonder Kids Fact Sheets Taj Mahal
Taj Mahal Cinta Abadi Sang Raja

Colosseum, Roma
Simbol kesenangan dan penderitaan
Kordinat :
41°53′24.83″N 12°29′33.09″E
Referensi :
Wikipedia : Colosseum
New 7 Wonder Kids Fact Sheets Colosseum
Colosseum, Saksi Pertarungan Berdarah Manusia Vs Haiwan buas

Patung penebus jesus, Brasil
Kristus Penebus berdiri untuk menyambut dengan keterbukaan
Kordinat :
22°57′6.72″S 43°12′38.01″W
Referensi :
Wikipedia : Christ Redeemer
New 7 Wonder Kids Fact Sheets Christ Redeemer
Christ Redeemer, Melihat Hamba dari Puncak Gunung

Panitia New 7 Wonders menyertakan juga satu-satunya keajaiban dunia kuno yang masih ada sebagai kandidat kehormatan yang tidak dipilih melalui voting.


Great Wall of China, China
Sebuah bukti ketekunan dan tekad yang keras
Kordinat :
40°21′21.03″N 116° 0′33.88″E
Referensi :
Wikipedia : Great Wall of China
New 7 Wonder Kids Fact Sheets Great Wall of China
Tembok Cina, Kuburan 5 Dinasti untuk Ribuan Pembuatnya

Wednesday, June 17, 2009

Ama Zilna......




Mendekati Allah dengan hati kita
Tiada ketakutan mahupun kesedihan daripada Dia yang memberi petunjuk
Tali-Nya kuat dan tidakkan pernah goyah
Dia memberi pertolongan disaat semua orang memerlukannya

Di setiap masa di setiap ketika
Di atas kamu adalah Tuhan yang mengetahui segala
Di setiap masa di setiap ketika
Kamu mempunyai Tuhan yang menyayangi kamu dan tidak akan melupakanmu

Adakah kita kenal dengan Tuhan kita?
Adakah kita melihat rahmat Tuhan kita?
Adakah kita kenak dengan Tuhan kita?
Adakah kita berterima kasih.. atau kita sudah lupa
Tentang hamba-Nya.. adalah kita

Dalam kekuasaan-Nya kita wujud selama mana yang Dia mahu
Dan kita memohon kemurahan hati-Nya melalui doa
Dan mencari pertolongan-Nya melalui harapan
Kerana Dialah tempat perlindungan apabila susah demi

menguatkan pegangan kita

Di setiap masa di setiap ketika
Di atas kamu adalah Tuhan yang mengetahui segala
Di setiap masa di setiap ketika
Kamu mempunyai Tuhan yang menyayangi kamu dan tidak akan melupakanmu

Adakah kita kenal dengan Tuhan kita?
Adakah kita melihat rahmat Tuhan kita?
Adakah kita kenak dengan Tuhan kita?
Adakah kita berterima kasih.. atau kita sudah lupa
Tentang hamba-Nya.. adalah kita

Hatiku milik Allah, jiwaku milik Allah
Kekayaanku[hartaku] milik Allah

Wednesday, June 10, 2009

Pesanan dari khalifah abu bakar as-siddiq

Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:




1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.

Friday, June 5, 2009

Rangkuman Diariku...

assalamualikum..kepada rakan blogger yg di hormati..first sekali..alhamdulillah,akhirnya tamat sudah exam ku..setelah hampir sebulan mengadap buku(biasala nk exam,time ni je rajin bkk buku..) ni dh blh rehat2.sementara merancang agenda seterusnya.Ada yg susah,ada yg mudh..dh nama exam..mesti la ssh.kalu nk senang gi la masuk tadika blk...(kwn aku kata)..apa2 pun mudah mudahan dpt satu keputusan yg baik..insyaallah..aminn
yg ni..goring ikan..tp sempat lagi surve internt..last2 kn dh hangus..huhu..nasib baik blh mkn lagi,x elok buang2 makanan yg masih blh di makan...tawakkal je la..yg penting blh dimakan..
skng ni dh masuk musim panas,jadi jarang la keluar rumah..kalu de hal2 penting&urusan yg penting je baru keluar...jadi kalu kat umah tu..kejenye asyik zZzZ je la..hehe..paham2 la yer..
lagi2 dh habis exam ni..apa la nk jadi dgn sorg ni..aku banga tgk jiran dpn umah aku ni,dia ske tanam bunga raya..dh cam malaysia plk..(dh teringat kat kg)..patutnya kita ni sebagai warganegara malaysia,kena ada tanam bunga ni..baru semangat tu ada..hehe .lps ni kita gi ladang anggur plk..
ni sedih sikit la...camne la pasukan fev aku boleh kalah dgn barca dlm perlawanan akhir liga juara2 eropah..aku punya semangat gi umah kwn semata2 nk tgk macth ni..tp,pulang hampa..huhu(cam gi stadium tu plk).Nk wat camne..x de luck org kata..tp mang x puas hati.time tu main cam x main je..tu la,siapa suruh main2..kan dh dipermainkn..haha..padan muka.
apa2 pun aku ttp dgn team yg aku minat dri bangku sekolah rendh lagi..dasyat x..


haa..yg ni plk,duit nk beli tiket..ehh,aku blk ke thn ni..alhamdulillah de rezki nk blk kn..kata org rezki jgn di tolak..blh juga aku jumpa sume fmly ,kwn aku terima kasih kdp sume yg membantu..mudah mudahan selamat sampai tapa ada sebarang masalah..aminn


Monday, June 1, 2009

Babi selsema Manusia mati bergelimpangan...

Selsema Babi merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang sering ditemui dalam kawanan babi. Ia disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berjangkit di kalangan spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan pada manusia sejak 1988. Ketika artikel ini ditulis telah penyakit ini telah merebak kepada 8829 kes dan melibatkan 74 kematian.
Dulu kita agak terkejut dengan penyakit JE (Japanese Encephalitis) yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh babi yang dipindahkan kepada manusia melalui vektor nyamuk. Kemudian berlaku pula selsema burung yang sebenarnya tidak berjangkit kepada manusia, namun virus ini telah mengganda diri dan telah menjangkiti babi, dan kemudian manusia. Kini, tiba giliran H1N1 pula.
Sekiranya kita mengkaji realiti ini secara teliti dan mendalam kita tidak dapat menafikan bahawa penglibatan haiwan yang kita kenali sebagai babi in memainkan peranan yang cukup besar dalam menyebarkan penyakit-penyakit tersebut.
Sejak dahulu lagi pengharaman babi di dalam Islam dilihat dengan begitu serius. Contoh terbaik adalah apa yang dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab. Abu Umamah meriwayatkan bahawasanya Khalifah Umar Al-Khattab ra pernah berkata, “Berlatihlah ketangkasan berkuda, berhati-hatilah dan jangan kamu berakhlak seperti orang-orang ‘ajam (orang bukan Isam), jangan mendekati khinzir atau menegakkan salib di antara orang-orang Muslim”. Laits bin Abi Sulaim meriwayatkan bahawasanya Khalifah Umar ra pernah menulis surat kepada penguasa daerah dan memerintahkan mereka supaya membunuh khinzir dan membayar ganti rugi dengan mengurangkan pembayaran jizyah (bayaran yang wajib dibayar oleh kafir zimmi kepada Daulah Islam). Semuanya itu menunjukkan bahawa kaum Muslimin mahupun kafir zimmi dilarang memelihara atau pun melakukan perdagangan babi baik di dalam negeri mahupun dengan pihak luar negara. Diriwayatkan juga bahawa Khalifah Umar Al-Khattab mengecam Samurah bin Jundub yang mahu menerima pembayaran kharaj dan jizyah dari kafir zimmi yang berupa hasil penjualan arak dan khinzir. Ketika itu Khalifah Umar berkata dengan tegas, “Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutuk Samurah iaitu pegawai kami di Iraq kerana dia mencampurkan harga arak dan khinzir ke dalam belanjawan hak kaum Muslimin itu. Arak dan khinzir adalah haram dan hasilnya juga adalah haram!” (Lihat kitab Musannaf, Abdurrazzaq Jilid VI halaman 75 dan jilid X halaman 196). Lebih jauh dari itu Khalifah Umar berkata, “Tidak halal berjual beli sesuatu yang tidak dihalalkan memakan dan meminumnya” [Sunan Al-Baihaqi 6/14].
Oleh kerana itulah, kita dapati bahawa Khalifah Umar ra menetapkan syarat bagi kafir zimmi agar tidak membiarkan khinzir milik mereka berkeliaran di jalan-jalan tempat lalu lintas kaum Muslimin. Kemudian beliau mengambil tindakan yang lebih keras lagi iaitu memerintahkan pembunuhan khinzir yang ada pada kafir zimmi dan membayar penggantian harganya dengan dipotong dari jizyah yang wajib mereka bayar kepada Daulah. Semua yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khatab ra memperkuatkan lagi mafhum ayat tentang keharaman segala jenis aktiviti yang terkait dengan khinzir, termasuk penternakan. Dalam suratnya yang dikirimkan kepada pemerintah-pemerintah daerah, beliau mengatakan antara lainnya “Jangan ada seekor khinzir yang berdekatan dengan kamu, jangan ada orang-orang Nasrani di antara kamu yang menegakkan salib-salibnya dan jangan menghadiri jamuan makan yang di dalamnya ada orang yang minum arak. Berlatihlah menunggang kuda dan belajarlah memanah”. Apa yang diperintah oleh Khalifah Umar itu tidak dibantah oleh seorang sahabat pun. Mereka sepakat bersetuju dengan tindakan Umar yang melarang penternakan khinzir dan tidak membolehkan seorang Muslim ataupun kafir zimmi memelihara khinzir di dalam Daulah Islam. [sila rujuk SN 170]
Hari ini, peranan babi dalam menyebarkan pelbagai penyakit sudah tidak dapat dinafikan lagi. Bagi para pemimpin, tugas mereka adalah untuk menjaga maslahat rakyat. Alangkah baiknya ladang-ladang babi yang ada ditutup, orang kafir yang makan babi dinasihatkan agar menukar diet mereka dan keperluan daging babi hanya diimpot dari luar. Inilah tindakan yang amat wajar. Ingatlah babi baru kena selsema, manusia sudah mati bergelimpangan.
 

Design by Amanda @ Blogger Buster