masa itu lebih baik dri emas

Saturday, March 27, 2010

patah tumbuh hilang berganti.........


Presiden Mesir Hosni Mubarak mengeluarkan dekrit yang berisi pengangkatan Dr Ahmed Mohamed Ahmed Al-Tayeb sebagai syekh Al-Azhar, menggantikan Syekh Mohamed Sayed Tantawi, yang meninggal pekan lalu, menurut kantor berita MENA.

Perwakilan Berita tersebut mengatakan bahwa Presiden Mesir "19/3/2010 Jumat lalu mengeluarkan Keputusan Presiden No 62 tahun 2010 perihal pengangkatan Yang Mulia Dr Ahmed Mohammed Ahmed Al-Tayeb syekh Al-Azhar."

Syaikh Thayyib telah memangku jabatan rektor Universitas Al-Azhar sejak tahun 2003, jabatan yang beliau pegang setelah sebelumnya menjadi Mufti Negara.

Universitas Al-Azhar yang berkaitan erat dengan masjid Al Azhar, yang juga didirikan pada abad kesepuluh dinilai sebagai pusat yang paling penting bagi pendidikan Islam Sunni didunia.

Syekh Al-Azhar sebelumnya, Mohamed Sayed Thanthawi, meninggal Rabu lalu di Arab Saudi dalam usia 81 tahun setelah menderita serangan jantung.

Institusi Al-Azhar beberapa kali mengeluarkan fatwa untuk membimbing kaum Muslim.

Presiden Mesir biasanya mengangkat Syaikhul Azhar untuk seumur hidup.

Presiden Mesir mengeluarkan keputusannya sementara menjalani masa penyembuhan setelah operasi di Jerman pada tanggal 6 Maret lalu.

(sumber:alarabiya.net)

sumber : http://lamanulama.blogspot.com/

Kilang Al- Quran....





Friday, March 26, 2010

Mengatasi Rasa Kecewa....

Kita mudah merasa kecewa apabila tidak memerhatikan atau meniliti sesuatu peristiwa,selagi kita tidak mendapat jawapan yg meyakinkan,selagi itu kita akan terus merasa kecewa.Ini adalah antara ubat kekecewaan. Apabila kita rasa kita sudah mahu bertindak untuk mengatasi kekecewaan, kita sebenarnya telah berjaya, iaitu berjaya dalam perjuangan untuk menguasai diri kita. Sebaliknya juga, apabila kita gagal memulakan langkah-langkah ke arah mengubati hati luka itu, selagi itulah kita dianggap masih gagal. Lantaran itu cuba atasi kekecewaan tersebut. Antaranya adalah:

  • Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.
  • Melupakan kekecewaan tersebut dan menanam tekad baruuntuk tidak kecewa lagi.
  • Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai
  • Minta nasihat orang lain
  • Cuba minta nasihat daripada orang lain yang kita hormati atau segani.
  • Jangan minta nasihat dari orang yang kita benci atau orang yang selalu sakitkan hati kita. Dalamk kata lain, jangan tambah penyakit. Tidak kiranya apa nasihatnya, namun biasanya kesediaan orang lain itu memberi nasihat pun sudah cukup untuk melegakan perasaan kita.
  • Jangan manjakan perasaan
  • Jangan terlalu dibawa oleh perasaan. Perasaan kita kalau dilayan sangat memang semakin menjadi. Oleh itu janganlah dilayani perasaan kekecewaan itu sepanjang masa. Cuba keluar dari alam kekecewaan itu.
  • Cuba lakukan aktiviti lain yang dapat mengalihkan pemikiran anda dari masalah yang menimbulkan rasa kecewa itu. Bercampurlah dengan rakan-rakan yang lain dalam aktiviti luaran. Secara beransur-ansur, kita akan dapat itu. Walaupun kita akan memikirkannya semula setelah balik ke rumah, namun melupakan perasaan kecewa tahap kekecewaan itu pasti akan berkurangan.
  • Luahkan perasaan, jangan disimpan. Perasaan kecewa samalah seperti tekanan perasaan. Perasaan ini perlu tekanan yang disimpan dalam diri akan membentuk toksin. Oleh itu perasaan tersebut perlulah diluahkan. Lain orang menggunakan cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaan. Ada yang menghempuk meja. Ada yang menangis. Ada yang menjerit kuat-kuat. Ada yang mencoretkan rasa hatinya dalam diari kesayangannya. Walau apa pun yang dilakukan, perasaan tekanan itu akan sedikit berkurangan setelah diluahkan. Namun cara yang terbaik untuk meluahkan perasaan adalah dengan menceritakannya kepada orang yang dapat memahaminya dan dapat pula memberi kita jalan keluar kepada masalah tersebut. Orang yang dimaksudkan ini termasuklah cikgu, kaunselor, emak. kakak atau rakan-rakan yang kita rasa cukup dewasa dan cukup memahami kita.
  • Biar pemikiran beransur-ansur mengatasi perasaan. Cuba menenangkan perasaan sehingga perasaan yang diatasi oleh pemikiran. Apabila pemikiran (otak) mula mengatasi perasaan (hati) maka mudahlah untuk kita mula melihat jalan yang lebih lurus dan bertapak di bumi nyata. Malah kalau anda beruntung, anda tidak perlu mencari jalan untuk mengatasinya lagi kerana pemikiran rasional anda telah menguasai diri kita mula mengatasi rasa kecewa itu.


Tiada jalan pendek atasi kekecewaan. Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Malah kejayaan yang manis itu perlu mengharungi pelbagai ranjau. Oleh itu anda perlu faham bahawa jalan-jalan yang anda akan lalui untuk mengelakkan daripada berlaku lagi kekecewaan itu memerlukan masa yang cukup untuk dilaksanakan. Adakalanya langkah-langkah tersebut adalah berperingkat-peringkat dan hanya akan membuahkan hasil dalam jangka panjang juga. Misalnya, pokok yang ditanam tidak akan berbuah esok pagi! Sekiranya ini difahami, maka dapatlah kita menghindari kekecewaan berganda iaitu kecewa kerana langkah-langkah yang dijalankan kurang memberi hasil.

Banyak bersabar. Ingat pepatah Melayu Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut perasaan? Boleh pengsan! Oleh itu apabila kita telah tenang, ikutlah akal supaya kita jadi cekal. Bertawakal bermakna menyerahkan segala nasib kepada Allah setelah kita melakukan apa yang terdaya. Nabi Muhammad s’a.w memberi contoh supaya menambat unta dan selepas itu bertawakal. Ini bermakna jika unta itu tidak diikat, bertawakal pun tak guna. Dalam kes untuk menghindari kekecewaan ini, kita pasrah kepada nasib hanya setelah kita melakukan segala usaha yang kita rasa mencukupi. Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan adalah hikmahnya.

Wednesday, March 24, 2010

Kisah Abu Ubaidah bin Jarrah

Abu Ubaidah bin Jarrah masuk Islam atas ajakan Abu Bakar. Setelah ia sadar dengan ajakan Abu Bakar, berangkatlah ia bersama Abdurrahman bin ‘Auf, Uthman bin Maz’un dan Arqam bin Abi Arqam untuk menemui Rasulullah. Di depan Rasulullah mereka sama-sama mengucapkan kalimat syahadah. Setelah masuk Islam, Abu Ubaidah sedari bahwa seluruh yang ia miliki harus sepenuhnya diberikan untuk Islam. Bukan setengah atau pun sebagiannya.

Abu Ubaidah adalah seorang pemuda yang gagah berani yang sangat ditakuti oleh musuh-musuhnya dan susah sekali untuk di kalahkan. Saat terjadinya perang Badar, Abu Ubaidah tampil kedepan, memerangi tentara musyrikin. Tatkala Abu Ubaidah sedang berhadapan dengan musuh, tiba-tiba ia dikejutkan oleh seorang lelaki yang mengasuhnya sejak kecil. Ayah kandungnya yang masih musyrik. Sebelumnya dia sudah berusaha agar tidak bertemu ayahnya di tengah-tengah kancah peperangan.Tapi apa hendak dikata, peperangan saat itu bukanlah peperangan antara kabilah atau peperangan yang hanya untuk mempertahankan status quo. Akan tetapi adalah peperangan antara haq dengan batil, yang tidak mungkin disatukan selama matahari masih terbit dari timur. Akhirnya, dengan keimanan yang menyala-nyala terjadilah pertarungan antara anak dengan ayah, yang berakhir dengan gugurnya sang ayah di depan matanya sendiri.

Di saat peperangan sedang berkecamuk, Rasulullah sempat terjatuh sehingga gigi depannya retak, keningnya luka, dan pipinya kena dua mata rantai perisai. Melihat keadaan itu, Abu Bakar kasihan dan ingin mencabutnya, tapi ia dicegah oleh Abu Ubaidah bin Jarrah. “Biarkan sy yang melakukannya,” pintanya. Abu Ubaidah tahu kalau itu dicabut dengan tangan pastilah Rasulullah kesakitan. Akhirnya ia mencoba mencabutnya dengan gigi depannya. Disaat mata rantai pertama tercabut, giginya masih utuh dan kuat. Namun ketika mencabut mata rantai kedua giginya pun ikut tercabut juga. Saat itu Abu Bakar berkata, “Sebaik-baik gigi yang terputus adalah gigi Abu Ubaidah bin Jarrah.”

boleh kita lihat dari perkataan Umar bin Khattab. Pada suatu kesempatan Umar bin Khattab mengajukan pertanyaan kepada para sahabat, “Tunjukkan kepada saya cita-cita tertinggi kalian.” Salah seorang dari mereka mengacungkan tangan dan berkata, “Wahai Amirul Mukminin, sekiranya rumah ini penuh dengan emas, akan saya infakkan seluruhnya di jalan Allah.” Umar pun mengulangi pertanyaannya, “Apa masih ada yang lebih baik dari itu?” Lantas sahabat yang lain pun menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, sekiranya rumah ini dipenuhi dengan intan, emas dan permata, niscaya akan saya infakkan seluruhnya di jalan Allah.” Umar bin Khattab kembali bertanya dengan lafazh yang sama. Merekapun serentak menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, kami tidak tahu lagi apa yang lebih baik dari itu.” Umar bin Khathab kemudian menjelaskan, “Cita-cita yang terbaik adalah seandainya ruangan ini Allah penuhi dengan pejuang muslim seperti Abu Ubaidah bin Jarrah yang jujur, adil dan bijaksana.”

Menjelang wafatnya, Khalifah Umar pernah berkata, “Kalau Abu Ubaidah masih hidup maka aku akan menunjuknya sebagai khalifah penggantiku. Dan bila kelak Allah bertanya tentang apa sebabnya, maka aku akan menjawab, ‘Aku memilihnya karena ia seorang pemegang amanat umat dan pemegang amanat Rasulullah.’”

Demikianlah kekuatan kepribadian Abu Ubaidah bin Jarrah. Ia tidak pernah mundur dalam memperjuangkan kesucian Islam. Tenaga, harta, waktu, dan jiwanya ia korbankan demi Islam dan kejayaan umat.
 

Design by Amanda @ Blogger Buster