masa itu lebih baik dri emas

Monday, October 24, 2011

Tokoh Tokoh Gerakan Islam



Allah S.W.T berfirman :

وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ

وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

"Dan katakanlah: ""Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan" surah At Taubah: 105

Firmah Allah:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." At Taubah :111






Friday, October 21, 2011

Alhamdulillah..hadiah dri sahabat ^^




syukran kpd sahabat yg berada di CENTERBURY,LONDON ..walaupun raya dh lepas..tp beri jga hadiah ni..semoga Allah membalas dengan kebaikan insyaAllah ^^

Thursday, October 13, 2011

Rasulullah pengsan mendengar keterangan Jibril tentang pintu neraka ke 7

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibril:
"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

BAJET 2012: Anak Muda Terus Terabai

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana telah berjaya mendorong Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini untuk memperbanyakkan peruntukan dan bantuan kepada rakyat terutamanya pihak keselamatan seperti Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Usaha Umno dan BN untuk memancing undi rakyat untuk Pilihanraya akan datang juga jelas kelihatan apabila banyak 'gula-gula' yang yang ditawarkan pada rakyat dilihat diambil dari Buku Jingga dan bajet PR itu sendiri, jelas bahawa idea dan strategi PR telah terbukti baik dan berpandangan jauh. Kami amat kesal kerana dalam pembentangan bajet oleh Datuk Seri Najib tahun ini dilihat membelakangkan kepentingan belia dan anak muda terutamanya dari sudut kebajikan.

Tiada peruntukkan khusus untuk pembangunan insan dan latihan untuk anak muda. Kerajaan BN juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung kadar pengangguran graduan di tanahair yang semakin meningkat. Tiada perancangan untuk merangka mencetuskan pekerjaan yang kompatatif serta nilai idea baru terutamanya dalam industri pertanian moden buat anak muda.

Di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi. Kerajaan sewajarnya memperuntukan sejumlah peruntukan buat universiti tempatan bagi melatih bakal graduan dalam pengurusan risiko dan kreativiti kerja. Anak muda yang diluar lingkaran kampus dilihat semakin terpinggir dalam isu pencarian pekerjaan.

Malah dalam konteks membina kerangka niaga buat generasi muda tiada penumpuan kursus sama ada kemudahan membuka peniagaan dalam bentuk teknologi dan perkilangan. Jelas kebergantungan sektor penting ini masih diberikan kepada pihak luar dan bukannya menumpukan kemampuan anak tempatan terutama graduan yang berkemahiran dalam bidang tersebut. Kerajaan juga dilihat terlepas pandang peruntukan skala besar yang memerlukan keberanian untuk anak muda yang mampu lakukan.

Dan yang terakhirnya ialah pembangunan sukan yang hanya menumpukan prasarana dan bukannya jatidiri penggiat sukan tanahair ini. Dalam memberikan insatif dan kemahiran baru kepada semua atlet dilihat adalah paling penting yang tidak diambil kira oleh pihak Kerajaan. Pembangunan sukan bukan hanya memerlukan banyak prasarana, tetapi memerlukan kekuatan kemahiran yang tidak pernah menjadi keutamaan kepada semua atlet.

Bagi kami, pendekatan Negara kebajikan yang dislogankan oleh PAS tidak diterima oleh BN dan masih mengatakan BN yang terlebih dahulu melakukan pendekatan tersebut. Akan tetapi, BN perlu sedar kerana lebih 54 tahun memerintah semenjak Negara mencapai Kemerdekaan, rakyat masih tidak melihat pendekatan kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan BN selama ini. Tetapi ianya terlalu banyak ketirisan wang rakyat yang mengenggelamkan pendekatan kebajikan yang BN akui telah berikan sebelum ini lagi.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia


tranungkita online

Sunday, October 9, 2011

kenangan di masjid amru al asr ..mlm 27 ramadhan 2011







Layani isteri seperti Rasulullah

1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa kesombongan.

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

10. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur

10 penipuan besar yahudi....

Michel Collon, seorang wartawan dan pengarang berketurunan Belgium dalam bukunya "Israel, let's talk about it," telah menempelak media Eropah, yang sejak berdekad yang lalu telah menipu pandangan umum kerana menyokong Israel.

Collon dalam bukunya telah merumuskan "10 Penipuan Besar " yang tersebar dalam media Barat semata-mata untuk menjustifikasikan kewujudan dan tindakan Israel selama ini. 10 penipuan tersebut adalah;

1. Penipuan pertama, Israel bertapak ekoran dari reaksi pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi semasa Peperangan Dunia Kedua. Hakikatnya, tanggapan ini adalah palsu. Israel sebenarnya adalah satu projek mendominasi dunia yang telah diluluskan dalam Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dalam kongres tersebut, pejuang-pejuang kebangsaan Yahudi telah bertegas dan mengambil keputusan untuk menduduki tanah Palestin.


2. Justifikasi kedua untuk pendudukan dan pengesahan Israel adalah, bahawa bangsa Yahudi terpanggil untuk kembali ke tanah nenek moyang mereka di mana satu ketika dahulu mereka telah diusir pada tahun 70 M. Ini adalah cerita dongeng. Saya (Michel Collon) telah bersembang dengan seorang sejarawan Israel, Profesor Shlomo Sand dan beberapa sejarawan yang lain, Mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku "penghijrahan keluar beramai-ramai" bangsa Yahudi. Jadi apa maknanya "kembali". Tiada makna. Manusia yang mendiami Palestin tidak pernah meninggalkan tanah purba itu. Keturunan Yahudi yang mendiami Palestin sebenarnya adalah mereka yang tinggal bersama penduduk asal di situ. Puak-puak yang menuntut, kononnya untuk kembali ke tanah leluhur mereka, sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur serta Afrika Utara. Sand juga menyatakan bahawa bahgsa Yahudi sebenarnya tiada negara. Mereka juga tiada sejarah umum, bahasa dan kebudayaan. Satu-satunya benda umum yang mereka miliki adalah agama mereka dan agama tidak membentuk negara.
Profesor Shlomo Sand
Shlomo Sand
3. Ketiga, apabila orang Yahudi menduduki Palestin, ia adalah sebuah tanah yang kosong dan tidak diduduki. Ini satu penipuan di siang hari. Terdapat dokumen-dokumen dan bukti yang menjelaskan bahawa pada kurun ke 19 hasil pertanian rakyat Palestin telah dieksport ke beberapa buah negara termasuk Perancis.

4. Ada manusia menyatakan bahawa orang-orang Palestin meninggalkan tanah air mereka atas kehendak sendiri. Ini satu lagi pembohongan. Ramai yang percaya dan yakin, termasuk saya sendiri dan juga sejarawan Israel seperti Benny Morris serta Ilan Pappe berkata bahawa bangsa Arab Palestin telah pergi dan diusir dari tanah mereka secara paksa dan ugutan.

5. Pembohongan menyatakan bahawa Israel hari ini adalah satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan ia patut dilindungi. Ia adalah negara berdaulat. Tapi lubuk hati saya menyatakan ia bukan negara berdaulat. Ia adalah satu-satunya regim dan tiada undang-undang yang menjelaskan dan menggariskan sempadan dan wilayahnya. Semua negara di dunia memiliki perlembagaan yang mendefinasikan wilayah dan sempadannya. Israel adalah projek perluasan kuasa yang tiada sempadan negara. Undang-undangnya sama sekali bersifat perkauman. Mengikut undang-undang ini, Israel adalah sebuah negara untuk bangsa Yahudi dan rakyatnya yang tidak berketurunan Yahudi adalah manusia yang tidak perlu dihormati.

6. Pembohongan mengatakan bahawa Amerika Syarikat berusaha untuk melindungi demokrasi di Timur Tengah dengan cara melindungi Israel, dan kita tahu bahawa belanjawan tahunan Amerika memperuntukkan sejumlah 3 billion dolar sebagai talian hayat Israel. Wang ini digunakan Israel untuk mengebom negara-negara jirannya. Dan Amerika bukan sekadar untuk "memantapkan demokrasi" dengan cara begitu tetapi juga untuk memastikan pengaliran minyaknya tidak terganggu.

7. Mereka berpura-pura kononnya Amerika berusaha mencari perdamaian antara Israel dan Palestin. Ini juga satu penipuan yang nyata. Setiausaha Agung Majlis Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah memberitahu Israel "Anda adalah negara ke-21 Kesatuan Eropah". Industri Persenjataan Eropah, sejak dahulu bekerjasama dengan angkatan tentera Israel dan membantu kewangannya. Apabila rakyat Palestin memilih kerajaan mereka, Eropah tidak mengiktiraf dan memberi lampu hijau kepada Israel untuk menyerang Gaza

Javier Solana
8. Apabila anda bercakap tentang fakta-fakta ini serta sejarah Israel dan Palestin, dan apabila anda mendedahkan laba yang dikecapi Amerika dalam situasi ini, anda akan dilabel sebagai anti semitik, supaya anda diam. Tetapi kita patut menyatakan bahawa apabila kita mengkritik Israel, ia bukanlah perkauman atau anti Semitik. Kita mengkritik kerajaan yang tidak mempercayai kesamaan Yahudi, Kristian dan Islam yang boleh membawa kepada kehancuran perdamaian di antara pengikut ketiga-tiga agama ini.

9. Media massa menyatakan bahawa orang-orang Palestin mencetuskan keganasan. Kita menyatakan bahawa kerja masa lapang tentera Israel adalah menimbulkan keganasan dan ketakutan. Polisi merampas tanah dan rumah yang dicuri dari rakyat Palestin adalah keganasan.

10. Isu yang sering ditimbulkan adalah, tiada jalan untuk memecah kebuntuan dan polemik Israel-Palestin ini. Tiada berkesudahan dan tiada penyelesaian untuk menghilangkan perasaan benci, dendam yang diakibatkan oleh Israel dan konco-konconya. Tetapi hakikatnya memang ada jalan penyelesaiannya. Satu-satunya cara untuk menghentikan proses ini adalah dengan memberikan tekanan tekanan umum terhadap rakan subahat Israel di Amerika dan Eropah dan negara-negara lain. Tekanan terhadap media massa yang menyembunyikan kebenaran dan tidak bercakap benar tentang Israel. Menggunakan Internet atau apa sahaja media untuk menerbitkan berita-berita sebenar tentang Palestin.

SUMBER: MAAHADSAS.EDu
 

Design by Amanda @ Blogger Buster