masa itu lebih baik dri emas

Wednesday, November 30, 2011

Pelbagai lambang untuk pilihanraya mesir 2011






tp pd memerhatian sy,rakyat mesir sudah sedar dan menginginkan kerajaan yang berasaskn islam..terlalu ramai calon yang bertanding membawa selogan untuk menegakkan islam,mudah mudan parti HURRIYA WAL 'ADALAH memenangi pilihanraya pada tahun ini,semoga penerus perjuangan As Syahid Hasan Al Banna kembali menyinar..iAllah...

Allah berfirman bermaksud:Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (Surah Ath Thalaq ayat 3).

Tuesday, November 22, 2011

Cara Facebook Merakam Jejak Data Pengguna

- Untuk pertama kalinya Facebook membongkar cara bagaimana laman sosial terbesar di dunia maya itu menjejak @ mengesan para penggunanya di seluruh dunia.


Berdasarkan hasil wawancara Direktor juruteknik Facebook Arturo Bejar, juru bicara Facebook Andrew Noyes, juru bicara korporasi Facebook Barry Schnitt, dan manager juruteknik Facebook Gregg Stefancik, berjaya disimpulkan bagaimana laman web ini melakukan kompilasi untuk memantau data dari 800 juta pengguna aktif setiap hari.

  • Facebook tidak menjejak setiap pengguna dengan cara yang sama. Mereka menggunakan cara yang berbeza sewaktu masuk ke akaun, bagaimana pengguna menggunakan akaun mereka, ahli yang logged off, dan bukan ahli.
  • Sewaktu masuk ke halaman utama Facebook, perusahaan memasukkan cookies ke web browser ke pengguna. Jika Anda sign up untuk sebuah akaun, Facebook memasukkan dua jenis cookies. Jika Anda tak berminat mendaftar maka hanya memasukkan satu cookies.
  • Cookies ini merakam data setiap kali Anda mengunjungi laman lain yang menggunakan butang Facebook Like atau Facebook plugin yang bekerja sama dengan cookies itu pada saat tersebut, masa, dan keadaan laman sewaktu dikunjungi. ciri-ciri unik dari komputer juga terakam.
  • Facebook menyimpan semua data logs dalam kurun waktu 90 hari aktiviti dan menghapus semua entri setelah 90 hari.
  • Jika Anda masuk ke akaun, Facebook merakam nama, email, kengkawan, dan semua data di profil Facebook.
  • Data berupa pencarian di web, kebiasaan berselancar, daapt digunakan untuk menemukan Gabungan politik, agama dan kepercayaan, orientasi seksual, atau masalah kesehatan dari pengguna.
SUMBER | Sydney Morning Herald
http://baca-blogspot.blogspot.com/

Friday, November 11, 2011

7 Ayat Cinta

Sabda Rasulullah SAW:Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Tuesday, November 8, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Surat Saidina Ummar Al -Khattab Kepada Sungai Nil.

mungkin ada yang dah tahu ,mungkin ramai juga yang belum tahu kisah ini.Saidina Umar,semasa menjadi khalifah bukan sahaja terkenal dengan keadilannya dan kebijaksanaannya memerintah negara sehinggakan segala arahannya dan permintaannya di ikuti oleh rakyat jelata,bahkan sungai nil pun taat kepadanya atas kehendak Allah s.w.t.

"Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil,
kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah
maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah
itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir
seperti sediakala".

Kisahnya,

Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab r.a. Beliau adalah seorang mukmin yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT. Justeru kerana kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa diperkenankan oleh Allah SWT.

Semasa pemirintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang bukan setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.

Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar al-Khattab r.a. telah melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As r.a. sebagai Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja menganut agama Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan agama asal nenek-moyang mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam, mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.

Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru al-As r.a. menjadi Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk menyiram kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan mereka. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.

Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.

Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan mendesak Amru al-As r.a. supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut bagi mengatasi masalah sungai Nil ini, walaupun mereka telah memeluk Islam tetapi masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah diamalkan turun-temurun. Amru al-As r.a. keberatan menunaikan permintaan mereka kerana adat ini khurafat dan syirik kerana menyembah selain dari Allah SWT. Gabenor meminta tangguh dahulu kerana ingin bertanyakan kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. bagi menyelesaikan masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir.

Amru al-As menulis sepucuk surat kepada Khalifah menceritakan dengan jelas masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan rakyat.

Khalifah Umar al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca,air muka Umar al-Khattab r.a. berubah kerana marah dengan sikap penduduk Mesir. Katanya " adat ini terang sekali syirik hukumnya. Terang sekali bertentangan dengan ajaran agama kita yang suci. Bukankah Allah SWT yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku tidak sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan adat yang kejam dan bodoh ini".

Setelah itu, Umar al-Khattab r.a. mengambil sehelai kertas dan menulis sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir.Beberapa hari kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin surut dan mulai kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.

Amru al-As r.a. sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah, alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya sebaliknya Umar al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil.Setelah membacanya Amru al-As r.a. terus mencampakkan surat itu ke dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke dalam sungai Nil dalam sekejap masa air Sungai Nil mulai naik dan akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang anih ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah tersebut.

Pahlawan Gaza ~Saujana




Bumi ini dahulunya indah kini musnah dan binasa
Saban hari dimamah senjata membunuh anak watannya
Tiada lagi nada keriangan menghiburkan hati luka
Hanya wajah penuh pengharapan bernafas bersama doa

Membara di jiwa anak kecil pewaris para syuhada'
Cita-cita ingin bebas dari sangkar duri sang durjana
Semangat jihad terus menyala tersemat utuh di dada
Demi Allah pertahankan bumi penuh barakah

Dengarlah alunan irama
Derap perjuangan ini
Percikan rasa peduli insani
Biar dipisahkan jarak beribu
Tetap bersama dan berganding bahu

Pahlawan Gaza
Tak gentar tak berhenti
Berjuang hingga mati
Demi janji Ilahi
Bumi Gaza akan terus merdeka

Lagu: Frizdan
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya

Jurutera Bakal Terajui Tunisia....

Berikutan kemenangan dalam pilihanraya Tunisia pada Ahad 23 Oktober, An-Nahdah menamakan Setiausaha Agungnya, Hamadi Jebali merajui kerajaan baru Tunisia.

Pilihan tersebut disahkan oleh Said Firjani, Jawatakuasa Komunikasi parti An-Nahdah kepada rangkaian berita A-Jazeera.

Namun, Said berkata, keputusan muktamad adalah terpulang kepada parlimen Tunisia.

Beliau juga mengesahkan, An-Nahda tidak akan menuntut jawatan President yang berkemungkinan di serahkan kepada Perdana Menteri kerajaan peralihan, Beji Caid Sebsi.

"terpulang kepada parlimen, untuk memutuskan kedua-dua jawatan tersebut, Jebali adalah calon yang yag sesuai (sebagai Perdana Menteri), jawatan Presiden akan diserahkan kepada parti lain,"kata Said Firjani.

Hamadi Jebali, 63. adalah seorang jurutera dan penerbit akhbar, sebelum dipenjara oleh pihak berkuasa Tunisia selama 15 tahun.

Beliau dibebaskan dengan syarat dari penjara Tunisia pada 26 Februari, 2006, telah ditahan pada November 1990.

Jebali menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Universiti Tunisia dan ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan tenaga solar dari University of Paris.

Beliau adalah salah satu daripada pemimpin-pemimpin An-Nahdah yang paling menonjol kerana lantang mengkritik terhadap dasar-dasar kerajaan Tunisia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli majlis Eksekutif An-Nahdah dan sebagai Ketua Pengarang akhbar mingguan organisasi Al-Fajr (Dawn).

Pihak berkuasa Tunisia awal tahun 1990 telah menuduh Hamadi Jebali terhadap salah laku dalam tiga kes berasingan, semua yang melibatkan ungkapan pendapat dan percakapan beliau.

Dalam kes yang pertama, pada 10 Oktober 1990, Jebali menerima hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak 1,500 dinar kerana berucap "menggalakkan pencabulan undang-undang" dan "menyeru pemberontakan."

Beliau telah menerbitkan sebuah artikel oleh pemimpin An-Nahdah, Rashid Ghanoushi bertajuk "orang-orang Negeri atau Negeri rakyat?" dalam Al Fajr pada Jun, 1990.

Dalam artikel itu, Ghanoushi dilaporkan mengkritik kerajaan untuk "tidak berkhidmat untuk kepentingan rakyat."

Hamadi dituduh melanggar Perkara 13 Akta Akhbar Tunisia 1975 Akhbar Tunisia, yang mewajibkan penerbitan sesebuah akhbar mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Kementerian Dalam Negeri sebelum ia dicetak.

http://www.buletinonline.ne
 

Design by Amanda @ Blogger Buster