masa itu lebih baik dri emas

Monday, May 21, 2012

Peristiwa Bulan Rejab

 1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Tuesday, May 15, 2012

طيور الجنة اسلمي يا قدس




sejahteralah engkau wahai Quds, sungguh untuk pengorbanan
 kami mempunyai kekuatan, jika dunia mengerahkan kekuatan
 selamanya, kami takkan menyerah, selamanya
 aku berharap bersama hari ini ada hari esok

 bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad
 aku takkan melenceng, takkan jemu, takkan melunak

 * chorus

 untukmu wahai Quds, kesejahteraan dan kesejahteraan, wahai negeriku
jika penjahat menembakkan anak peluru
  aku akan menahannya dengan dadaku
 sejahteralah engkau sepanjang masa
 muslim aku, jemariku adalah yang membangun
 Masjidil Aqsa yang telah engkau tentukan
 berdirinya batu Sakhrah di tengah-tengah kami
sepanjang masa, tempat aku berdiri

di samping kiri adallah jantung hatinya
dan negeriku berada di samping kanannya 

demi kemuliaan, wahai putera-puteri quds, demi kemuliaan
dengan qudsku jayakanlah masa depan
tebusan untuk quds bukan untuk dunia
aku posisikan islam hanya untuk Allah
untuk perjuangan dan jihad membela negeri
aku takkan melenceng, takkan jemu, takkan melunak

Monday, May 14, 2012

Cocktail...

Alhamdulillah...  dapat merasa cocktail ( dalam masa musim panas ni.. ^^

Pesanan Saidina Umar Al Khattab

1- Sesiapa yang banyak ketawa , maka wibawanya sedikit.

2- Sesiapa yang suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain.

3- Sesiapa yang memperbanyak sesuatu maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.

4-Sesiapa yang banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya.

5- Sesiapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya. 

6- Sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula rasa waraknya. 

7- Sesiapa yang sedikit waraknya, maka hatinya akan mati.

CINTA DUNIA vs AKHIRAT

Al-Imam Hasan al-Basri r.hm. berkata: “tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menggangap cinta dunia sebahagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang besar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang  melainkan kerana mencintai dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?” (Mawa’izh al-imam hasan al-basri, hal 138)
Al-imam sufyan al-tsauri r.hm. berkata: “telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah s.w.t. Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memnuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh, kemudian engkau cuba memasukkan barang lain ke dalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi.”
Beliau berkata lagi : “sesungguhnya aku benar-benar dapat mengenali kecintaan seseorang terhadap dunia berdasarkan cara penghormatannya terhadap ahli dunia.” (Mawa’izh al-imam sufyan al-tsauri, hal 120)
Sifat orang cinta dunia
1.       Tamak terhadap sesuatu
2.       Tidak memberi peluang kepada orang lain
3.       Suka salahkan orang apabila gagal
4.       Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki
5.       Sibuk dengan urusan dunia hingga melupakan akhirat
6.       Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran

Cinta akhirat
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki keuntungandi akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Surah al-Syura 42:20)
Mereka yang cinta akhirat diberi kemudahan menikmati dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya dan hanya kepadanya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Surah al-Mulk 67:15)

Untung cinta akhirat
1.       Siapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunianya.
2.       Siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia lain.
3.       Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.
4.       Siapa yang menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan lewat satu haripun melainkan dia akan kembali

Orang yang ingat akhirat
1.       Tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat
2.       Tidak berkumpul dengan keluarganya kecuali membayangkan akan berkumpul bersama penduduk syurga
3.       Tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakaian sutera milik penghuni syurga
4.       Tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka
5.       Tidak mendengar suara yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangkakala
6.       Tidak pernah berbicara tentang suatu perkara, melainkan ada kaitannya dengan akhirat

Sumber : majalah solusi isu 18 hal 13
 

Design by Amanda @ Blogger Buster