masa itu lebih baik dri emas

Sunday, January 23, 2011

Orang Mude geng Kite






Allah S.W.T. pernah berfirman di dalam Surah Al-kahfi: ayat 13:

نحن نقص عليك نبأهم بالحق انهم فتية ءامنوا بربهم وزدناهم هدى


Bermaksud:Kami(Allah) mengesahkan kepada engkau(Muhammad) pengkhabaran mereka(Pemuda kahfi) yang sebenarnya,sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan dan kami tambahi mereka dengan petunjuk.


Mahasiswa dan mahasiswi,pelajar-pelajar sekolah menengah,para remaja adalah para pemuda atau di dalam bahasa arabnya adalah الشباب atau الفتية .Mereka adalah generasi kepimpinan negara,masyarakat,keluarga,organisasi-organisasi bahkan mereka merupakan tulang belakang untuk Islam atau di dalam bahasa arabnya قيادة الصلبة iaitu para pemuda merupakan playmaker yang penting untuk menggerakkan gerak kerja Islam pada zaman para nabi dahulu,zaman nabi Muhammad sehingga zaman sekarang ini.Antara contoh-contoh para pemuda di zaman masing-masing :

Zaman para nabi sebelum nabi Muhammad:

1.Ashabul Kahfi

Sebagaimana ayat dalam pendahuluan tadi menerangkan sejarah golongan pemuda memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan Iman kepada Allah S.W.T. sedangkan di zaman itu,pemerintah memaksa rakyatnya menyembah berhala sehingga mereka sembunyi di sebuah gua lalu tidur selama lebih 300 tahun lamanya.Dan mereka memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah di zaman berikutnya selepas lebih 300 tahun iaitu masalah beriman hidup semula di akhirat selepas mati.Mereka menjadi dalil bahwa Allah berkuasa menghidupkan semula.


2.Nabi Ibrahim

Dalam surah Al-Anbiak: ayat 60



قَالُواْ سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ

Maksudnya: Mereka itu berkata bahwa kami dengar seorang pemuda yang mencela tuhan kita, namanya Ibrahim.

Ayat ini memberi pengajaran peranan pemuda seperti nabi Ibrahim dalam dakwah islamiah. Sebagaimana di dalam sejarah beliau,beliau menghancurkan beberapa berhala kerana projek pembuatan berhala semakin berleluasa,tambahan pula para penyembah berhala semakin melarat ketika itu.Nabi Ibrahim juga berdebat dengan Namrud iaitu seorang master mind dalam merosakkan aqidah ummat,supaya menegakkan kebenaran dalam aqidah islamiah iaitu mentauhidkan Allah S.W.T.

3.Dua anak perempuan Nabi Syuib


Allah berfirman di dalam surah Al-Qishash: ayat 23 hingga 25 menerangkan Nabi Musa rasa simpati terhadap dua pemudi dan merupakan anak kepada Nabi Syuib yang solehah,sentiasa menolong ayahnya yang telah tua memberi minuman kepada ternakannya,lalu Nabi Musa membantu mereka berdua kerana kebaikan mereka terhadap ayahnya.Dan Nabi Musa telah dikahwinkan oleh Nabi Syuib dengan salah seorang dari dua pemudi tersebut.

4.Nabi Yusuf

Allah berfirman di dalam surah Yusuf: ayat 23 hingga 28 mengisahkan pendirian seorang pemuda yang diberi hikmah dan ilmu iaitu Nabi Yusuf semasa diajak oleh isteri tuannya iaitu Zalikha untuk melakukan perkara dosa.Allah melindungi beliau daripada perbuatan tersebut dan beliau berkata benar semasa didakwa bersalah dan dihukum penjara ke atasnya.



Zaman Nabi Muhammad :


Golongan yang membantu Rasulullah di dalam dakwahnya kebanyakkan dari golongan para pemuda seperti:

1.Saiduna Ali

Saiduna Ali yang menggantikan tempat tidur Rasulullah dalam kisah penghijrahan Rasulullah,padahal gerak kerja yang dilakukan oleh beliau mampu menaruhkan nyawa.


2.Asma' anak perempuan Saiduna Abu Bakar

Asma' seorang pemudi yang diberi amanah memberi makanan dan minuman kepada Rasulullah dan ayahnya ketika mereka menyembunyikan diri di gua Thur.


3.Zaid B Thabit

Beliau merupakan seorang pemuda dan Penulis Wahyu Rasulullah,dan pernah diamanahkan oleh saiduna Abu Bakar dan saiduna Othman dalam pengumpulan ayat-ayat Al-quran dan penyusunannya.

Dan lain-lain.Pemuda di Zaman Rasulullah merupakan Tulang belakang menyebarkan dakwah Islamiah sehingga zaman sekarang merasakan nikmat Islam dan Islam dipelihara oleh Allah sehingga hari qiamat.



Persoalannya:

Bagaimana para pemuda di Malaysia pada zaman sekarang?Adakah seperti para pemuda dan pemudi di dalam sirah yang telah dibentangkan tadi?Atau seperti berikut:















Apakah perkara-perkara yang mesti diambil sebagai pengajaran daripada sirah yang telah dibentangkan tadi bagi mendidik para pemuda zaman sekarang?

Sirah tadi mengisahkan para pemuda.Mereka sebagai Qudwah terhadap para pemuda setiap zaman.Kisah-kisah Ummat terdahulu dirakam oleh Allah S.W.T. supaya mengambil pengajaran baik untuk manfaat zaman berikutnya.

Antara pengajaran-pengajarannya:

1.Kisah Ashabul Kahfi

Beriman kepada Allah beerti juga beriman dengan para rasulnya,seluruh ayat-ayat Al-quran dan kitab-kitab Allah,para malaikat,hari akahirat serta qada dan qadar supaya para pemuda sentiasa diberikan hidayah oleh Allah. Golongan yang menerima hidayah Allah,mereka dicurahkan nikmat kerana mereka berada di jalan yang dikurniakan nikmat seperti para nabi,para sahabat,para syuhada dan para solihin sebagaimana di dalam surah Al-Fatihah.

2.Kisah Nabi Ibrahim

Kemantapan aqidah Islamiah iaitu mentauhidkan Allah dan memahami matlamat hidup di dunia iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. dari segala aspek kehidupan samada aqidah,ibadah, akhlak dan lain-lain.Menolak fahaman-fahaman yang merosakkan aqidah mengikut zaman masing-masing,sebagaimana zaman sekarang iaitu fahaman sekulerisme,nasionalisme, liberalisme,pluralisme dan lain-lain.Berdakwah kepada Ummat mengabdikan diri kepada Allah dengan hikmah,nasihat yang baik dan berdebat dengan adab-adab yang baik.

3.Kisah di zaman Nabi Musa

Berbuat baik kepada ibu bapa sebagaimana dua pemudi berbakti kepada ayahnya seperti menjaga nama baik keluarga,berkata baik terhadap mereka,dan lain-lain.Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadikan rumahtangga mereka sebagai keluarga muslim sebagaimana didikan ayah kepada dua pemudi tersebut iaitu seorang lelaki yang soleh yang melahirkan anak-anak yang solehah.Keluarga muslim memainkan peranan membentuk masyarakat yang muslim.Bermula dari masyarakat yang muslim akan membina proses pembentukan negara Islam.Keluarga muslim,masyarakat muslim dan negara Islam akan melahirkan generasi pemuda yang bermanfaat untuk keluarga,masyarakat dan negara.

4.Kisah Nabi Yusuf


Berpendirian seperti pendirian Nabi Yusuf dalam menghadapi cabaran-cabaran.Beliau berprinsipkan dengan prinsip-prinsip Islam dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.Beliau tidak terpengaruh dengan suasana kemaksiatan kerana taqwa kepada Allah.Beliau sanggup menghadapi mehnah dalam jalan dakwah seperti dipenjarakan.

5.Asma',saiduna Ali dan Zaid B Thabit


Para pemuda mesti menggerakkan kerja-kerja Islam sebagaimana para pemuda di Zaman Rasulullah samada secara individu atau berorganisasi.Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menyarankan agar para pemuda menggerakkan kerja-kerja Islam secara berorganisasi kerana jalan dakwah sangat sukar,penuh dengan ujian,memerlukan masa yang panjang,menggalas tenaga yang ramai, matlamat islam sangat besar dan sukar mencapai matlamatnya dengan gerak kerja secara individu sebagaimana Ashabul Kahfi seramai tujuh orang,Rasulullah berdakwah bersama para sahabat dan lain-lain.


Kesimpulan:

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menggariskan 4 kewajipan ke atas para pemuda zaman sekarang sebagaimana di dalam kitabnya (واجب الشباب المسلم اليوم) iaitu:

1.Memahami islam secara benar dengan mendalami thaqafah-thaqafah islamiah
2.Beramal dengan ilmu tersebut
3.Berdakwah
4.Menghubungkan diri dengan kerja-kerja Islam secara berorganisasi.

Tuesday, January 18, 2011

Ben Ali : Tanpa kawan, rumah & diaibkan

By Yvonne Ridley (beritaislamglobal.blogspot.com)

January 16, 2010 "Information Clearing House" – Kehidupannya mungkin masih disaluti kemewahan, tapi jangan tertipu kerana hakikat sebenarnya bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali dan keluarganya sekarang tidak ubah seperti banduan.

Umpama burung dalam sangkar emas, mereka kini dipinggirkan dalam istana yang terletak dalam salah satu daerah paling eksklusif di Jeddah di mana Ben Ali dan keluarganya yang korup itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka kini tiada tempat lain lagi untuk bersembunyi.

Ini sepatutnya memberi amaran kepada semua pemerintah yang zalim dan pemimpin diktator di rantau berkenaan – terutamanya Mesir – bahawa tidak kira betapa rapatnya awak dengan Barat, ketika ditimpa kesusahan mereka akan tinggalkan awak lebih cepat dari arang yang menyala.

Sebagai antara seorang penindas paling kejam di dunia, beliau menerima akibatnya sehingga terpaksa menaiki kapalterbang secara tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri ke tempat yang dia sendiri tidak tahu.

Begitulah cepatnya beliau pergi.

Kami dimaklumkan bahawa beliau ke Malta, kemudian Perancis dan Dubai dan setengah dozen negara-negara lain, semuanya tidak menerima diktator yang berusia 74 tahun itu.

Lelaki yang terdesak itu akhirnya diterima untuk mendarat di Bandar pelabuhan Jeddah Jumaat lalu dan tiba di sana pada waktu tengah malam selapas sekutu rapat beliau Presiden Nicholas Sarkozy menolak permintaannya untuk mendaratkan kapal terbang di bumi Perancis.

Sementara itu panggilan kecemasan yang dibuat ke White House hotline dan Obama tidak dilayan.

Sekali lagi Amerika telah membuktikan dirinya sebagai seorang kawan yang tidak setia sama seperti yang dialami Almarhum Mohammad Reza Shah Pahlavi apabila beliau hidup dalam buangan selepas regimnya di Iran digulingkan dalam Revolusi Islam 1979. Bekas Shah itu menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Mesir, dipinggirkan dan dijauhi oleh pemimpin-pemimpin Barat yang sama yang pernah menyokongnya dahulu.

Kerajaan Saudi enggan menetapkan berapa lama beliau akan dilayan sebagai tetamu tapi saya rasa ramai tentera yang dikerahkan berkawal di pintu pagar istana itu bukanlah bertujuan untuk melindungi beliau tetapi bagi memastikan supaya beliau terus berada di dalam kawasan bertembok tinggi itu.

Persoalan bagaimana pemimpin sekular itu akan tinggal di bumi Dua Masjid Suci itu diluar pengetahuan saya. Ben Ali merendah-rendahkan Islam hingga ke tahap di mana beliau memastikan supaya para penguatkuasa ganasnya menyakiti dan menghukum mereka yang memakai hijab dan menyimpan jambang dan janggut.

Sebagai contoh, Menteri-Menteri Luar dan Dalam Negara dan Setiausaha Agung parti politik yang memerintah Tunisia, CDR, membuat kenyataan beberapa tahun lalu bahawa mereka berasa bimbang dengan peningkatan wanita-wanita yang memakai hijab dan lelaki yang menyimpan jambang dan janggut dan memakai qamis (baju labuh), sehingga membawa kepada perlaksanaan tegas perintah 108 tahun 1985 Kementerian Pelajaran yang mengharamkan hijab di institusi-institusi pengajian dan semasa bekerja dengan kerajaan.

Polis mengarahkan wanita menanggalkan tudung sebelum memasuki sekolah, universiti atau tempat kerja dan bahkan di jalanan (gambar bawah). Amnesty International melaporkan pada waktu itu bahawa beberapa wanita ditahan dan dibawa ke balai polis di mana mereka dipaksa untuk menandatangani komitmen untuk berhenti memakai hijab.



Mungkin seseorang perlu mengingatkan kerajaan Saudi tentang perkara itu supaya Ben Ali boleh didakwa di bawah undang-undang Syari'ah.

Kebencian dan ketakutan Ben Ali kepada Islam boleh juga dilihat di Mesir di mana Hosni Mubarak memerintah secara kuku besi. Penjara-penjara padat dan penuh dengan anggota-anggota Ikhwanul Muslimin dan suara-suara pembangkang dikawal setiapkali tiba musim pilihanraya.

Pengkhianatan Mubarak terhadap rakyat Palestin dan ketakutannya pada Hamas menyerlahkan sikap sekular dan cara hidup beliau yang bertentangan dengan Islam.

Saya diminta meninggalkan Kaherah pada Disember 2009 oleh Kementerian Luar selepas menulis sebuah artikel yang mengatakan Mubarak telah menjadikan Mesir sebagai budak suruhan Amerika di Timur Tengah kerana beliau dengan rela menerima sejumlah besar wang AS sebagai balasan kerana menekan penduduk Gaza dan menyokong Israel.

Tapi sekarang beliau mungkin tertanya-tanya samada sikap berbaik-baik dengan negara Uncle Sam itu memang berbaloi.

Lagipun, tiada yang sujud kepada Amerika lebih daripada Ben Ali. Malahan pada 2005, beliau diminta menghulurkan tangan persahabatan dengan Zionis Israel, iaitu negara yang pernah mengebom negaranya sendiri semasa ibupejabat Yasser Arafat terletak di Tunis pada 1986.

Adakah beliau membantah? Tidak, malah Ben Ali pergi lebih jauh lagi dengan menjemput penjenayah perang Ariel Sharon untuk melawat Tunisia. Kenapa jadi begitu penakut?

Sama seperti raja Tunisia terdahulu yang zalim, beliau dengan senang hati mencium punggung Zionis semasa menari belly di hadapan pemimpin-pemimpin Barat yang beliau anggap sebagai sekutu rapat.

Jadi, ke mana pergi kawan-kawannya sekarang?

Dia tiada kawan, rumah dan diaibkan.

Wartawan British Yvonne Ridley adalah Presiden Kesatuan Wanita Muslim Antarabangsa Eropah. Beliau pernah berada di Tunisia pada Februari 2009 bersama konvoi Viva Palestina.


Rakyat memberontak (gambar atas) & Rumah ipar Ben Ali turut jadi mangsa (bawah)

Friday, January 14, 2011

KEISTIMEWAAN ILMU JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HARTA...


Kisah ini adalah berdasarkan dari pandangan Khalifah Ali bin Abi Thalib :

Syahdan , secara bergiliran sepuluh orang datang bertanya kepada Ali :

Orang pertama bertanya : “ Hai Ali, mana yang lebih utama, ilmu atau harta ?”

Ali menjawab : “Ilmu lebih utama dari pada harta.”

“Apa dasarnya ?”, tanyanya lagi,

Sebab Ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun, Saddad, Fir’aun, dll “, jawab Ali.

Orang kedua bertanya : “ Hai Ali, mana yang lebih utama, ilmu atau harta ?”

Ali menjawab : “Ilmu lebih utama dari pada harta.”

“Apa dasarnya ?”, tanyanya lagi,

“ Sebab ilmu menjagamu, tapi kalau harta malah engkau menjaganya “, jawab Ali.

Orang ketiga bertanya : “ Hai Ali, mana yang lebih utama, ilmu atau harta ?”

Ali menjawab : “Ilmu lebih utama dari pada harta.”

“Apa dasarnya ?”, tanyanya lagi,

“ Sebab pemilik harta musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak “ , jawab Ali.

Orang keempat bertanya : “ Hai Ali, mana yang lebih utama, ilmu atau harta ?”

Ali menjawab : “Ilmu lebih utama dari pada harta.”

“Apa dasarnya ?”, tanyanya lagi,

“ Sebab harta kalau dibelanjakan akan berkurang, tapi ilmu jika kau ajarkan malah bertambah “, jawab Ali.

Orang kelima bertanya : “ Hai Ali, mana yang lebih utama, ilmu atau harta ?”

Ali menjawab : “Ilmu lebih utama dari pada harta.”

“Apa dasarnya ?”, tanyanya lagi,

“Sebab pemilik harta dipanggil dengan sifat bakhil dan cercaan,
sedangkan pemilik ilmu dipanggil dengan nama keagungan dan kemuliaan “,
jawab Ali.

Orang keenam bertanya : “ Hai Ali, mana yang lebih utama, ilmu atau harta ?”

Ali menjawab : “Ilmu lebih utama dari pada harta.”

“Apa dasarnya ?”, tanyanya lagi,

“ Sebab harta itu perlu dijaga dari pencuri, sedangkan ilmu tidak perlu dijaga “, jawab Ali.

Orang ketujuh bertanya : “ Hai Ali, mana yang lebih utama, ilmu atau harta ?”

Ali menjawab : “Ilmu lebih utama dari pada harta.”

“Apa dasarnya ?”, tanyanya lagi,

“ Sebab pemilik harta kelak di akhirat akan dihisab, sedangkan pemilik ilmu akan diberi syafa’at “ jawab Ali.


Orang kedelapan bertanya : “ Hai Ali, mana yang lebih utama, ilmu atau harta ?”

Ali menjawab : “Ilmu lebih utama dari pada harta.”

“Apa dasarnya ?”, tanyanya lagi,

“ Sebab, harta menjadi berkarat karena lama disimpan, sedangkan ilmu tidak berkarat dan tidak rusak “, jawab Ali.

Orang kesembilan bertanya : “ Hai Ali, mana yang lebih utama, ilmu atau harta ?”

Ali menjawab : “Ilmu lebih utama dari pada harta.”

“Apa dasarnya ?”, tanyanya lagi,

“ Sebab, harta bias mengeraskan hati, tapi kalau ilmu malah menerangkan hati “, jawab Ali.

Orang kesepuluh bertanya : “ Hai Ali, mana yang lebih utama, ilmu atau harta ?”

Ali menjawab : “Ilmu lebih utama dari pada harta.”

“Apa dasarnya ?”, tanyanya lagi,

“ Sebab, pemilik harta biasa mengaku-ngaku sebagai Tuhan karena hartanya,
sedangkan pemilik ilmu mengaku sebagai hamba “, jawab Ali, kemudian ia
menambahkan, “ Jika orang berbondong-bondong dan bertanya kepadaku
teantang masalah ini, niscaya akan kujawab dengan jawaban yang lain
lagi. “

"Mencari 'ilmu itu berhukum wajib dari mulai dilahirkan sampai ajal menjelang ".

Sabda Rasululloh SAW : " Carilah Ilmu walau harus ke negeri Cina"

Sabda Rasululloh SAW : " Ilmu itu adalah Ruh Islam dan tiangnya iman,

Barangsiapa yang mengajarkan ilmu, maka Allah Ta'ala akan menyempurnakan pahala
baginya. Dan barangsiapa yang mempelajari ilmu lalu mengamalkannya, maka
Allah Ta'ala akan mengajarkan apa-apa yang belum diketahuinya " ( H. R
Abu Syeikh ).

Wednesday, January 12, 2011

Benarkah Adolf Hitler Amat Menghormati Islam??


1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.


2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.



Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.



Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :



1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"


Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...
Satu lagi maklumat yang aku dapat dari member aku..Imam yang disebut kat atas tu adalah Mufti Palestin mase tu..beliau adalah pak cik kepada mantan Presiden Palestin sebelum ini iaitu Yaser Arafat.
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat...

forum gampak.org..

Monday, January 10, 2011

Dunia untuk 7 golongan manusia

Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wasallam bersabda :

1. “Dunia ini adalah tempat bagi orang yang tidak memiliki tempat (di akhirat).

2. Dunia adalah harta bagi orang yang tidak memiliki harta (di akhirat).

3. Dunia ini hanya akan ditumpuk-tumpuk oleh orang yang tidak sempurna akalnya.

4. Hanya orang yang tidak paham sajalah yang akan sibuk dengan kesenangan dunia.

5. Hanya orang yang tidak berilmu sajalah yang akan merasa bersedih karena dunia.

6. Hanya orang yang tidak memiliki nurani sajalah yang akan dengki dalam masalah dunia.

7. Hanya orang yang tidak punya keyakinan kepada Allah sajalah yang menjadikan dunia sebagai tujuannya.”

Hadits tersebut tidak melarang manusia untuk berusaha dalam mengurusi keduniawian, tetapi hendaknya tidak sampai melupakan urusan akhirat yang menjadi tujuan utama. Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wasallam bersabda :

“Jika seseorang berusaha mencari nafkah untuk kepentingan anaknya yang masih kecil, maka dia berada di jalan Allah. Jika seseorang berusaha mencari nafkah untuk kepentingan kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia, maka ia berada di jalan Allah. Jika seseorang mencari nafkah untuk memenuhi ebutuhan dirinya agar tidak meminta-minta, maka ia berada di jalan Allah. Jika ada seseorang mencari nafkah dengan tujuan riya’ dan untuk bermegah-megahan, maka ia berada di jalan setan.” (HR. Thabarani).

Kini Makin Banyak Muslimah di Serbia yang Berani Kenakan Jilbab nisrina khuzaimah is online.

Syiar Islam kini mulai tumbuh subur di Serbia, negara di semenanjung Balkan yang semula berhaluan komunis. Salah satu indikatornya, makin banyak Muslimah yang tak takut lagi menunjukkan identitasnya dengan mengenakan jilbab.

Awal bulan ini, tujuh perempuan muda dan satu wanita dewasa memutuskan untuk mengadopsi pemakaian jilbab hari itu juga setelah menghadiri debat yang berjudul “Bagaimana Muslimah Berbusana” yang diselenggarakan oleh Universitas Internasional Novi Pazar. Mufti lokal, Muamer Zukorlic, tampil sebagai pembicara.

Keputusan mereka serta-merta didukung hadirin. Mereka bertepuk tangan setelah ke delapan wanita itu keluar dengan penampilan baru mereka, berbalut busana Muslimah.

Secara keseluruhan, hanya sejumlah kecil wanita Muslim di Serbia yang mengenakan jilbab. Namun kecenduran makin meningkatkan perempuan berjilbab baru-baru ini sempat membuat polemik: apakah perlu penggunaan jibab dilarang atau tidak.

Corovic Aida, seorang aktivis hak asasi manusia di Novi Pazar dan kepala Urban In, sebuah LSM advokasi, mengatakan pemakaian jilbab lebih soal fashion daripada iman. Namun jilbab juga bisa merupakan respons terhadap tekanan dari keluarga dan lingkungan. “Kebanyakan perempuan muda di bawah 18 tahun memakai jilbab, dan sebagian besar bahkan tidak menyadari artinya,” katanya.

Muhamed Jusufspahic, wakil Reis-ul-ulama dari Komunitas islam Serbia mengatakan negara tak perlu mengatur busana warganya. Sebagaimana kaum Muslimah, katanya, pilihan mengenakan jilbab semestinya diserahkan pada mereka.

Selama era Komunis di Yugoslavia, sebuah undang-undang pada tahun 1950 melarang perempuan mengenakan pakaian yang menutupi wajah. Aturan itu akhirnya dicabut. Saat ini, tidak ada hambatan seperti itu untuk wanita di Serbia. Mereka bahkan bisa difoto untuk dokumen identitas dalam pakaian Muslimah.

Dalam perang Balkan, serbia menempatkan kaum Muslim sebagai musuh utama. Genosida warga Muslim dilancarkan dan ribuan Muslim syahid dibantai.

Parlemen Serbia tahun lalu menyampaikan permintaan maaf atas peristiwa pembantaian ribuan warga Muslim Bosnia pada Perang Balkan pada 1995. Namun mereka menolak aksi kekerasan saat itu disebut sebagai sebuah peristiwa genosida. (Siwi Tri Puji Bwww.balkaninsight.com/RoL).

dakwatuna.com

 

Design by Amanda @ Blogger Buster