NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.
Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga
manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.
Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: "Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia."
Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.
Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.
Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu 'amarah' (nafsu jahat), 'lawwamah' (menyesal apabila buat kejahatan) dan 'mutmainnah' (tenang).
Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.
Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.
Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:
Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya: |
terlalu banyak makan akan menjadikan kita menjadi malas.lebih-lebih lagi dlm kita beribadat.kita disunatkan makan mengikut ala kadar sahaja jgn telalu kenyang.dri segi kesihatan,akan menambah kemudaratan pada sistem badan kita.
Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:
Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.” |
No comments:
Post a Comment