Pagi
22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople
dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian
gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu
seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan.
Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad
al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis,
setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera
Muhammad al-Fateh?
Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan
Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung
Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini
tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera
Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya
menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang
dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu
malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan
jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa
tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!
Siapakah
sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh
Khilafah Islamiah Uthmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau
yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru
menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa
selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda
s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka.
Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah
tenteranya.”
Allahurabbi .....
masa itu lebih baik dri emas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment