1.Hijrah Pertama
Hijrah
ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin
Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman
kepada Rasulullah SAW dan mereka yang
beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu.
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah
SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu
Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka
berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan
hijrah ini adalah untuk menyelamatkan
iman dan keselamatan diri di samping untuk
mencari tapak baru untuk Islam bertapak
dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya.
Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina
Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW.
Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4
orang wanita. Habsyah dipilih adalah
kerana rajanya dikenali dengan toleransi
dan sikap terbukanya.
Isra'dan
Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan
dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat
ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil
kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam
menentukan tarikh bila berlakunya
peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan
pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama
mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan
29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab
dan sebahagian ulama yang lain mengatakan
pada tanggal-tanggal selain dari yang
tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang
dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali,
ada setengah ulama mengatakan pada malam
tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak
ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab,
sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun
berlakunya juga terdapat perselisihan
pendapat ulama, ada sebahagian yang
mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah
(tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya
berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya
berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke
Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun
ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah
dan ada yang sebahagiannya pula
berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun
seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah
mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra",
bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi
s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum
Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu
peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah,
Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk
adalah mengambil nama sempena nama satu
tempat di Utara Semenanjung Arab di mana
Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam
berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana
tentera Rom telah melarikan diri kerana takut
dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam
yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul
Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar
Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian
dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan
Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib)
telah melakukan serangan demi serangan ke
atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat
menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500
tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib
telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum
dibebaskan kembali oleh panglima Islam
terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah
berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis
dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat,
27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H
umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin)
dan menamakan negara baru mereka dengan nama
Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama
sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin
Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin
pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam
bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang
dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia
Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara
peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya
dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah
kitab al-Umm.
masa itu lebih baik dri emas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment