Antara peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Sya'ban adalah:
1.
Malam Nisfu Sya'ban iaitu pada hari 14 Sya'ban. Terdapat keagungan
tersendiri pada malam Nisfu Sya'ban sepertimana pada bulan Rejab dengan
malam Israk dan Mikraj, bulan Ramadhan dengan malam Laillatul Qadr dsb.
2. Berlaku pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya'ban.
3.
Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5 hijrah. Kemenangan
berpihak kepada Islam dan ramai yang telah menjadi tawanan termasuk anak
perempuan Bani Mustalik. Rasulullah SAW telah telah mengahwini Barrah
yang kemudiannya ditukar nama kepada Juwairiah. Melalui perkahwinan ini
juga telah memberi kemenangan besar kepada Islam.
4. Perang Badar yang terakhir:
Peperangan
ini telah berlaku pada tahun keempat Hijrah. Oleh kerana cabaran yang
dibuat pihak musuh itu, Rasulullah SAW bersama 1,500 tentera Islam
keluar untuk memerangi mereka. Namun tidak seorang pun pihak musuh
ditemui kerana Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah
balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim
kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada
pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.
masa itu lebih baik dri emas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment