1.Pengumuman keputusan rasmi Pilihanraya Presiden
Mesir pusingan ulangan ditangguhkan. Anggota Jawatankuasa SPR, Muhammad
Mumtaz, kenyataan yg dikeluarkan jawatankuasa itu petang tadi (Rabu)
memberikan alasan pihaknya belum dapat mengkaji semua bantahan yg
diterima oleh SPR yg kini berjumlah 400 bantahan. Sebelum ini,pihak SPR
dijangka mengumumkan keputusan rasmi esok,Khamis
2.Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mahmud
Izzat berkata, rakyat tidak akan membenarkan sebarang usaha untuk
mempermainkan keputusan Pilihanraya Presiden. Mengulas keputusan
Jawatankuasa SPR yg menangguhkan pengumuman yg sepatutnya dibuat esok,
Khamis, tindakan SPR itu menambahkan kegelisahan dikalangan rakyat
3.Ratusan
pemuda dari Iskandariah, Buhaira, Suez, Syarqiyah, Asyut dan Fayum kini
tiba di dataran Tahrir bagi memulakan aktiviti perkampungan mereka di
dataran tersebut. Ia ekoran demonstrasi yg diadakan Selasa lalu mesejnya
gagal difahami oleh Majlis Tentera bahkan mereka memekakkan
telinga,membutakan mata terhadap tuntutan rakyat. Perkampungan yg
bermula malam ini akan diteruskan hingga Majlis Tentera memenuhi
tuntutan rakyat iaitu:
1) Menarik semula keputusan pembubaran Dewan Rakyat
2) Membatalkan nas cadangan pindaan perlembagaan
3) Menarik semula perintah yg dikeluarkan oleh Kementerian Kehakiman yg membenarkan tentera menahan rakyat seperti yg diguna dalam Undang-Undang Darurat yg telah dihapuskan

Semoga kemenangan berpihak kepada yg benar.. aminn ya Rabb
sumber:ustaz Abdul Malik
No comments:
Post a Comment