
Thursday, August 20, 2009
marhaban ya ramadhan......
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
mudah mudahan kita mampu untuk menyempurnakan bulan ramadhan dengan sebaiknya,dgn perbayakkan amalan di waktu pagi hari mahupun waktu mlm hari..insyaallah allah permudahkan segala permintaan kita..terutama pada 10 mlm terakhir..sama2 kita usahakanya.
Friday, August 14, 2009
Batasan Cinta
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada
jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan di
jadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"
menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus
ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan
islam,selain bekorban untuk mendapat kegembiraanNya...
Sahabat,
Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim
bunga yang penuh keindahan,tetapi apabila musim itu
berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi
musim luruh dan musim sejuk,maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah
itu...
Kalian yang di kasihi allah,
kemarau.Dan meminumnya dengan penuh
kesabaran.Bercintalah sekadar menghirup wangian
kasturi tanpa memilikinya.Bercintalah dan berkasih
sayanglah kerana Allah dengan memupuk dan menyuburkan
ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan
iman demi untuk keizzahan islam tercinta....
Monday, August 3, 2009
mencari diri......
Yg bagusya,diorg ni mang fikir tentang umat..camne aku leh x terfikir..tp bagi aku kena belajar ilmu dulu..tp mang aku x sangka kat sini pun blh belajar..macam2 yg aku dapat..mang seronok la..hehe.apa2 pun aku bergerak ke kedah lepas habis ijtima' tu..dh kena anta plk kat bukit kayu hitam..ala kat thailand..bkn nk shopping tp de benda yg aku nk kena buat...saba..
kwn2 sume...doakan kami kat sini k...
jumpa lain kali