masa itu lebih baik dri emas

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. كل عام وأنتم بخير ‏

Semoga segala amalan- amalan kita diterima Allah dan dipertemukan ramadhan yang akan datang insyaAllah.

RAMADAN sudah meninggalkan tapak semaian ibadat yang mekar di hati seorang mukmin. Jiwanya masih lagi dipengaruhi bekas amal salih, sabar dan reda menahan hawa nafsu, munajat dan sujud, tadabbur al-Quran dan sedekah, doa yang panjang, tangisan dan taubat pada akhir malam.

Tibalah bulan syawal @eid fitri iaitu kembali kepada fitrah asal kita.mudah mudahn kita dapat muhasabah pada bulan ramadhan yang lalu,untuk kita teruskn beramal di bulan bulan akan datang insyaALLAH...

Dan diberi kekuatan untuk teruskn puasa 6..aminn

Abu Ayyub Al-Anshari ra meriwayatkan, Nabi saw bersabda :

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi saw bersabda:

"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Shahih" mereka.)

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:

"Barangsiapa berpuasa Ramadham lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. " (HR. Al-Bazzar) (Al Mundziri berkata: "Salah satu sanad yang beliau miliki adalah shahih.")

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan dengan puasa enam hari di bulan Syawal menyamai pahala puasa satu tahun penuh, karena setiap hasanah (tebaikan) diganjar sepuluh kali lipatnya, sebagaimana telah disinggung dalam hadits Tsauban di muka.

Salam eidul fitri semua..maaf zahir dan batin..

Friday, August 19, 2011

bukti kebenaran Al quran..






Allah berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)"
(Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)

Allah berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)

Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):

"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..."
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)
dalam sesetengah tafsir disebut
”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”

sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.

Sekarang tengok gambar ni pula
Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico,
gua ini dipenuhi dengan batu-batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar
ada yang sampai dengan 12 meter panjang
Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai

Monday, August 8, 2011

Wanita Islam Murtad Masuk Kristian Dibogel Dan Dipukul Oleh Orang Ramai

New Delhi, Sekitar 50 orang Islam mengamuk di sebuah gereja menuntut seorang wanita, Selina Bibi agar bertaubat dan masuk semua ke dalam Islam. Mereka mengugut untuk membakar gereja tersebut jika waniat itu enggan memeluk bertaubat.

Sebelum itu Selina Bibi telah dibogelkan oleh 2 orang wanita muslim yang datang bersama sekumpulan orang ramai ke rumahnya bagi melihat tanda dia telah menjadi Kristian. Mereka percaya seorang muslim yang murtad menjadi kristian akan terdapat tanda pada tubuh badannya.

India bukanlah sebuah negara Islam tetapi rakyatnya akan segera bangun jika ada orang Islam yang murtad. Berlainan bagi negara kita kini yang didakwa sebagai sebuah negara Islam tetapi apabila penguatkuasa agama yang memang ada peruntukan undang-undang mencegah murtad membuat pemeriksaan di geraja riuh satu negara. Itu baru buat pemeriksaan dan bukannya serbuan kasar atau tidak beradab.


Kita hanya mengambil isu murtad sebagai modal untuk mencari siapa salah samada kerajaan atau pembangkang sedangkan isu ini bukanlah masalah samada pembangkang atau kerajaan yang bersalah. Ia adalah masalah keseluruhan umat Islam di negara kita yang perlu mencari jalan penyelesaian dan menampal segala kelemahan yang ada.

Walau bagaimanapun Kerajaan perlu memikul semua tanggung jawab tersebut kerana rakyat telah mengamanahkan mereka untuk menerajui negara. Dan tidak lupa juga Majlis Raja-Raja dan Agong yang menjadi penaung dan berkuasa penuh dalam hal ehwal agama perlu aktif menangani masalah ini.

wartashubhi.blogspot..


jagalah hati...10 Perangkap syaitan

ALLAH berfirman bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121).

Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itu sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah menyediakan ruang kepada syaitan menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap menguasai tunjang dalam badan manusia.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:

Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu orang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23)

Keempat – sifat khianat. Khianat dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering ” (Riwayat Bukhori dan Muslim).

Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu berasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).

Kelapan – melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.”

(Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha memperolehnya.

Kesepuluh – melalui sifat buruk sangka. Seseorang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya sudah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

Monday, August 1, 2011

selamat menyabut bulan ramadhan...



Assalamualikum..alhamdulillah syukur dengan segala rahmatnya dpt kita berjumpa lagi di bulan yg penuh berkat dan penuh keampunan oleh allah iaitu bulan ramadhan.Tanda kita masih mempunyai peluang untuk perbaiki diri dan terus memohon keampunan dri allah atas dosa-dosa yg byk kita lakukan..sedih jga rasanya,bila berpuasa berjauhan dengan keluarga..tp alhamdulillah masih ada sahabat2 untuk teruskn beribadah di bulan ramadhan ini..


hayati khutbah rasulullah menjelang bulan ramadhan..moga kita mendapatbyk faedah darinya..
Rasulullah saw Apabila menjelang kedatangan ramadhan beliau berkhutbah memberi motovasi kepada para sahabat dan ummat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan persiapan yang rapi, dan mengisinya dengan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan harapan. Sebagaimana dalam sebahagian Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan

Rasulullah saw. Apabila menjelang kedatangan ramadhan beliau berkhutbah memberi motovasi kepada para sahabat dan ummat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan persiapan yang rapi, dan mengisinya dengan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan harapan. Sebagaimana dalam sebahagian Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih;
Dia menjawab kepada hanba Nya ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut hamba Nya, ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan permintaan hamba Nya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Iaitu memperbanyakan solat sunat ( diantaranya solat sunat Tarawih).

Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin. ( iaitu di hari kiamat nanti).

Wahai manusia!
Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah Menjawab Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan seteguk air.

Wahai manusia!
Barang siapa yang mempercantikkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin, yang pada hari ketika itu, banyak kaki-kaki tergelincir.
Barangsiapa yang meringankan pekerjaan pegawai atau pembantunya atau hambanya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.

Barangsiapa menahan keburukkannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini ( seperti solat sunat tarawikh) , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."
 

Design by Amanda @ Blogger Buster