masa itu lebih baik dri emas

Saturday, November 24, 2012

7 PERISTIWA ANTARA YG BERLAKU PADA HARI ASYURA



7 PERISTIWA ANTARA YG BERLAKU PADA HARI ASYURA

·     Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi. Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala. Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan malaikat.

·     Allah mencipta Nabi Adam a.s. Allah menjadikan Hawa. Allah menjadikan syurga. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah – makan buah khuldi.

·     Nabi Nuh a.s diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi ditenggelami banjir selama 6 bulan.

·     Nabi Yunus a.s selamat keluar daripada perut ikan setelah berada di dalamnya selama 40 hari dan 40 malam.

·     Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s bersama pengikutnya daripada tentera fir’aun. Fir’aun dan pengikutnya tenggelam ke dalam lautan tersebut.

·     Nabi Isa a.s di angkat ke syurga ketika di buru oleh tentera Rome untuk menyalib baginda.

·     Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat di bunuh dgn kejam di Karbala oleh tentera Khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah yazid.

Friday, November 9, 2012

Wasiat Imam Hasan Al Banna

Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidup-nya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
Allah swt. berfirman,
"Dan Kami hendak memberi karnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dan mereka itu," (Al-Qashash: 5-6)

Putaran waktu akan memperhhatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat. Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan

itu akan kembab kepada kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya. Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi engkau tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari. Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.

Allah swt. berfirman,
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)

Tuesday, September 11, 2012

Khutbah Abu Bakar as-Siddiq; panduan untuk siapa yang ingin menjadi pemimpin


Bahagialah rakyat jika memiliki pemimpin yang soleh, takutkan Allah dan tahu kewajipan terhadap rakyat. Namun jika sebaliknya yang mereka perolehi, sengsaralah hidup mereka. Islam adalah agama politik dan pemerintahan, sebagaimana ia juga agama aqidah, ibadah dan kekeluargaan. Islam tidak hanya ingin melahirkan ahli ibadah (‘abid) dan ahli ilmu (‘alim atau ulama’), tetapi juga ingin melahirkan ahli politik dan pemerintah mengikut acuan wahyu dan hidayah Allah. Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi lambang kesempurnaan agama Islam, kecemerlangan sakhsiah baginda bukan pada ibadah dan akhlaknya sahaja, tetapi juga pada keadilan dan kebijaksanaannya dalam politik dan pemerintahan.

Islam ingin melahirkan pemimpin yang bukan sekadar berjiwa rakyat tetapi lebih dari itu ia mampu membimbing rakyatnya. Ia mengetahui dengan baik landasan mana yang harus dikutinya selama ia memerintah rakyatnya. Dalam setiap keputusannya, dipastikan untuk kemaslahatan rakyat, bukan diri sendiri. Ia menyedari di bawahnya adalah rakyatnya dan di atasnya adalah Tuhannya yang sentiasa memerhati dan menghisab segala tindak-tanduk serta perlakuannya. Pemimpin yang memiliki ciri dan akhlak sebegini bukan hanya menjadi suatu idea di dalam Islam, malah Islam telah melahirkannya ke alam realiti. Contoh terunggul ialah Nabi Muhammad s.a.w.. Selain baginda ialah Saidina Abu Bakar r.a., khalifah pertama di dalam Islam. Keperibadian Abu Bakar sebagai pemimpin Islam sejati dapat dilihat dari awal lagi dalam pidato sulungnya sebaik diangkat menjadi Khalifah.
Ibnu Sa’ad meriwayatkan dalam Tabaqatnya; “Semasa Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, beliau berpidato di hadapan rakyatnya. Setelah bertahmid kepada Allah dan memuji kebesaranNya, beliau berkata; “Wahai sekelian manusia! Aku telah diangkat untuk menguruskan urusan kamu sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Namun al-Quran telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya. Sedarilah bahawa sebaik-baik kebijaksanaan ialah takwa dan sebodoh-bodoh kebodohan ialah fujur (dosa dan maksiat). Sesungguhnya bagiku orang yang lemah adalah paling kuat di kalangan kamu kerana aku akan membantunya untuk mengembalikan haknya (yang dirampas oleh orang lain). Sementara yang kuat pula bagiku adalah paling lemah kerana aku akan mengambil darinya hak (orang lain yang dirampasnya). Wahai sekelian manusia! Aku adalah pengikut (ajaran Nabi s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru). Maka jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku”. (Thabaqat Ibnu Sa’ad, bab Zikr Bai’ati Abi Bakr)
Perhatikan bagaimana Abu Bakar telah menggariskan dasar-dasar bagi pemerintahannya dalam ungkapan yang begitu ringkas. Tidak banyak perkataan yang digunakan, namun pengertiannya amat luas dan mendalam. Abu Bakar memulakan pidatonya dengan merendah diri kepada rakyatnya. Walaupun berada di jawatan tertinggi dalam Negara, ia merasakan dirinya bukanlah yang terbaik. Begitulah seharusnya seorang pemimpin. Perlu ada perasaan rendah diri kerana dengan perasaan itulah Allah akan membantunya dan ia akan disayangi rakyat. Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa merendah diri kerana Allah, Allah akan mengangkatnya”.[1] Diriwayatkan juga dari baginda; “Rendah dirilah kepada manusia, duduklah bersama orang-orang miskin, nescaya kamu akan menjadi orang-orang besar di sisi Allah dan kamu akan keluar dari perasaan takbur”.[2]
Perasaan rendah diri bukan bertujuan menzahirkan kelemahan diri di hadapan rakyat. Akan tetapi untuk meraih simpati rakyat agar dapat bersama mencari kekuatan untuk membina Negara. Kerana itu, Abu Bakar menegaskan; “Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu, namun al-Quran telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan sunnahnya untuk kita di mana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya”. Bagi Saidina Abu Bakar, al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber kekuatan bagi beliau untuk memimpin rakyatnya. Kerana itu, walaupun berasa diri lemah tetapi beliau yakin dengan kekuatan wahyu al-Quran dan ilmu as-Sunnah yang diwarisi dari Nabi Muhammad s.a.w.. Wahyu al-Quran dan ilmu as-Sunnah inilah yang menjadi titik kesatuan antara beliau dan rakyatnya dan dari titik kesatuan itulah beliau yakin akan mendapat dokongan penuh dari rakyatnya untuk menerajui Negara.
Seterusnya Abu Bakar menjelaskan dasar-dasar kepimpinannya kepada rakyatnya;
Pertama; Dasar yang digunakan dalam menilai rakyat. Abu Bakar menegaskan kepada sekelian rakyatnya bahawa beliau menilai mereka berdasarkan ketaatan kepada Allah, bukan pangkat, keturunan, harta dan sebagainya. Baginya, rakyat terbaik ialah yang paling tinggi takwanya. Jelas sekali beliau menghayati prinsip al-Quran yang menegaskan; “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya di antara kamu” (Surah al-Hujurat, ayat 13). Berdasarkan prinsip ini, para ulamak menegaskan; “Sebarang jawatan dalam kerajaan Islam sama ada berkaitan dengan kehakiman, kementerian, pentadbiran atau sebagainya tidak harus diserahkan kepada mana-mana orang melainkan yang memenuhi syarat-syarat berikut:[3]
1. Mempunyai keimanan dan ketakwaan.
2. Mempunyai kelayakan ilmu berkaitan jawatan yang hendak diisi.
3. Ia tidak melobi untuk mendapatkannya kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya kami demi Allah tidak akan menyerahkan kerja ini kepada seseorang yang memintanya atau bercita-cita ke atasnya”.[4]
Kedua; Dasar keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat. Saidina Abu Bakar meletakkan satu prinsip yang tegas berhubung keadilan dan kesaksamaan di antara rakyatnya. Beliau seolah-olah memberi amaran; jangan ada sesiapa pun di kalangan rakyatnya yang cuba menindas orang lain kerana beliau pasti akan menggunakan kuasanya –sebagai pemimpin- untuk membela orang tertindas itu. Dirinya diletakkan sebagai pengimbang antara rakyatnya yang kaya dan yang miskin, antara yang menindas dan yang ditindas. Rakyat yang dizalimi akan dibela sehingga ia menjadi kuat di tengah masyarakat dengan pengaruh khalifah. Sementara yang menzalimi pula akan dikekang dan diancam sehingga pengaruhnya menjadi lemah kerana ditenggelamkan oleh kuasa khalifah.
Ketiga; Dasar pemimpin berperlembagaan, yang tertakluk dengan undang-undang Syarak. Di dalam ucapannya tadi, Saidina Abu menegaskan; “Aku adalah pengikut (ajaran Nabi s.a.w.), bukan pembid’ah (yakni yang mereka-reka ajaran baru)”. Saidina Abu Bakar ingin memberitahu rakyatnya bahawa; walaupun berada di kedudukan paling atas dalam Negara, beliau tetap terikat dengan undang-undang Syari’at yang ditinggalkan Nabi Muhammad s.a.w.. Sebagai pemimpin Islam, beliau menyedari bahawa tanggungjawab beliau ialah meneruskan kesinambungan politik Islam yang dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w., bukan membawa ajaran politik baru yang berlawanan dengan sunnah baginda. Kerana itu, beliau meminta rakyatnya agar mengawasinya. Beliau berpesan kepada mereka; “Jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku”.
Kepada pemimpin-pemimpin umat Islam hari ini, kita nasihatkan; jadikanlah pidato Saidina Abu Bakar di atas sebagai panduan dalam pemerintahan. Jika kamu berlaku adil, kamu akan disanjung dan dikasihi oleh rakyat sebagaimana Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar dan pemimpin-pemimpin soleh yang lain. Namun jika kamu zalim dan menyeleweng, kamu akan menjadi seperti Fir’aun, Namrud dan sebagainya yang dicela dan dicaci rakyat.
Peranan Abu Bakar : Dianggap penyelamat Negara dan Umat Islam
Ø A
Ab -Abu Bakar as-Siddiq telah Berjaya menyelesaikan soal kewafatan Nabi Muhammad s.a.w sama ada persoalan kepercayaan serta tempat pemakaman jasad Rasulullah s.a.w. Abu Bakar telah membaca nas-nas al-Quran dan al-Hadis untuk menyelesaikan isu ini. Mengenai krisis kepercayaan Nabi Muhammad s.a.w telah wafat, beliau telah membaca petikan Surah Ali Imran ,ayat 144,sementara itu isu pemakaman dapat diselesaikan apabila beliau menyatakan nabi dan rasul terdahulu dimakamkan di tempat mereka wafat. Sehubungan itu, jasad Baginda telah disemadikan di Madinah.
Ø A
Ab--Abu Bakar as siddiq juga menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelesaikan soal pengganti Rasulullah s.a.w untuk memimpin Negara Islam. Beliau telah mengemukakan hujah sebaik-baik khalifah mestilah dipilih dalam kalangan Muhajirin untuk mengelakkan perpecahan sesma kaum Aus dan Khazraj, di samping golongan ini sememangnya mempunyai bakat kepimpinan semula jadi.
Ø A
Ab -Abu Bakar  as siddiq juga Berjaya menyelesaikan soal al-Riddah. Perpecahan umat Islam timbul apabila ada golongan yang enggan membayar zakat dangolongan nabi-nabi palsu dan golongan murtad. Masalan ini menjadi duri dalam daging dan perlu dibenteras segera. Abu Bakar terpaksa menggunakan kekerasan dengan membentuk 10 pasukan tentera yang akhirnya Berjaya menundukkan golongan nabi-nabi palsu,golongan yang enggan membayar zakat dan golongan murtad. Tentera Islam Berjaya menghapuskan pemimpin-pemimpin al-Riddah seperti Musailamah al-Kazzab,Sajjah al-harith,Tulaihah bin Khuwailid,Malik bin Nuwairah dan Aswad al-Ansi.
Ø S
elai-Selain itu Khalifah Abu Bakar as siddiq juga Berjaya meangani masalah ancaman musuh luar Negara Islam apabila menggerakan semula tentera yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w sebelum kewafatan baginda. Tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid telah Berjaya mengatasi masalah ancaman Rom. Kejayaan gemilng yang dicapai menyebabkan pihak tentera ini diamanahkan menjaga keselamatan Kota Madinah sekali gus memadamkan ancaman golongan Zubyan dan Absy.
Ø A
Ab--Abu Bakar as siddiq  juga Berjaya mengumpulkan al-Quran. Usaha ini diketuai oleh Zaid bin Thabit untuk mengelakkan kehilangan al-Quran di buka bumi selepas kematian ramai al-hafiz dalam perang al Riddah. Usaha pengumpulan al-Quran dicadangkan oleh Umar Al-Khattab , walaupun pada awalnya Abu Bakar ragu-ragu untuk melaksanakannya. Demi kepentingan dari segi jangka panjang ,beliau akhirnya bersetuju dengan rancangan berkenaan. Sumbangan Saidina Abu Bakar ini sangat besarkhasnya menyelamatkan al-Quran daripada terhapus.
Ø B
agi -Bagi menjamin pentadbiran berjalan dengan lancar dan mewujudkan kestabilan politik ,
kKhalifah Abu Bakar juga telah menyusun pentadbiran dengan membahagikan Negara kepada 10 daerah dengan diketuai ole seorang Amir yang dibantu oleh iman,dan hakim,setiausaha dan Pegawai di Baitulmal.
Ø A
bu --Abu bakar as siddiq juga melaksanakan dasar ketenteran dengan melantik Khalid bin al-Walid sebagai panglima agung dan menggerakkan tentera untuk menghadapi Rom dan Parsi. Tentera Islam Berjaya mengambil alih kawasan Damsyik,Hims di Palestine dan di Jordan. Bagi menghadapi Parsi, Muthana bin Harithah telah dihantar untuk menghadapi pemberontakan di Teluk Parsi, menghantar Khalid al_Walid bagi menawan wilayah di Sungai Furat,dan merancang untuk menyerang wilayah Hirah di bawah kepimpinan Hurmuz sekali gus berjaya membunuh Hurmuz dan menawan Hirah diikuti Anbar.

Kepada Para Pemuda..

رسالة أيها الشباب
للامام البنا
أيها الشباب: 
إنما تنجح الفكرة إذا قوي الايمان بها، وتوفر الإخلاص في سبيلها، وازدادت الحماسة لها، ووجد الاستعداد الذي يحمل على التضحية والعمل لتحقيقها. وتكاد تكون هذه الأركان الأربعة: الايمان، والإخلاص، والحماسة، والعمل من خصائص الشباب. لان أساس الايمان القلب الذكي، وأساس الاخلاص الفؤاد النقي، وأساس الحماسة الشعور القوي، وأساس العمل العزم الفتي، وهذه كلها لا تكون إلا للشباب. ومن هنا كان الشباب قديمآ و حديثأ في كل أمة عماد نهضتها، وفي كل نهضة سر قوتها، وفي كل فكرة حامل رايتها "إنهم فتية آمنوا بربهم وزدناهم هدى " الكهف.
 


ومن هنا كثرت واجباتكم، ومن هنا عظمت تبعاتكم، ومن هنا تضاعفت حقوق أمتكم عليكم، ومن هنا ثقلت الأمانة في أعناقكم. ومن هنا وجب عليكم أن تفكروا طويلا، وأن تعملوا كثيرآ، وأن تحددوا موقفكم، وأن تتقدموا للإنقاذ، وأن تعطوا الأمة حقها كاملا من هذا الشباب.

قد ينشأ الشاب في أمة وادعة هادئة، قوي سلطانها واستبحر عمرانها، فينصرف الى نفسه اكثر مما ينصرف إلى أمته، ويلهو ويعبث وهوهادىء النفس مرتاح الضمير.

وقد ينشأ في أمة جاهدة عاملة قد استولى عليها غيرها، واستبد بشؤونها خصمها فهي تجاهد ما استطاعت في سبيل استرداد الحق المسلوب، والتراث المغصوب ، والحرية الضائعة والأمجاد الرفيعة، والمثل العالية. وحينئذ يكون من أوجب الواجبات على هذا الشباب ان ينصرف إلى أمته أكثر مما ينصرف إلى نفسه.

وهو إذ يفعل ذلك يفوز بالخير العاجل في ميدان النصر، و الخير الآجل من مثوبة الله. ولعل من حسن حظنا أن كنت من الفريق الثاني فتفتحت أعيننا على أمة دائبة الجهاد مستمرة الكفاح في سبيل الحق والحرية.

واستعدوا يا رجال فما أقرب النصرللمؤمنين وما أعظم النجاح للعاملين الدائبين.

Wahai Pemuda!

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan di samping itu ada kesediaan yang mendorong mereka ke arah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;
"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka."(Kahfi:13)


Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambahberat. Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.

Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.

Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Kita, Angkatan Pemuda Islam ini, bertuah sebab kita termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata kita melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan. Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan yang terus menerus bekerja dan bertindak.


Sunday, August 19, 2012

Salam Lebaran 1433 H


تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
 
Semoga syawal tahun ini dalam memberi pengajaran dan tarbiyah dalam diri tuk kita meneruskan & membuat gerak kerja dakwah yang lebih kuat lagi dalam bulan builan selepasnya..
 
Dan mencapai matlamat kita menunaikan ibadah puasa iaitu TAQWA kepada Allah.. di beri keampunan atas segala dosa dosa yang lalu.. aminn ya rabb...
 
Terus menyumbang & berdoa untuk saudara se islam kita yg sedang berjuang & sedang di uji oleh Allah,semoga di beri kemenangan dan kekuatan oleh Allah insyaAllah......
 
salam lebaran,mohan maaf atas segala kesilapan....

Saturday, August 11, 2012

Dakwah Fardiyyah - Mustafa masyhur (2)

MARHALAH  KEDUA

Marhalah kedua ialah marhalah membangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u. Di peringkat ini perbincangan mengenai persoalan keimanan tidak perlu dilakukan secara langsung. Adalah lebih baik jika perbincangn mengenainya mengambil pendekatan secara tidak langsung seolah-olah tanpa disengajakan, dengan cara mengambil kesempatan daripada melihat burung, tumbuhan, serangga atau mana-mana makhluk Allah. Di kesempatan tersebut, perbincangan mengenai kekuasaan kekuasaan Allah, kehalusan dan keagungan ciptaan-Nya dilakukan. Sebagai contohnya, dijelaskan kepada mad’u bagaimana tumbuhan tersebut tumbuh daripada tanah dan air yang sama. Ia melahirkan bahagian-bahagian yang berlainan seperti dahan, daun, bunga, buah, warna, bau dan rasa sedangkan ia disiram dengan air yang sama dan ditanam di tanah yang sama

“Begitulah perbuatan Allah s.w.t yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu”.
(Maksud an-Naml: 88)

Apakah ahli sains dengan teknologi canggih yang diciptanya mampu mencipta sebiji gandum (sebagai contoh) di makmal mereka; apbila ditanam dan disiram, akan menumbuhkan batang gandum? Sesungguhnya mereka tidak akan mampu melakukannya. Ini kerana menumbuhkan benih ciptaan Allah adalah rahsia Allah yang hanya diketahui-Nya. Manusia tidak mampu untuk menumbuhkan benih ciptaannya. Begitu juga sekiranya seluruh penduduk dunia bersatu untuk mencipta seekor lalat, mereka tidak akan mampu melakukannya. Ini kerana mencipta dan menghidupkan adalah hak kepunyaan Allah semata-mata. Begitulah seterusnya. Melalui perbicangan seumpama ini, dilakukan banyak kali dan memikirkan keunikan ciptaan Allah, Insya Allah akan


 menjadikannya mengkagumi, mengagungi dan menyucikan Allah bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:


“Dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya
Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari seksa neraka”. (Ali Imran: 191)


Ayat ini menegaskan bahawa memikirkan penciptaan Allah menjadikan seseorang mengkagumi dan mengagungi Allah serta mendorong kepada mengingati hari akhirat, mengingati pembalasan yang akan diterima di sana, dan mendorong seseorang mukmin untuk memohon kepada Allah supaya menyelamatkannya daripada azab neraka. Begitulah, dengan membangkitkan keimanan kepada Allah, keimanan kepada Keesaan-Nya, keimanan kepada sifat kudrat dan kesempurnaan-Nya, hati akan mula hidup dengan mengenali Allah (Makrifatullah), sedar daripada kealpaannya dan bersedia untuk menyempurnakan keimanannya kepada hari akhirat dengan segala yang ada padanya; kebangkitan dari kubur, hisab dan balasan. Begitu juga, dia akan memahami tujuan kita diciptakan oleh Allah iaitu untuk beribadah kepada-Nya semata-mata. Dia tidak dapat menggambarkan bagaimana Allah menciptakan kita dengan sia sia; tanpa tujuan.



 Boleh jadi berguna kalau kita menjelaskan kepadanya (mad’u) persoalan kemuliaan yang Allah berikan kepada anak cucu Nabi Adam a.s; kemuliaan hasul daripada pemberian roh kepada mereka. Kebanyakan manusia alpa dan lupa terhadap kehidupan di aspek ini, dan mereka hanya hidup di aspek penciptaan mereka daripada tanah dan memenuhi tuntutan badan. Mereka lupa dan alpa bahawa aqidah yang benar dan sejahtera adalah tuntutan asasi kepada roh; padanya terdapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Begitulah seterusnya, perbincangan berlegar di sekitar persoalan keimanan. Ketika persoalan ini hidup di jiwanya, dia akan mula menilai semula kehidupannya sebelum ini (muraja’ah). Dia akan merasakan bahawa sekiranya dia terus berada di tahap lama; alpa, mencuaikan kewajipan, melakukan maksiat dan tidak mentaati Allah, dirinya akan terdedah kepada azab Allah di hari akhirat; hari yang tiada tempat lari dan penyelamat. Ketika itu, dia akan mudah dipimpin dan diberi tunjuk ajar supaya berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Friday, August 3, 2012

Dakwah Fardiyyah - Mustafa masyhur (1)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t (ad-da’wah ila Allah) adalah
kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di
zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah
kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t yang bertujuan mencabut
teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam. Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.
 
Firman Allah yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat
(marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara
bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan),
yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah
‘Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramahceramah,
majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah,
suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah
Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya. Perbincangan
mengenai dakwah fardiah ini akan kita perkatakan secara mendalam di sini:

Pertama: Mengenai methodologi dan peringkat-peringkat dakwah
fardiah.
 
Kedua: Mengenai keistimewaan dakwah fardiah dan ciri-ciri para daie
yang melaksanakan tugas ini.


MARHALAH PERTAMA

Marhalah pertama ialah mewujudkan hubungan dan perkenalan
dengan mad’u (taaruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar
merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang dirinya
dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak
membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya benarbenar
terbuka dan bersedia untuk memahami apa yang anda perkatakan
mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.
Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah
berkadar dengan kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi
hatinya di marhalah ini. Sebarang percubaan untuk berbincang mengenai
apa-apa tajuk dakwah sebelum malalui marhalah ini mungkin akan menjadi
faktor penolakannya. Marhalah ini mungkin memakan masa beberapa
minggu.

Saturday, July 21, 2012

Antara Peristiwa Besar Bulan Ramadhan

BULAN DITURUNKAN AL KITAB


Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.


Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.


PERISTIWA BADAR




Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.


Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.


Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.


Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.


ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH



Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.


Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.


Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.

Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.


PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK



Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.


Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.


Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.


ISLAM SAMPAI KE YAMAN


Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.


KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA


Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.


PENYERAHAN BANDAR TAIF



Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.


PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)


Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.


Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.


PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL


Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.


TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL



Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.


Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.


Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.


PEPERANGAN YAKHLIZ


Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.


TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL


Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.


Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.


Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.


Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan


:ramadhan tetamu yang di rindui :Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Salam Ramadhan Al Mubarak

semoga dpt mengambil pengajaran , kelebihan, keampunan .. InsyaAllah
 Madrasah ramadhan ini  Gunakanlah kehadirannya sebagai kilang yang mampu memproses ketahanan jiwa di dalam meniti hari-hari hidup yang mendatang demi mencari keredhaan Allah ke arah menggapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,,
kumpul amalan sebayaknya.. :) 
Selamat menyambut ramadhan al mubarak  ,semoga dapat sempurnakan ibadah puasa dengan sebaiknya.. 
p/s :timur tengah puasa awal sehari

Wednesday, July 18, 2012

Hizbul Bahr



Terjemahan :

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang Maha Santun, Engkaulah Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik Pencukup adalah yang mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Kami mohon kepadamu Al-'ishmah (tersuci daripada kesalahan) dalam gerak dan diam, dan dalam bertutur kata dan berkemahuan, dan dari lintasan hati yang disebabkan wasangka, dan dari ragu dan waham (khayalan) yang menjadikan hati tertutup daripada mentelaah perkara-perkara yang ghaib. Di situlah orang-orang Mukmin diuji, dan mereka digoncang dengan goncangan yang keras.

'Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang yang dalam hatinya ada penyakit berkata: "Allah dan Rasulnya tidak menjanjikan pada kita kecuali tipuan."'
(Al Ahzab 33: 11-12)

Maka teguhkan dan tolonglah kami dan tundukkan samudera ini sebagaimana Engkau telah menundukkan laut kepada Musa, dan sebagaimana Engkau telah menundukkan api kepada Ibrahim, dan Engkau menundukkan bukit-bukit dan besi kepada Daud, dan Engkau tundukkan angin dan syaitan serta jin kepada Sulaiman, dan tundukkan kami segala samudera, yang mana kesemuanya itu adalah milikMu baik yang ada di bumi mahupun di langit dan segala kekuasaan di laut dunia mahupun laut akhirat, dan tundukkan untuk kami segala sesuatu, wahai yang di tanganNya kekuasaan segala sesuatu.

Kaaf, Haa, Yaa, 'Ain, Sod (3x)

Tolonglah kami kerana Engkau sebaik-baik Penolong, dan bukalah untuk kami, kerana Engkau adalah sebaik-baik Pembuka, dan ampunilah kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi Ampunan, dan kasihanilah kami, kerana Engkau sebaik-baik yang mengasihi, dan berilah rezeki kepada kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki, dan berilah petunjuk dan selamatkan kami dan anugerahilah kami dengan hembusan angin yang baik sebagaimana yang ada dalam ilmuMu, dan sebarkanlah atas kami khazanah-khazanah rahmatMu dan angkatlah kami dengan pengangkatan kemuliaan bersama keselamatan dan afiat dalam agama, baik di dunia mahupun di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Wahai Allah, mudahkanlah bagi kami segala urusan kami hingga hati kami dapat beristirehat, begitu juga halnya jasad kami dan kami mohon kemudahan berkenaan dengan afiat di dalam dunia dan agama. Berlakulah terhadap kami sebagai kawan dalam safar (perkelanaan) dan sebagai khalifah dalam keluarga, dan robahlah wajah musuh-musuh kami dan bekukan mereka di tempatnya masing-masing agar tidak dapat mendatangi tempat kami.

'Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami hapuskan penglihatan mata mereka, lalu mereka berlumba-lumba menuju ke jalan tapi bagaimana mereka dapat melihat?
Dan kalau Kami menghendaki. Kami robah bentuk mereka di tempat mereka berada, maka tiadalah mereka maju dan tioada mereka dapat kembali.'
(Yasin 36: 66-67)

'Yaa Siin. Demi Al-Quran yang penuh hikmah. Sungguh engkau adalah seorang Rasul... Dari para Rasul atas jalan yang lurus-lempang (sebagai wahyu). Yang diturunkan oleh yang Maha Perkasa, yang Maha Penyayang. Agar engkau peringatkan suatu kaum yang bapak-bapak mereka belum mendapat peringatan. Kerana itu mereka lalai, sungguh ketentuan (Tuhan) telah berlaku atas kebanyakan mereka kerana mereka tidak beriman. Sungguh telah Kami pasang belenggu di lehernya sampai dagunya, lalu mereka termengadah. Dan Kami adakan di antara tangan-tangan mereka (di hadapan) bendungan dan di belakang mereka bendungan (pula) dan Kami tutup pandangan mereka sehingga tidak dapat melihat.'
(Yasin 36:1-9)

Seburuknya wajah-wajah (3 x)

'Dan sekalian wajah tunduk merendah demi untuk Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri sendiri, sungguh tiada harapan bagi siapa yang memikul kezaliman.'
(Thaha 20:111)

Thaa Siin. Haa Miim. 'Ain, Siin, Qaaf

'Ia alirkan kedua lautan itu, antara keduanya ada sempadan, masing-masing tiada berlawanan'
(Ar-Rahman 55: 19-20)

Haa Miim (7x)

Haa Miim. Persoalan itu sudah ditetapkan dan kemenangan telah tiba, maka mereka atas kami takkan dimenangkan.

'Haa Miim. Turunnya kitab (Al-Quran ini) dari Allah yang Maha Perkasa, yang Maha mengetahui. Yang Maha Mengampuni dosa, dan Menerima Taubat lagi amat keras hukumNya dan besar kekuasaanNya, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya tujuan kembali."
(Al-Mukmin 40: 1-3)

Bismillah pintu bagi kami;

Tabaroka dinding perisai kami;

Yaa Siin atap menaungi kami;

Kaaf Haa Yaa 'Ain Sod pencukup keperluan kami;

Haa Miim, 'Ain Siin Qaaf penjagaan diri kami.

Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (3x)

Tabir penutup Arash dilabuhkan atas kami;

Dan mata pengawasan Allah melihat pada kami;

Dengan daya Allah kami tak terkalahkan.

'Dan Allah mengepung mereka dari belakang. Bahkan itu adalah Al-Quran yang mulia... Yang termaktub dalam Loh Mahfudz'
(Al-Buruj 85: 20-22)

'Allah adalah sebaik-baik pemelihara. Dia Maha Penyayang dari orang-orang yang paling penyayang.' (3x)
(Yusuf 12:64)

'Sungguh pelindungku adalah Allah yang menurunkan kitab (Al-Quran). Dia melindungi para orang salih.' (3x)
(Al-A'raf 7:196)

'Allah cukup bagiku, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dialah Tuhan pemilik Arash yang Agung' (3x)
(Al-Bara'a 9:129)

Dengan nama Allah, yang bersama namaNya tiadalah sesuatu akan membawa malapetaka baik di bumi mahupun di langit dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui... (3x)

Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung... (3x)

Friday, June 22, 2012

TAWARAN HEBAT... !!!!




Kategori: Kamus Tiga Bahasa (Arab-Melayu-Inggris)
Jumlah Muka Surat : 1.504.-
Ukuran: 17,5 x 24,5 cm
Tebal: 5,85 cm
Berat: 1,827 kg
Tarikh Terbit: Senin, 1 Rajab 1433 H / 20 Mei 2012

Isi dalam Berwarna
Kamus Ini:
* Lebih LENGKAP entry/katanya.
Perbandingannya; Mawrid/Miftah hanya memuat sekitar 58.000 kata. Sedangkan "Qomusika" memuat kurang lebih 64.000 kata.

* Lebih AKURAT/TEPAT maknanya. Membetulkan "ribuan" kekeliruan makna yang terdapat pada kamus-kamus sebelumnya. Karena, manhaj penyusunan kamus-kamus sebelumnya, lebih bersifat meraba-meraba, atau hanya menggunakan teknik terjemah.
Padahal bahasa Arab, memiliki ciri khusus yaitu "dzauq", cita rasa. Ia akan lebih dirasakan oleh orang-orang yang pernah merasakan, dan ikut tenggelam dalam "dzauq" tersebut.

* Lebih INOVASI/MENCERDASKAN.
Qomusika hadir dengan FORMULA Huruf Ziyadah. PERTAMA di dunia.
Sehingga, ia menggabungkan manhaj klasik dan kontemporer dalam perkamusan.

* Lebih KAYA MAKNA. Makna-makna yang disajikan lebih multiple, beragam, sehingga membantu menghantarkan para penuntut ilmu kepada maksud teks sebenarnya.

* Lebih TIPIS.
Ini yang unik. Walaupun lebih banyak dan lebih lengkap katanya, namun Qomusika ternyata jauh LEBIH TIPIS dibandingkan kamus-kamus sebelumnya. Hal ini disebabkan dari sokongan teknologi yang canggih. Sehingga lebih memudahkan Anda untuk membawa atau meletakkannya.

* Lebih ILUSTRATIF. Qomusika hadir dengan gambar penjelas untuk memudahkan pemahaman kepada maksud sebenar. Dan ilustrasi itu pun diletakkan BERDEKATAN dengan kata yang dimaksud.

* Lebih EKONOMI. Qomusika hadir dengan harga yang berpatutan; jauh lebih MURAH dibandingkan dengan kamus-kamus sebelumnya.

Bahasa Melayunya, Berpandukan kepada DUA Kamus Dewan:
a. Kamus Dewan dan Pustaka (Malaysia)
b. Kamus Besar Bahasa Indonesia (Dewan Balai Pustaka Indonesia)
Jika ada dua kata yang belum dikenal pada salah satunya, maka kedua kata-kata itu dicantumkan.
Contoh: sekretaris (Indonesia) dan setia usaha (Malaysia), dua-duanya dicantumkan.
Kecoa (Indonesia) dan lipas (Malaysia), dua-duanya dicantumkan.
Sehingga meluaskan wawasan kebahasaan Melayu
jika berminat PM  : http://www.facebook.com/muhammad.ammar.5496
                                  :http://www.facebook.com/faizul.hakim.96
NO TEL +6 0137098790

Wednesday, June 20, 2012

Rentitan Pilihanraya Mesir 1

Keputusan ditangguh.. !!
Semalam, bermula proses bantahan terhadap calon Pilihanraya Presiden Mesir. Menurut SPR,pihaknya menerima lebih 200 bantahan yg dikemukakan oleh pasukan kempen Dr.Muhammad Mursi dan Ahmed Syafiq. Peguam Dr.Muhammad Mursi mengemukakan 140 bantahan dan pihak SPR hanya menerima 100 daripadanya berkaitan kes salahlaku sepanjang pilihanraya. Pihak Syafiq pula membuat bantahan terhadap 241 Lajnah Far'iyyah atas pelbagai dakwaan. Antaranya mereka menuduh penyokong Mursi mengedar kad pengenalan palsu dan 1 juta undi Mursi adalah hasil penipuan tersebut. Kempen Syafiq juga menuduh Ikhwan Muslimin melanggar tempoh bertenang dgn masih mengadakan kempen buat Mursi.

Hari ini, wakil-wakil calon dipanggil oleh pihak SPR bagi mengemukakan hujah dan menjawab segala tuduhan yg dikemukakan oleh pihak lawan. Peguam Ikhwan Muslimin, Abdul Mun'im Abdul Maqsud (gambar) tiba di pejabat SPR tengah hari tadi bagi mewakili Dr.Muhammad Mursi bagi menjawab bantahan yg dikemukakan oleh peguam Syafiq. Segala hujah dan jawapan akan dinilai pula oleh pihak SPR samada boleh diterima atau tidak
1.Pengumuman keputusan rasmi Pilihanraya Presiden Mesir pusingan ulangan ditangguhkan. Anggota Jawatankuasa SPR, Muhammad Mumtaz, kenyataan yg dikeluarkan jawatankuasa itu petang tadi (Rabu) memberikan alasan pihaknya belum dapat mengkaji semua bantahan yg diterima oleh SPR yg kini berjumlah 400 bantahan. Sebelum ini,pihak SPR dijangka mengumumkan keputusan rasmi esok,Khamis

2.Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mahmud Izzat berkata, rakyat tidak akan membenarkan sebarang usaha untuk mempermainkan keputusan Pilihanraya Presiden. Mengulas keputusan Jawatankuasa SPR yg menangguhkan pengumuman yg sepatutnya dibuat esok, Khamis, tindakan SPR itu menambahkan kegelisahan dikalangan rakyat


 3.Ratusan pemuda dari Iskandariah, Buhaira, Suez, Syarqiyah, Asyut dan Fayum kini tiba di dataran Tahrir bagi memulakan aktiviti perkampungan mereka di dataran tersebut. Ia ekoran demonstrasi yg diadakan Selasa lalu mesejnya gagal difahami oleh Majlis Tentera bahkan mereka memekakkan telinga,membutakan mata terhadap tuntutan rakyat. Perkampungan yg bermula malam ini akan diteruskan hingga Majlis Tentera memenuhi tuntutan rakyat iaitu:

1) Menarik semula keputusan pembubaran Dewan Rakyat

2) Membatalkan nas cadangan pindaan perlembagaan

3) Menarik semula perintah yg dikeluarkan oleh Kementerian Kehakiman yg membenarkan tentera menahan rakyat seperti yg diguna dalam Undang-Undang Darurat yg telah dihapuskan

Semoga kemenangan berpihak kepada yg benar.. aminn ya Rabb 

sumber:ustaz Abdul Malik



Peristiwa Bulan Sya'ban

Antara peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Sya'ban adalah:

1. Malam Nisfu Sya'ban iaitu pada hari 14 Sya'ban. Terdapat keagungan tersendiri pada malam Nisfu Sya'ban sepertimana pada bulan Rejab dengan malam Israk dan Mikraj, bulan Ramadhan dengan malam Laillatul Qadr dsb.

2. Berlaku pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya'ban.

3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5 hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam dan ramai yang telah menjadi tawanan termasuk anak perempuan Bani Mustalik. Rasulullah SAW telah telah mengahwini Barrah yang kemudiannya ditukar nama kepada Juwairiah. Melalui perkahwinan ini juga telah memberi kemenangan besar kepada Islam.

4. Perang Badar yang terakhir:

Peperangan ini telah berlaku pada tahun keempat Hijrah. Oleh kerana cabaran yang dibuat pihak musuh itu, Rasulullah SAW bersama 1,500 tentera Islam keluar untuk memerangi mereka. Namun tidak seorang pun pihak musuh ditemui kerana Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.
 

Design by Amanda @ Blogger Buster