masa itu lebih baik dri emas

Tuesday, July 27, 2010

Menjaga Akhlak..

Imam al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara bagi menjaga kemurnian akhlak iaitu:

1. Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu perkara seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ia adalah punca akhlak buruk seperti riya', hasad dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Jika terpaksa juga berbahas, maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu:

a. Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia berada di sebelah kamu atau pihak lain.

b. Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain.


2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya.

3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar yang zalim, malah jika boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih banyak keburukan daripada kebaikkannya.

4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada golongan pembesar walaupun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk menegur kesalahannya.


Imam al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan 4 perkara agar dapat mencantikkan akhlak iaitu:

1. Bermu'amalat atau berurusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu. Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu maka Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian.

2. Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain maka bekerjalah sebagaimana kamu mahukan kerana tidak sempurna keimanan seseorang selagi dia tidak suka orang lain memperoleh sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

3. Sekiranya kamu mempelajari sesuatu maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri dari belenggu dunia.

4. Jangan mengumpul harta dunia lebih dari keperluanmu untuk tempuh setahun kerana Rasulullah s.a.w sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari setengah sahaja.

No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster