masa itu lebih baik dri emas

Monday, October 10, 2011

BAJET 2012: Anak Muda Terus Terabai

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana telah berjaya mendorong Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini untuk memperbanyakkan peruntukan dan bantuan kepada rakyat terutamanya pihak keselamatan seperti Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Usaha Umno dan BN untuk memancing undi rakyat untuk Pilihanraya akan datang juga jelas kelihatan apabila banyak 'gula-gula' yang yang ditawarkan pada rakyat dilihat diambil dari Buku Jingga dan bajet PR itu sendiri, jelas bahawa idea dan strategi PR telah terbukti baik dan berpandangan jauh. Kami amat kesal kerana dalam pembentangan bajet oleh Datuk Seri Najib tahun ini dilihat membelakangkan kepentingan belia dan anak muda terutamanya dari sudut kebajikan.

Tiada peruntukkan khusus untuk pembangunan insan dan latihan untuk anak muda. Kerajaan BN juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung kadar pengangguran graduan di tanahair yang semakin meningkat. Tiada perancangan untuk merangka mencetuskan pekerjaan yang kompatatif serta nilai idea baru terutamanya dalam industri pertanian moden buat anak muda.

Di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi. Kerajaan sewajarnya memperuntukan sejumlah peruntukan buat universiti tempatan bagi melatih bakal graduan dalam pengurusan risiko dan kreativiti kerja. Anak muda yang diluar lingkaran kampus dilihat semakin terpinggir dalam isu pencarian pekerjaan.

Malah dalam konteks membina kerangka niaga buat generasi muda tiada penumpuan kursus sama ada kemudahan membuka peniagaan dalam bentuk teknologi dan perkilangan. Jelas kebergantungan sektor penting ini masih diberikan kepada pihak luar dan bukannya menumpukan kemampuan anak tempatan terutama graduan yang berkemahiran dalam bidang tersebut. Kerajaan juga dilihat terlepas pandang peruntukan skala besar yang memerlukan keberanian untuk anak muda yang mampu lakukan.

Dan yang terakhirnya ialah pembangunan sukan yang hanya menumpukan prasarana dan bukannya jatidiri penggiat sukan tanahair ini. Dalam memberikan insatif dan kemahiran baru kepada semua atlet dilihat adalah paling penting yang tidak diambil kira oleh pihak Kerajaan. Pembangunan sukan bukan hanya memerlukan banyak prasarana, tetapi memerlukan kekuatan kemahiran yang tidak pernah menjadi keutamaan kepada semua atlet.

Bagi kami, pendekatan Negara kebajikan yang dislogankan oleh PAS tidak diterima oleh BN dan masih mengatakan BN yang terlebih dahulu melakukan pendekatan tersebut. Akan tetapi, BN perlu sedar kerana lebih 54 tahun memerintah semenjak Negara mencapai Kemerdekaan, rakyat masih tidak melihat pendekatan kebajikan yang diberikan oleh Kerajaan BN selama ini. Tetapi ianya terlalu banyak ketirisan wang rakyat yang mengenggelamkan pendekatan kebajikan yang BN akui telah berikan sebelum ini lagi.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia


tranungkita online

No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster