masa itu lebih baik dri emas

Monday, July 6, 2009

Pertukaran Arah Kiblat

Pertukaran Kiblat Perintah Allah

Tahwil dalam bahasa arab bermaksud pertukaran. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berada di Makkah, baginda bersembahyang menghala ke al-Sakhrah yang terletak di Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis sebagaimana yang dipraktikkan oleh para Nabi Bani Israel.

kaabah.gif

Meskipun begitu sewaktu menghadap ke Baitul Maqdis ini baginda s.a.w pun menghadapkan wajahnya kepada Allah SWT memohon supaya Kaabah dijadikan sebagai qiblat. Memandangkan ia merupakan kiblat Nabi Ibrahim a.s.lalu Allah SWT menyuruh baginda berbuat demikian menerusi firmannya: “Kami benar-benar melihat wajahmu mengadah ke langit.” Lalu orang Yahudi, kaum musyrik dan munafik berkata, “Apa yang mendorong mereka memindahkan kiblat tersebut dari Baitul Maqdis ke Kaabah?

Ujian Ketaatan Kepada Yahudi

Pertukaran kiblat yang dikehendaki oleh Allah SWT ini adalah sebagai satu ujian besar kepada kaum Yahudi yang telah lama menjadikan Baitul Maqdis sebagai kiblat kepada mereka zaman-berzaman.Begitu juga perasaan hairan juga dirasai oleh kaum munafik dan musyrik. Mereka merasakan tidak senang dengan apa yang berlaku.

Maka peristiwa ini telah menimbulkan cacian dan kata-kata penghinaan kepada Rasulullah. Maka Allah SWT yang amat menyayangi kekasihNya memerintahkan kepada baginda supaya menjawap kata-kata mereka, bahawa segala arah adalah milik Allah SWT,
justeru sakhrah bukanlah lebih baik dari batu yang lain dan ia tidak mempunyai apa-apa manfaat seperti batu-batu yang lain. Begitu juga Kaabah dan Baitul Haram, allah SWT menjadikannya sebagai qiblat bagi manusia sebagai penyatuan mereka dalam beribadah.

Tapi bagi golongan yang singkat akalnya, tetap menyangka kiblat itu merupakan dasar agama dengan dengan melihat hanya pada binaan itu sendiri. Sebab itu mereka sanggup menghina Rasulullah s.a.w, “Kembalilah kepada kiblat kami, nanti kami akan mengikut dan beriman kepadamu.”

Penghinaan Bertukar Pengharapan

Nabi s.a.w selalu mengharapkan perpindahan kiblat ini. Perkara ini sering difikirkan Rasulullah kerana Kaabah adalah kiblat bapanya, iaitu Nabi Ibrahim a.s sedangkan baginda pula adalah sebagai utusan Allah untuk menghidupkan agamaNya dan memperbaharui dakwahnya. Selain itu pengharapan bagin juga didorong oleh kata-kata Yahudi yang pernah berkata, “Muhammad menyalahi
agama kita, tetapi kiblatnya mengikut kiblat kita. Kalau tidak kerana agama kita sudah tentu baginda s.a.w tidak tahu ke mana baginda s.a.w hendak berkiblat.”

Oleh kerana kata-kata ini, maka Rasulullah berdoa kepada Allah SWT melalui Jibril a.s “Aku ingin sekali kalau Allah SWT memalingkan aku dari kiblat Yahudi ini kepada arah kiblat yang lain. Maka Allah memperkenankan permintaan Rasulullah s.a.w sebagaimana kiblat yang kita hadapkan hati kita untuk beribadah pada hari ini sehinggalah ke hari kiamat nanti.

1 comment:

  1. Salam.
    Catatan yang sangat bagus. Sahabat sebilik saya (dari Fakulti Pengajian Islam) pernah membuat penyelidikan tentang sejauh mana Baitul Maqdis memberi pengertian dalam hidup Muslim. Sayang 1000 kali sayang, ramai anak muda kita (Melayu beragama Islam) yang tidak tahu Baitul Maqdis adalah kiblat sebelum Kaabah di Mekah.

    Cubalah tanya anak muda kita yang mengakui mereka Islam dan lihatlah, berapa ramai yang boleh menjawab dengan betul.

    ReplyDelete

 

Design by Amanda @ Blogger Buster