masa itu lebih baik dri emas

Thursday, April 30, 2009

Titipan Rindu Buat Abah

Abah,
Semalam adek mimpi jumpa abah. Abah datang tak bagi salam pun. Adek terkejut tengok abah dah ada kat belakang adek. Wangi dan bersih baju abah. Adek cium tangan abah. Adek nampak tangan abah bengkak. Abah mengaduh kesakitan. Sakit ye abah? Manalah adek tahu. Meh adek bubuh ubat. Abah senyum. Adek suka abah senyum. Adek seronok tengok abah datang tau! Adek dengar suara hati abah kata, abah datang sebab abah rindukan adek. Abah rindu sebab dah dua hari adek tak datang jenguk abah. Walaupun mulut abah tak gerak, adek tahu dan adek boleh dengar. Tiba-tiba adek nampak airmata abah mengalir kat pipi. Dan adek pun menangis, peluk abah sebab adek pun rindukan abah. Adek menangis beria-ia, teresak-esak abah, sampai Johan kejutkan Adek.

Adek cerita kat Johan yang abah datang dalam mimpi adek. Adek ceritakan semuanya pada dia. Dia janji nak bawa adek pergi tempat abah minggu depan. Tapi adek rasa lambat sangat. Adek telefon mak bagitahu tentang mimpi adek. Mak pun nangis. Mak kata mak akan pergi jenguk tempat abah dulu sebab adek jauh. Adek memang duduk jauh sangat sekarang ni abah. Pastu mak kata mak nak buat kenduri buat abah. Ramai kawan-kawan abah datang. Agaknya abah pun ada sama sebab adek ada bau wangi malam tu.

Abah,
Lama lepas tu adek terfikir tentang mimpi adek. Memang adek dah lama tak jenguk abah. Dah dua tahun. Itukah dua hari yang abah maksudkan? Adek minta ampun abah. Adek betul-betul tak berkesempatan menjenguk abah. Bukan adek sengaja. Adek terpaksa ikut Johan. Dia kan suami adek. Kan abah dah pesan kat adek supaya menjadi isteri yang baik dan taat pada suami!

Dan adek teringat pula tentang tangan abah yang bengkak. Adakah sebab adek tidak lagi mendoakan abah? Ada yang tak kena ke dengan perlakuan adek lalu abah yang menerima hukumannya?

Ampunkan adek sekali lagi abah. Adek terlupa pada pesan abah. Adek mengaku, adek ada buat salah. Adek dah lama tak sembahyang. Adek dah lama tak doakan kesejahteraan abah. Adek selalu saja abaikan waktu solat adek. Adek selalu saja lukakan hati mak. Dan adek mengaku, adek dah pandai tipu Johan. Tapi adek janji abah, adek akan berubah. Adek janji. Adek tak mahu abah menangis lagi. Adek tak mahu abah dihukum lagi kerana adek. Adek mahu abah datang dalam mimpi adek dengan senyuman dan tubuh badan yang sihat, bersih dan wangi macam hari tu. Bolehkan abah!

Abah,
Sejak abah datang dalam mimpi adek malam tu, abah tak datang lagi jenguk-jenguk adek walaupun adek dah pergi jenguk abah dan selalu doakan abah. Kenapa abah? Adek ada buat salah lagi ke? Abah dah tak sayangkan adek lagi? Atau abah marah sangat dengan adek? Atau apakah mimpi adek itu hanya mainan tidur adek saja? Sesungguhnya adek memang rindukan abah. Kalau boleh adek nak ikut abah sama. Tentu kak ngah seronok sebab dah dapat ikut abah. Entah bilalah adek boleh jumpa abah lagi.

Abah,
Adek rindukan abah. Rindu untuk cium lagi tangan dan pipi abah tiap kali raya. Adek tahu, mak pun rindukan abah, macam adek. Adek tak tahan tengok mak nangis bila teringatkan abah. Adek janji abah, adek takkan lukakan hati mak lagi. Ampunkan adek dan adek minta maaf banyak-banyak. Halalkan makan minum adik ye abah.

Adek nak masuk tidur. Adek harap dapat jumpa abah lagi malam ni. Sayang abah. Assalammualaikum abah.


Ya-Allah, ampunilah dosa-dosaku. Ampunilah jua dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sedari kecil lagi. Berikanlah mereka kesejahteraan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan sesungguhnya hanya kepada MU lah aku kembali. Amin.

Tiada Tuhan selain Engkau ya-Allah sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.

Hasil karya : tamu

Saturday, April 25, 2009

keyakinan diri

Pengertian Keyakinan
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.

Jenis-Jenis Keyakinan
terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:

  • Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
  • Keyakinan terhadap diri sendiri
  • Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
  • Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
  • Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
  • Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
  • Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
  • Kurang kemahiran dan persediaan
  • Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
  • Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup)
  • Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang cergas / sihat
Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
  • Kurang senyum
  • Risau dan kelihatan risau
  • Gugup dan kelihatan gugup
  • Kurang berinteraksi
  • Malas bekerja atau berusaha
  • Bersikap meminta-minta
  • Mudah putus asa
  • Suka gossip dan mengumpat
  • Defensif dan pemarah



  • Keyakinan Diri Bermula Dalam Diri Anda
    Bukan semua orang yakin pada diri sendiri sepenuhnya. Terdapat cara untuk menonjoklan imej diri. Jangan mudah putus asa dengan menganggap anda tidak mungkin memperolehi keyakinan diri. Sebenarnya semua imej diri dan membina keyakinan diri.


    1. Mencapai sesuatu yang boleh meningkatkan diri anda.
    Pastikan ia sesuatu yang boleh anda perolehi seperti belajar memandu atau mengambil lebih tanggungjawab di tempat kerja. Tapi jangan membebankan diri anda seperti berazam mengurangkan berat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan anda sahaja.


    2. Luahkan perasaan takut anda.
    Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran anda dan pasti kawan-kawan anda juga akan berbuat demikian.


    3. Belajar dari pakar.
    Cuba selidik kalau-kalau tempat belajar anda ada menyediakan kursus-kursus motivasi. Kursus sebegini akan mengajar anda menerima diri sendiri dan orang lain serta mengajar anda berusaha mencapai matlamat tanpa mengharapkan bantuan orang lain.


    4. Latihan depan cermin.
    Kita semua menggunakan cermin tapi tidak ramai yang benar-benar meneliti diri sendiri ketika bercermin. Latihan di depan cermin juga akan dapat membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati watak jika berlatih di depan cermin. Untuk mengadakan di pentas atau menghadiri temuduga. Anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan.


    5. Memerhatikan orang yang berkeyakinan dan berpengaruh
    Terdapat segelintir masyarakat yang percaya dengan memerhatikan mereka yang nampak berkeyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup boleh dijadikan contoh untuk kita.


    6. Mendapatkan feedback atau tindakbalas.
    Tiada siapa tahu pencapaian diri mereka jika tidak diberitahu. Mungkin anda boleh bertanya kepada kawan-kawan atau guru atau majikan bagi mendapatkan feedback mengenai pekembangan diri anda.


    7. Berfikiran positif.
    Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran positif dengan meyakinkan diri anda seorang yang bersemangat dan positif. Jadi elakkan dari mengatakan 'tidak' dan katakan 'boleh'. Lama kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri.


    8. Menghargai diri sendiri.
    Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda dahulu. Walaupun caranya bukan mudah terutama apabila segala yang anda lakukan menyebabkan orang lain marah.Ingatlah sebenarnya semua orang cuba bersikap sedemikian. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Jadi, bersikap sederhana dan jangan merasa takut dengan orang lain. Ingatlah, nobody's perfect'. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.

    rujukan:www.taidinsuhaimi.com

    Saturday, April 18, 2009

    Istiqamah




    assalamualikum sahabat2 sekalian....mudah mudahan sentiasa dalam rahmat allah.untuk menjadi seorang muslim yang berwawasan tinggi dan mempunyai jati diri yang kuat mampu melawan segala rintangan di dunia ini,seseorang itu mesti la mempunyai sifat istiqamah dalm setiap diri.kita perlu memahami apa sebenarya konsep istiqamah dan mempraktikkan agar kita dapt membuat setiap amalan kebaikan dengan ikhlas dan tanpa ada rasa terpaksa.Ini kita dapat lihat,bagaimana pada zaman sahabat-sahabat nabi muhammad saw berjuang menegakkan agama islam yang kita cintai ini,mereka sanggup istiqamah bersama-sama nabi walaupun cabaran atau rintangan amatlah pedih,dengan mengorbankn nyawa,harta benda ,dan keluarga mereka semata untuk menegakkan agama allah yang suci ini

    Istiqamah secara umum adalah melakukan sesuatu perkara dengan konsisten dan bersungguh-sungguh. Istiqamah didalam Islam bermaksud berada didalam jalan yang lurus dan berpegang teguh kepadanya. Firman Allah swt :

    إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ. نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ. نُزُلًا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ.

    “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!” [Fushilat : 30-32].

    Istiqamah juga merupakan perkara penting dalam Islam. Diriwayatkan oleh Sufian al-Thaqafi :

    عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِيِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَكَ قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ بَعْدَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ

    “Aku berkata, Ya Rasulullah, katakanlah kepadaku mengenai Islam dalam satu perkataan dimana aku tidak bertanya sesiapa melainkan engkau (menurut Abu Mua’wiyah dia berkata : sesiapa selepas kamu). Baginda berkata : Beriman dengan Allah kemudian beristiqamah” [Musnad Ahmad 14869].

    Istiqamah mempunyai pelbagai makna. Ia boleh bermaksud lurus, jalan yang lurus, berada teguh diatas prinsipnya dan tidak putus asa walaupun dibawah kesukaran atau cabaran. Ada juga ulama’ yang mengatakan istiqamah bermaksud ikhlas dan melakukan perkara baik tidak kira dimana sahaja dia berada. Bagi mereka yang beristiqamah, Allah telah menjanjikan ganjarannya dihri akhirat kelak.

    fieman allah:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُون

    Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Ali `Imran: 106)

    Ketaqwaan perlu diusahakan dan dikekalkan sehingga akhir usia kita sehinggalah kita meninggal dunia dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Kehidupan ini mesti ditempuhi dalam keadaan mengharapkan rahmat Allah dan rasa takut kepada-NYa. Tidak ada jalan lain untuk memperolehi husnul khatimah kecuali dengan meneguhkan keimanan dan beristiqamah di atas jalan hidayat dan taqwa selagi hayat dikandung badan.nilai setuatu amalam bukan terletak pada kuantitinya,tp pada kualintinya supaya kita lebih menjadi seorang hamba yg bersyukur kepada allah

    Sabda Nabi saw :-

    أحَبّ الأعمالِ إلى اللّه أدومُها وإن قَلّ

    “Amalan yang paling disukai Allah adalah yang berpanjangan walaupun sedikit” [Hadith Muttafaq 'alaih].


    Tuesday, April 7, 2009

    Bangunan Unik Di Dunia

    Residence Antilia - India-projek pembangunan sudah di mulakan
    tidak pasti janga siapnya

    pulau pinang??............
    terletak di China.siap sebelm sukan olympic beijing 2008
    Gazprom Headquarters - Russia
    Dikatakan bagunan tertinggi dunia akan dijangka siap pada tahun 2010.
    chigago spire
    burj dubai setinggi 181 meter
    Aqua-u.s.a di chicago dijangka siap pada tahun 2009

    Saturday, April 4, 2009

    tarikh lahir dalam kalander islam...

    Assalamualikum...moga-moga sahabat semua dalam keadaan shat dan sentiasa dalam jagaan allah subhanahuwataala.dalam ruangan kali ini sy akan memberi sedikit info tentang tarik lahir sebenar kita dalam bulan islam..Sebenarnya dalam islam kita dah ada kalendar kita sendiri. Biasanya di sebut Takwim Islam atau Takwim Hijrah. Kalendar islam ini adalah berasaskan bulan dan terdapat 354 hari setahun. Barmula dari bulan Muharam sehingga bulan Zulhijah. Takwim islam ini diasaskan oleh Kalifah Umar Al-Khatab.

    Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.



    1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

    2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

    3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

    4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    Bulan kedua musim bunga.

    5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

    6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

    7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

    8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

    9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

    10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

    11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

    12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

    nak tahu tarikh lahir sahabat2 semua dalam islam....??

    layari....http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php
     

    Design by Amanda @ Blogger Buster