masa itu lebih baik dri emas

Friday, March 26, 2010

Mengatasi Rasa Kecewa....

Kita mudah merasa kecewa apabila tidak memerhatikan atau meniliti sesuatu peristiwa,selagi kita tidak mendapat jawapan yg meyakinkan,selagi itu kita akan terus merasa kecewa.Ini adalah antara ubat kekecewaan. Apabila kita rasa kita sudah mahu bertindak untuk mengatasi kekecewaan, kita sebenarnya telah berjaya, iaitu berjaya dalam perjuangan untuk menguasai diri kita. Sebaliknya juga, apabila kita gagal memulakan langkah-langkah ke arah mengubati hati luka itu, selagi itulah kita dianggap masih gagal. Lantaran itu cuba atasi kekecewaan tersebut. Antaranya adalah:

  • Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.
  • Melupakan kekecewaan tersebut dan menanam tekad baruuntuk tidak kecewa lagi.
  • Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai
  • Minta nasihat orang lain
  • Cuba minta nasihat daripada orang lain yang kita hormati atau segani.
  • Jangan minta nasihat dari orang yang kita benci atau orang yang selalu sakitkan hati kita. Dalamk kata lain, jangan tambah penyakit. Tidak kiranya apa nasihatnya, namun biasanya kesediaan orang lain itu memberi nasihat pun sudah cukup untuk melegakan perasaan kita.
  • Jangan manjakan perasaan
  • Jangan terlalu dibawa oleh perasaan. Perasaan kita kalau dilayan sangat memang semakin menjadi. Oleh itu janganlah dilayani perasaan kekecewaan itu sepanjang masa. Cuba keluar dari alam kekecewaan itu.
  • Cuba lakukan aktiviti lain yang dapat mengalihkan pemikiran anda dari masalah yang menimbulkan rasa kecewa itu. Bercampurlah dengan rakan-rakan yang lain dalam aktiviti luaran. Secara beransur-ansur, kita akan dapat itu. Walaupun kita akan memikirkannya semula setelah balik ke rumah, namun melupakan perasaan kecewa tahap kekecewaan itu pasti akan berkurangan.
  • Luahkan perasaan, jangan disimpan. Perasaan kecewa samalah seperti tekanan perasaan. Perasaan ini perlu tekanan yang disimpan dalam diri akan membentuk toksin. Oleh itu perasaan tersebut perlulah diluahkan. Lain orang menggunakan cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaan. Ada yang menghempuk meja. Ada yang menangis. Ada yang menjerit kuat-kuat. Ada yang mencoretkan rasa hatinya dalam diari kesayangannya. Walau apa pun yang dilakukan, perasaan tekanan itu akan sedikit berkurangan setelah diluahkan. Namun cara yang terbaik untuk meluahkan perasaan adalah dengan menceritakannya kepada orang yang dapat memahaminya dan dapat pula memberi kita jalan keluar kepada masalah tersebut. Orang yang dimaksudkan ini termasuklah cikgu, kaunselor, emak. kakak atau rakan-rakan yang kita rasa cukup dewasa dan cukup memahami kita.
  • Biar pemikiran beransur-ansur mengatasi perasaan. Cuba menenangkan perasaan sehingga perasaan yang diatasi oleh pemikiran. Apabila pemikiran (otak) mula mengatasi perasaan (hati) maka mudahlah untuk kita mula melihat jalan yang lebih lurus dan bertapak di bumi nyata. Malah kalau anda beruntung, anda tidak perlu mencari jalan untuk mengatasinya lagi kerana pemikiran rasional anda telah menguasai diri kita mula mengatasi rasa kecewa itu.


Tiada jalan pendek atasi kekecewaan. Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Malah kejayaan yang manis itu perlu mengharungi pelbagai ranjau. Oleh itu anda perlu faham bahawa jalan-jalan yang anda akan lalui untuk mengelakkan daripada berlaku lagi kekecewaan itu memerlukan masa yang cukup untuk dilaksanakan. Adakalanya langkah-langkah tersebut adalah berperingkat-peringkat dan hanya akan membuahkan hasil dalam jangka panjang juga. Misalnya, pokok yang ditanam tidak akan berbuah esok pagi! Sekiranya ini difahami, maka dapatlah kita menghindari kekecewaan berganda iaitu kecewa kerana langkah-langkah yang dijalankan kurang memberi hasil.

Banyak bersabar. Ingat pepatah Melayu Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut perasaan? Boleh pengsan! Oleh itu apabila kita telah tenang, ikutlah akal supaya kita jadi cekal. Bertawakal bermakna menyerahkan segala nasib kepada Allah setelah kita melakukan apa yang terdaya. Nabi Muhammad s’a.w memberi contoh supaya menambat unta dan selepas itu bertawakal. Ini bermakna jika unta itu tidak diikat, bertawakal pun tak guna. Dalam kes untuk menghindari kekecewaan ini, kita pasrah kepada nasib hanya setelah kita melakukan segala usaha yang kita rasa mencukupi. Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan adalah hikmahnya.

1 comment:

 

Design by Amanda @ Blogger Buster