masa itu lebih baik dri emas

Sunday, January 23, 2011

Orang Mude geng Kite






Allah S.W.T. pernah berfirman di dalam Surah Al-kahfi: ayat 13:

نحن نقص عليك نبأهم بالحق انهم فتية ءامنوا بربهم وزدناهم هدى


Bermaksud:Kami(Allah) mengesahkan kepada engkau(Muhammad) pengkhabaran mereka(Pemuda kahfi) yang sebenarnya,sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan dan kami tambahi mereka dengan petunjuk.


Mahasiswa dan mahasiswi,pelajar-pelajar sekolah menengah,para remaja adalah para pemuda atau di dalam bahasa arabnya adalah الشباب atau الفتية .Mereka adalah generasi kepimpinan negara,masyarakat,keluarga,organisasi-organisasi bahkan mereka merupakan tulang belakang untuk Islam atau di dalam bahasa arabnya قيادة الصلبة iaitu para pemuda merupakan playmaker yang penting untuk menggerakkan gerak kerja Islam pada zaman para nabi dahulu,zaman nabi Muhammad sehingga zaman sekarang ini.Antara contoh-contoh para pemuda di zaman masing-masing :

Zaman para nabi sebelum nabi Muhammad:

1.Ashabul Kahfi

Sebagaimana ayat dalam pendahuluan tadi menerangkan sejarah golongan pemuda memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan Iman kepada Allah S.W.T. sedangkan di zaman itu,pemerintah memaksa rakyatnya menyembah berhala sehingga mereka sembunyi di sebuah gua lalu tidur selama lebih 300 tahun lamanya.Dan mereka memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah di zaman berikutnya selepas lebih 300 tahun iaitu masalah beriman hidup semula di akhirat selepas mati.Mereka menjadi dalil bahwa Allah berkuasa menghidupkan semula.


2.Nabi Ibrahim

Dalam surah Al-Anbiak: ayat 60



قَالُواْ سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ

Maksudnya: Mereka itu berkata bahwa kami dengar seorang pemuda yang mencela tuhan kita, namanya Ibrahim.

Ayat ini memberi pengajaran peranan pemuda seperti nabi Ibrahim dalam dakwah islamiah. Sebagaimana di dalam sejarah beliau,beliau menghancurkan beberapa berhala kerana projek pembuatan berhala semakin berleluasa,tambahan pula para penyembah berhala semakin melarat ketika itu.Nabi Ibrahim juga berdebat dengan Namrud iaitu seorang master mind dalam merosakkan aqidah ummat,supaya menegakkan kebenaran dalam aqidah islamiah iaitu mentauhidkan Allah S.W.T.

3.Dua anak perempuan Nabi Syuib


Allah berfirman di dalam surah Al-Qishash: ayat 23 hingga 25 menerangkan Nabi Musa rasa simpati terhadap dua pemudi dan merupakan anak kepada Nabi Syuib yang solehah,sentiasa menolong ayahnya yang telah tua memberi minuman kepada ternakannya,lalu Nabi Musa membantu mereka berdua kerana kebaikan mereka terhadap ayahnya.Dan Nabi Musa telah dikahwinkan oleh Nabi Syuib dengan salah seorang dari dua pemudi tersebut.

4.Nabi Yusuf

Allah berfirman di dalam surah Yusuf: ayat 23 hingga 28 mengisahkan pendirian seorang pemuda yang diberi hikmah dan ilmu iaitu Nabi Yusuf semasa diajak oleh isteri tuannya iaitu Zalikha untuk melakukan perkara dosa.Allah melindungi beliau daripada perbuatan tersebut dan beliau berkata benar semasa didakwa bersalah dan dihukum penjara ke atasnya.



Zaman Nabi Muhammad :


Golongan yang membantu Rasulullah di dalam dakwahnya kebanyakkan dari golongan para pemuda seperti:

1.Saiduna Ali

Saiduna Ali yang menggantikan tempat tidur Rasulullah dalam kisah penghijrahan Rasulullah,padahal gerak kerja yang dilakukan oleh beliau mampu menaruhkan nyawa.


2.Asma' anak perempuan Saiduna Abu Bakar

Asma' seorang pemudi yang diberi amanah memberi makanan dan minuman kepada Rasulullah dan ayahnya ketika mereka menyembunyikan diri di gua Thur.


3.Zaid B Thabit

Beliau merupakan seorang pemuda dan Penulis Wahyu Rasulullah,dan pernah diamanahkan oleh saiduna Abu Bakar dan saiduna Othman dalam pengumpulan ayat-ayat Al-quran dan penyusunannya.

Dan lain-lain.Pemuda di Zaman Rasulullah merupakan Tulang belakang menyebarkan dakwah Islamiah sehingga zaman sekarang merasakan nikmat Islam dan Islam dipelihara oleh Allah sehingga hari qiamat.



Persoalannya:

Bagaimana para pemuda di Malaysia pada zaman sekarang?Adakah seperti para pemuda dan pemudi di dalam sirah yang telah dibentangkan tadi?Atau seperti berikut:















Apakah perkara-perkara yang mesti diambil sebagai pengajaran daripada sirah yang telah dibentangkan tadi bagi mendidik para pemuda zaman sekarang?

Sirah tadi mengisahkan para pemuda.Mereka sebagai Qudwah terhadap para pemuda setiap zaman.Kisah-kisah Ummat terdahulu dirakam oleh Allah S.W.T. supaya mengambil pengajaran baik untuk manfaat zaman berikutnya.

Antara pengajaran-pengajarannya:

1.Kisah Ashabul Kahfi

Beriman kepada Allah beerti juga beriman dengan para rasulnya,seluruh ayat-ayat Al-quran dan kitab-kitab Allah,para malaikat,hari akahirat serta qada dan qadar supaya para pemuda sentiasa diberikan hidayah oleh Allah. Golongan yang menerima hidayah Allah,mereka dicurahkan nikmat kerana mereka berada di jalan yang dikurniakan nikmat seperti para nabi,para sahabat,para syuhada dan para solihin sebagaimana di dalam surah Al-Fatihah.

2.Kisah Nabi Ibrahim

Kemantapan aqidah Islamiah iaitu mentauhidkan Allah dan memahami matlamat hidup di dunia iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. dari segala aspek kehidupan samada aqidah,ibadah, akhlak dan lain-lain.Menolak fahaman-fahaman yang merosakkan aqidah mengikut zaman masing-masing,sebagaimana zaman sekarang iaitu fahaman sekulerisme,nasionalisme, liberalisme,pluralisme dan lain-lain.Berdakwah kepada Ummat mengabdikan diri kepada Allah dengan hikmah,nasihat yang baik dan berdebat dengan adab-adab yang baik.

3.Kisah di zaman Nabi Musa

Berbuat baik kepada ibu bapa sebagaimana dua pemudi berbakti kepada ayahnya seperti menjaga nama baik keluarga,berkata baik terhadap mereka,dan lain-lain.Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadikan rumahtangga mereka sebagai keluarga muslim sebagaimana didikan ayah kepada dua pemudi tersebut iaitu seorang lelaki yang soleh yang melahirkan anak-anak yang solehah.Keluarga muslim memainkan peranan membentuk masyarakat yang muslim.Bermula dari masyarakat yang muslim akan membina proses pembentukan negara Islam.Keluarga muslim,masyarakat muslim dan negara Islam akan melahirkan generasi pemuda yang bermanfaat untuk keluarga,masyarakat dan negara.

4.Kisah Nabi Yusuf


Berpendirian seperti pendirian Nabi Yusuf dalam menghadapi cabaran-cabaran.Beliau berprinsipkan dengan prinsip-prinsip Islam dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.Beliau tidak terpengaruh dengan suasana kemaksiatan kerana taqwa kepada Allah.Beliau sanggup menghadapi mehnah dalam jalan dakwah seperti dipenjarakan.

5.Asma',saiduna Ali dan Zaid B Thabit


Para pemuda mesti menggerakkan kerja-kerja Islam sebagaimana para pemuda di Zaman Rasulullah samada secara individu atau berorganisasi.Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menyarankan agar para pemuda menggerakkan kerja-kerja Islam secara berorganisasi kerana jalan dakwah sangat sukar,penuh dengan ujian,memerlukan masa yang panjang,menggalas tenaga yang ramai, matlamat islam sangat besar dan sukar mencapai matlamatnya dengan gerak kerja secara individu sebagaimana Ashabul Kahfi seramai tujuh orang,Rasulullah berdakwah bersama para sahabat dan lain-lain.


Kesimpulan:

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menggariskan 4 kewajipan ke atas para pemuda zaman sekarang sebagaimana di dalam kitabnya (واجب الشباب المسلم اليوم) iaitu:

1.Memahami islam secara benar dengan mendalami thaqafah-thaqafah islamiah
2.Beramal dengan ilmu tersebut
3.Berdakwah
4.Menghubungkan diri dengan kerja-kerja Islam secara berorganisasi.

No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster