masa itu lebih baik dri emas

Friday, July 29, 2011

Poster undang-undang syariah ditampal di Britain

LONDON - Golongan ekstremis Islam melancarkan kempen poster untuk memaklumkan kepada orang awam mengenai kewujudan zon penguatkuasaan undang-undang Islam di serata Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Poster berkenaan memberitahu para pengunjung bahawa mereka memasuki zon undang-undang Islam dan dilarang melakukan aktiviti yang melanggar hukum syarak seperti meminum alkohol atau melanggan pelacur.

"Anda memasuki zon kawalan syariah, lokasi undang-undang Islam dikuatkuasakan," menurut tulisan pada satu poster itu di sini.

Poster berwarna kuning terang itu turut tertera amaran meminta dilarang berjudi, tidak dibenarkan mengadakan konsert, merokok dan dadah.

Sejumlah poster berkenaan ditampal di stesen bas dan tiang lampu beberapa kawasan di sini.

Seorang pendakwah, Anjem Choudary mengaku bertanggungjawab melancarkan kempen poster syariah itu.

"Kami memiliki beribu-ribu orang di seluruh Britain yang sanggup meronda untuk memastikan undang-undang syariah dikuatkuasakan di zon-zon berkenaan," kata Anjem.

"Kami memiliki antara 10,000 hingga 50,000 poster untuk diedarkan di kawasan penduduk Islam di Britain," tambahnya.

Bagaimanapun, pihak Scotland Yard bekerjasama dengan majlis kerajaan tempatan untuk menanggalkan poster-poster itu dan mencari dalang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. - kosmo online

No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster