masa itu lebih baik dri emas

Friday, August 3, 2012

Dakwah Fardiyyah - Mustafa masyhur (1)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t (ad-da’wah ila Allah) adalah
kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di
zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah
kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t yang bertujuan mencabut
teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam. Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.
 
Firman Allah yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat
(marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara
bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan),
yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah
‘Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramahceramah,
majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah,
suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah
Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya. Perbincangan
mengenai dakwah fardiah ini akan kita perkatakan secara mendalam di sini:

Pertama: Mengenai methodologi dan peringkat-peringkat dakwah
fardiah.
 
Kedua: Mengenai keistimewaan dakwah fardiah dan ciri-ciri para daie
yang melaksanakan tugas ini.


MARHALAH PERTAMA

Marhalah pertama ialah mewujudkan hubungan dan perkenalan
dengan mad’u (taaruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar
merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang dirinya
dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak
membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya benarbenar
terbuka dan bersedia untuk memahami apa yang anda perkatakan
mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.
Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah
berkadar dengan kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi
hatinya di marhalah ini. Sebarang percubaan untuk berbincang mengenai
apa-apa tajuk dakwah sebelum malalui marhalah ini mungkin akan menjadi
faktor penolakannya. Marhalah ini mungkin memakan masa beberapa
minggu.

No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster