masa itu lebih baik dri emas

Thursday, March 5, 2009

Kisah Lukman Hakim Dan Baghalnya

  1. Alkisah dalam satu riwayat menceritakan bagaimana pada suatu hari Luqman
    Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal, manakala
    anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu,
    sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata, 'Lihat orang tua itu
    yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya
    sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."
  2. Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka
    Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu
    dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar
    itu berkata pula, "Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan
    kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."
  3. Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas
    belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah
    orang ramai pula berkata lagi, "Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal,
    alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."
  4. Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan
    anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian
    terdengar lagi suara orang berkata, "Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki.
    Alangkah bodohnya!"
  5. Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim
    telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
    "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka
    orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada
    Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
    pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
semoga kita dapat manfaat dan pengajaran di atas kisah ini..aminn
wassalam..

No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster