masa itu lebih baik dri emas

Monday, March 9, 2009

menghayati hari kelahiran nabi muhammad s.a.w


Tanggal 12 rabiui awal adalah hari yang bersejarah bagi seluruh umah islam dimuka bumi ini.Iaitu kelahiran junjungan besar kita nabi muhammad saw.kita perlu mengigati dan menghayati sirah dan pejuangan baginda supaya menjadi contoh dan tauladan yg berguna kepada kita untuk meneruskan sunnah perjuangan kita untuk menegakkan agama islam yang tercinta ini.

Kita lihat bagaimana kelahiran baginda itu diiringi dengan kejadian-kejadian yang pelik tanda lahirnya seorang rasullah iaitu nabi muhammad saw untuk menyebarkan syiar islam di muka buni ini.yang akan memimpin manusia dari jahiliah dan kekufuran ke arah mentauhidkan allah.Baginda dirujuk sebagai Rasulullah s.a.w. Namanya turut ditulis sebagai Mohammed dan Muhammed, bermakna “orang yang dipuji” dan ada dinyatakan empat kali dalam al-Quran .Selain itu, dengan nama Ahmad (bermakna terpuji), seperti dijelaskan pada ayat 6, surah as-Saaf, maksudnya:“…Dan memberikan berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad…”

Al-Quran juga memberikan penghargaan terhadap baginda dengan gelaran, Nabi, Rasul, hamba Tuhan, penyampai berita baik, pemberi amaran, pengingat dan saksi.Beberapa perkataan lain turut digunakan bagi diri Nabi Muhammad s.a.w seperti al-Aqibah (kesudahan; kerana tiada nabi selepasnya), al-Hasyir (menghimpun; kerana manusia dihimpunkan atas agama yang dibawanya) dan Khatamun Nabiyyin (penamat semua nabi).

tanda orang yang benar-benar mencintai rasulullah saw memiliki ciri-yang tersebut

  1. Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.
    "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

    Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

  2. Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.
    Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

  3. Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

    Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.
    "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

  4. Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

  5. Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.
    Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

  6. Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

  7. Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster