masa itu lebih baik dri emas

Wednesday, February 18, 2009

hargailah masa anda



Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

pengurusan masa adalah penting supaya masa yang sedang berjalan tanpa berhenti walau satu saat pun akan terus meninggalkan kita,apatah lagi kita dalam kelekaan nikmat dunia yang hanya sementara ini.oleh itu marilah kita samamengambil faedah dari setiap detik untuk menjadikan kita seseorang yg terdidik supaya berjaya di dunia dan akhirat..insyaallah.

kita sebagai seorang pelajar mesti mengambil masa yang ada untuk perbaiki lagi ke izzahan dalam diri dan jgn sekali-kali terlalu membazir masa.byk kaedah atau cara untuk kita menjaga dan menghargai masa yg allah telah anugerahkan kepada kita.ingatlah setiap detik amatlah berharga dan byk faedah yg kita boleh ambil darinya.Banyak orang menganggap masa depan itu hanya setakat hidup dunia. Sedikit sekali yang mengatakan masa depan itu ialah kehidupan di akhirat. Maka ramailah manusia memikirkan dunia dan sedikit sekali yang memikirkan akhirat.itu yang patut kita jaga agar hubungan kita dengan maha pencipta akan lebih kukuh.

PEPATAH menyebut masa itu emas manakala Saidina Ali Abu Talib mengibaratkan masa sebagai pedang. Begitu tinggi nilai yang diberi terhadap masa kerana ia tidak boleh ditukar ganti, dibeli mahupun dikembalikan sekiranya ia berlalu.Biarpun pelbagai alat pengukur waktu telah tercipta, namun apakah ini menunjukkan manusia semakin menghargai masa? Apakah ini membuktikan manusia semakin bijak menggunakan masa? Sayangnya, manusia sering dalam kelekaan. Jam di dinding dan jam tangan kadangkala tidak dapat mengingatkan. Yang dihargai cuma jam tetapi bukan nilai yang diukur oleh jam itu.

Ringkasnya, kita hendak buat perkara yang betul dengan betul. Betul atau salah mestilah dirujuk kepada syariat iaitu hukum wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Mana yang wajib, sunat dan harus itulah yang betul dan perlu dilakukan. Haram dan makruh, itulah yang salah dan perlu ditinggalkan. Cara individu menghabiskan masa bergantung kepada cara memandang kehidupan.Ajaran Islam juga menuntut umatnya memilih keutamaan antara amal kebaikan yang banyak itu. Dr. Yusuf Al Qaradawi dalam bukunya, Fiqh Aulawiyat, memberikan panduan bagaimana untuk memilih keutamaan antara dua perkara baik.

Misalnya, jika kita seorang pekerja bertembung antara dua perkara baik iaitu sembahyang sunat Duha dengan menjaga kaunter perkhidmatan pelanggan. Maka yang perlu didahulukan ialah pekerjaan yang kedua iaitu manfaatnya kepada masyarakat. Sedangkan solat sunat Duha bermanfaat hanya untuk diri sendiri.

Tip menghargai masa

BANYAK tip boleh digunakan dalam menghargai masa. Kuncinya adalah jadikan diri pengintip kepada masa. Antaranya:

1. Kesan masa produktif (prime time) dan ‘masa-masa penat’ anda

Setelah mengesannya, gunakan masa itu untuk tugas yang paling penting dan paling memerlukan tumpuan. Katalah tugas penting kita adalah menyiapkan persediaan mengajar dan prime time kita ialah waktu pagi. Maka gunakan waktu pagi untuk menyiapkan persediaan mengajar. Bukannya dihabiskan untuk membaca surat khabar. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dibuat pada ‘masa-masa penat’ kita.

2. Kesan musuh masa anda

Musuh kepada masa anda berpunca daripada anda sendiri atau orang lain. Kaji, apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual kosong, melakukan panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon secara marathon, melayani ‘tetamu’ yang tidak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Caranya adalah dengan menguatkan disiplin diri dan membina kemampuan untuk menolak dan mengatakan tidak. Jika kita belajar menghormati masa kita, insya-Allah orang lain akan menghormati kita.

3. Tetapkan satu jangka masa yang sesuai untuk sesuatu kerja

Bagi mengehadkan masa perbualan telefon, senaraikan perkara yang hendak diperkatakan dahulu. Setelah perkenalan dan ramah-mesra secara ala-kadar, kita terus kepada perkara yang hendak disampaikan.

4. Buat checklist penggunaan masa

Ketika ingin membeli-belah, senaraikan barang-barang dan anggaran harganya kerana ia amat perlu untuk mengawal diri anda daripada godaan membeli barangan yang tidak perlu. Ini penting untuk mengelakkan pembaziran wang. Begitulah juga seharusnya dalam ‘perbelanjaan’ masa. Kita harus ada checklist tentang apa yang perlu kita buat mengikut keutamaan untuk mengelak daripada pembaziran masa.

Ingatlah, masa lebih berharga daripada wang ringgit. Sayangnya, pembaziran masa sukar dirasai berbanding pembaziran wang kerana sifat masa yang maknawi (tidak dapat dilihat). Sebab itu, jarang ada orang yang membuat checklist perbelanjaan masa!

No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster