masa itu lebih baik dri emas

Tuesday, February 17, 2009

stress dan penyelesaianya...

1.apakah stress??
STRESS secara definasinya adalah satu keadaan di mana suatu pengalaman yang tidak enak yang dirasai secara dalaman. Pengalaman ini dialami secara mental, fizikal, emosi dan spiritual. Ia dimanifestasikan secara psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Apa yang dapat dilihat stress ialah satu situasi yang tidak selesa yang mana setiap manusia merasainya secara dalaman. Stress ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal seperti badan menggeletar. Dari emosi pula ia boleh menyebabkan perasaan marah, gelisah, gundah, dan segala-galanya yang menyebabkan ketidakstabilan emosi dan mengganggu dari segi semangat atau spiritual yang ada.

2.kesan-kesan stress

Di dalam kita memahami tentang stress ini, kita juga perlu tahu bahawa bukan semua stress ini membawa keburukan. Kenapa dikatakan demikian ? Kerana manusia juga memerlukan stress. Jika tidak merasai stress, misalnya peperiksaan yang akan diambil adalah perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan. Bagi pelajar, tugasan yang diberikan oleh guru adalah perkara biasa yang tidak perlu disiapkan. Ia tidak merasa malu dan tidak merasakan bahawa tugasan itu adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Tetapi, adakalanya STRESS ini akan menganggui semua gerak laku, fikiran dan sosial kita. Ia meliputi kepenatan perasaan dan tubuh, hilang nafsu makan, kepala terasa sakit, selalu menangis keseorangan, susah tidur atau terlalu banyak tidur.

3.kaedah untuk mengatasinya
  1. Lihatlah persekitaran - Mungkin ada sesuatu yang boleh anda ubah dalam keadaan tertentu.
  2. Jauhi dari situasi yang menekan - Berehat untuk beberapa ketika.
  3. Jangan cipta masalah hal - hal yang kecil - Lakukan hal - hal yang lebih penting.
  4. Ubah cara berfikir - Belajar mengenali STRESS. Lakukan peraturan yang lebih baik.
  5. Belajar cara merealisasi diri - Lakukan meditasi, latihan pernafasan, lakukan latihan menjernih fikiran dan elak daripada gangguan berfikir.
  6. Tentukan hala tuju - Kurangkan beban harian.
  7. Jangan bebani secara berlebihan - Jangan sampai mengeluh. Tangani sesuatu dengan tenang.
  8. Hindar segala reaksi - Tidak suka lebih baik daripada membenci. Cukup dengan merasa gugup daripada bingung. Cukup dengan marah daripada hendak mengamuk. Mengapa mesti murung kalau mampu merasa sedih.
  9. Tidurlah dengan cukup - Kurang berehat akan memburukkan lagi STRESS.
  10. Jangan minum atau mengambil ubat lain - Hal ini bukan tabiat yang dapat membantu. Misalnya memakan pil tidur. Takut nanti ia akan menjadi satu ketagihan.
  11. Ambil wuduk dan solat - Inilah cara perubatan dan amalan yang terbaik untuk melegakan STRESS.
rujukan:www.badruzamani.org/

No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster